Wednesday, February 24, 2010
cukupkah syukurku padaMu
Bergedil Daging dan Mix Vege
bahan2:
2 biji ubi kentang - direbus lembut (chopped)
1 biji bawang besar - dipotong dadu
30g sayur campur
80g daging cincang
garam secukup rasa
gula secukup rasa
1sb lada hitam
2sb tepung jagung
1 biji telur - dipukul kembang
daun bawang dan daun sup
minyak untuk menggoreng
cara2:
1. Panaskan minyak.
2. gaulkan semua bahan sekaligus dan bulat2kan adunan tadi.
3. celupkan ke dalam telur dan goreng dengan api sederhana.
4. siap untuk dihidangkan..
** zaza buat bergedil nih makan dengan nasi lemak... huiiii.. sedappp ghupanya... hanin makan cenggitu jer taw!
Tuesday, February 23, 2010
*Lalalalalala....*
Hye auntie2 semua…
Jom la ikut saya naik dolphine nih… best tau… bila saya tekan butang.. dia terus nyanyi dan gerak2kan badan dia.. saya sukeeeeee sangatttt….!
Friday, February 19, 2010
Kueteow Tonggek
salam...
mariiii..mariii..marrriiii... kueteow tonggek satu!!
haaa...lucu kan dengan nama kueteow nih.. haa.. kalu kat kampung zaza, mee/ meehoon/ kueteow yang digoreng kosong (tanpa sayur, atau bahan2 rampai yang lain,) ia dipanggil tonggek .. hehehe.. xtau la naper panggil gitu.. tak pernah lak tanya mak atau tok zaza.. tapi nk citernyer.. xcukup bahan dalam esbok pun.. dah nak makan kueteow goreng nih.. kira jadii jugak laa... hahahaha...
*cheezy bread pizza*
7-8 keping roti gardenia
100 gm sayur campur
3 batang sosej – dipotong serong & kecil
Sos cili - secukupnya
Mayonis - secukupnya
Keju mozzarella – secukupnya
1 biji telur dipukul kembang
Cara2:
1. Panaskan oven dengan suhu 170’c selama 10 minit.
2. Aturkan kepingan roti di atas bekas pembakar.
3. Taburkan sayur campur dan sosej. Paipkan sos cili dan mayonis.
Taburkan pula keju mozzarella.
4. Akhir sekali tuangkan telur supaya agak rata di atas roti
5. Bakar dalam oven lebih kurang 15-20 minit dengan suhu 170-175’c
6. Siap utk hidangan petang anda…. Selamat mencuba…
Alternative lain: boleh juga gantikan keju mozzarella dengan kepingan cheesedale. Rasanya agak berlemak sedikit. Tapi tetap sedap dengan sos dan mayonis yang lebih tebal. ^_^
Thursday, February 11, 2010
Makanan Laut... simple tp BEST!
Lasagna
salam 'alaik..
pekabar semua.. harap2 sehat la yer.. nk smbut 'raya' nih kan.. haa.. time2 cengginih la nk kena sehat sepenuhnya.. kenape??? haaa... sebab time nih la kita kena banyak habiskan masa ngan ahli keluarga tersayang.. dengan suami tercinta.. dan anak2 yang dikasihi.. jgn laks time2 nih ader laks yang 'tombang' sbb kesan bebanan keja kat opis.. hehehe.. tu bukan nasehatkan org lain tu.. nasihat utk diri sendiri...
hermm.. kali nih lambat upload resepi weekend lepas.. sibuk memanjang kan??? boring dah dengar kan..hehehe.. nk wat camner... gitu lah hidup.. lagik xpejam mata, kena wat keja utk teruskan kehidupan...
nih resepi dari sifu zaza (memang tabik springggg la!).. sapa g... kak Ummi Kuantan laa... pepagi buta dah tepon dia.. tanya camner nk wat lasagna nih.. lupa nk salin la kak ummi oiii.. mahap ler ye... btw.. tqsm yer... seb baik abg misai xmarah kaco 'mam' dia pepagi buto.. hehehe... zaza taw.. abg misai baik orgnya.. kan kak kan..kan..kan...???
haaa.. jom layan lasagna zaza kali nih.. pestime buat.. ok laa.. tp kalu tgk yg k.ummi wat lagi berselera... zaza wat sos dia pedas2 sket.. tu pasai merah2 tu... jom salin resepi.. k.ummi.. mohon kopipes na.. maleh nk salin laaa... mintak halal yer sis... muahhhhhsss!!!
Bahan-bahan:-5-7 keping lasagna (akak guna jenama San Remo) - sama laa
#Bahan Sos tomato:-
2 ulas bawang putih-ketuk
1 ½ bawang besar -dipotong dadu ( 100 gram)
4 biji tomato ( 300 gram)dipotong dadu
100 gram tomato puree - zaza xletak, ganti ngan sos tomato
200 gram daging cincang
½ biji lobak merah-disagat halus
1 helai daun bay - x letak jugk, xde stok
1/2 sudu teh italian herbs - oregano pn ok kan?
½ sudu besar garam1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar gula
# Bahan Sos Putih:-
2 cawan susu segar
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar mentega
sedikit serbuk lada hitam
Untuk topping:-
Keju mozzarella secukupnya
Cara-cara:-Untuk sos tomato:-
1. Panaskan minyak.
2. Masukkan bawang putih,kemudian bawang besar.Biarkan sehingga layu.
3. Kemudian masukkan daging,biarkan sehingga ia menjadi putih dan masukkan tomato,tomato puree dan air.
4. Masukkan garam,gula,daun bay,serbuk lada hitam, italian herbs dan lobak merah. Kacau dan biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat. Keluarkan daun bay. Seimbangkan rasanya dan bolehlah ditutup.
Untuk sos putih:-
Masukkan susu segar,tepung gandum,mentega,serbuk lada hitam dan sedikit garam ke dalam periuk.kacau menggunakan whisker ballon.
Letakkan periuk ke atas api dan teruskan mengacau supaya ia tidak bergentel. Kacau sehingga kuahnya menjadi pekat.Kemudian tutup api.
Cara menyediakan:-
Ratakan sos tomato ke dalam sebuah bekas.
Susunkan sekeping lasagna ke atasnya.
Lapiskan dengan sos tomato, diikuti dengan sos putih. Kemudian susunkan lagi lasagna,sos tomato dan sos putih sehingga ke lapisan ke 5.
Taburkan keju mozzarella ke atasnya dan bakar dalam oven yang telah di panaskan, pada suhu 170 darjah.
TIPS KAK UMMI: # Kebanyakan lasagna yang dijual dilabelkan no pre-cooking required (tidak perlu direbus terlebih dahulu). Saya lebih suka rebus dahulu kepingan lasagna sebelum dilapiskan dengan sos kerana ia mengurangkan masa membakar. Selain itu ia memastikan tiada permukaan lasagna yang terkeras dan tidak masak. Jadi saya tidak perlu mencucuk lasagna dengan garfu untuk pastikan samada ia dah masak atau belum. Untuk merebus, pastikan lasagna direbus di dalam air mendidih yang banyak.Masukkan sedikit minyak ke dalam air rebusan dan jangan lupa untuk mengasing-asingkan kepingan lasagna sejurus selepas di angkat supaya ia tidak melekat antara satu sama lain. - (akak basahkan sedikit lasagna dengan merendam sebentar di dalam air panas)
Tuesday, February 9, 2010
Friday, February 5, 2010
Anak Bapak
nih la dia gelagat anak dan bapak...
berdekah si kecik tu gelak kalu dapat main ngan babanya...
** nih nk main lompat si katak lompat ker nih??? (confuse)
apa kali nih?
Monday, February 1, 2010
JOM TGK!
pstt..psttt.. jom skodeng si kecik tu wat paaa.....
v
v
v
v
...uhukkk..uhukkkk.... tersemburrr ayaq kopi kuuu....
1. merajuk sebab baba dia marahhhh.. kenapaaa???2. ehhhh... ape kena laks ngan pipi anak aku neh???!
3. Ya ALLAHH.... WHATTTTTTTTT????? ohohohoohooo... abeh lipstik mama anakkuuuuuu.....
4. alaaa.. cayang mama.. jgn nangis naa.. tak per.. nanti mama beli baruu.. tak per.. gunaaa la.. main jer laaa.... huhuhuhuhu... (bagi sungguh ker tuh???)
psstt: Si kecik nih buat audit dalaman kat beg mama dia.. apa dia berkenan dia TESTING dulu.. hehehe... dah la baru beli tu yangggg... adei... dei... kuuuu semangattt.... ^_^