::mY sUnSHinE::

::mY sUnSHinE::
::BIRRU ABAAUKUM TABIRRU ABNAAUKUM::

Friday, November 6, 2009

Hanin's 1st Time At Playground

last weekend jugak crita kali nih.. kisah hanin yang tak pernah lagik ker taman.. berjalan dan bermain buaian..
al kisahnya, hanin ader buku about ANIMAL yang diberi oleh mak langnya (my sista).. hari2 dalam keta asyik nk baca buku animal tu.. tetiba dalam hati zaza naakkkkk sgt bwk dia g jejalan kat zoo.. unfortunately baba Hanin asyik sbuk ngan prog2 kat sekolah. sedihh gakk..
jadi, untuk tidak menghampakan zaza, one day hub ajak g jejalan.. pagi2 dah soh siap.. destinasi 'DIRAHSIAKAN'.. (pandainyer nk wat serpris kat kami yer yanggg???) .. hub drive menghala ke SP... duk meneka laa dalam hati nih kemana la baba nk bawak kami...
lepas 30 minit... haaa.. nih laa diaa... ghupa2nya ke taman Jubli Perak kat SP tu jer... ala.. taman yg dekat klinik gigi SP tu.. atau senang nk citer dekat SP Plaza.. taman tu sebelah masjid.
tujuan hubby bawak kami ke situ:
1. nak bagi hanin main2 kat taman tu
2. nak bawak mama Hanin p tgk mini zoo.. hahahaha... tak pi zooo besaoo.. pi zooo kecikk.. hahahah... lawak TORA betui laa suami aku nih... :)
tak banyak pic dapat snap, bateri cam low la pulakkk..
jom layannn..

aderrr la 5-6 jenis binatang kat sini.. hanin pun jadi terujaa la sekejap

tgk rabbit, deer, bird, eagle etc..

sepoiii jer hanin nih.. time2 cengginih la dia nak titunn.. aduii laa...tangkap gambo pun dah takmo senyumm.. zaza bagi dia naik buaian dia syok pulak.. sampai takmo turun.. nanti kita dtg lagi ye syg... muahh..

naik jongkang-jongket.. naik papan gelongsor.. waahhhhh.. bestttt laaaa... nnti nak mai lagiii... tguu bulan 12 nih baba janji nak bawak kita p zoooo besaoooo... yea..yea...yea..yea.... :)

Kerabu Perut

nih jgk request by en hub weekend baru2 nih.. mcm2 dia ngidam nk makan katanya.. hehehe.. hai la abang.. bila 'baby' abang nk kuar tu?? hehehe.. lawak jer yang.. muahhhh!
di pagi2 hari selepas subuh, my hub dah kuar g market, beli perut (lembu).. nak soh zaza watkan kerabu taugeh dengan perut.. act nih my 1st time in my life zaza buat kerabu nih tau!.. mmg tak pandai, tp bila tnya dngn MIL, senang jer ghupanyaa.. huhuhu.. baru nak taw???! :)
jom layannnn....

bahan2:
200g perut lembu - dibasuh dan dicuci dgn air kapur
1 biji bawang besar - dihiris halus
100g taugeh - dibasuh dan ditoskan
120g kerisik - zaza guna kerisik dlm pek kecil 2 bngkus
50g kelapa parut - ditumbuk kasar
50g serbuk beras - beras disangai dan ditumbuk halus
2 biji tomato dihiris halus
garam dan gula secukup rasa
bahan tumbuk: (mcm nk buat sambal belacan)
4-5 biji cili merah
2-3 biji cili padi
2cm belacan
2sb perahan limau
cara2:
1. rebus perut hingga empuk. angkat dan toskan. kemudia hiris memanjang.
2. gaulkan kesemua bahan sekali.
3. sedia utk dihidangkan

Sambal Petai Udang dan Terung

salam...

ughhh.. ada sesapa yang minat petai ka?? pasti ramai kat luar sana tak berapa nk minat makan petai.. haa.. zaza nih takder la minat sgt nk makan petai, dek kerana baunya tu jadi tak berapa nk berkenan.. bila dah kawen.. mr hubby lak mmg minat sgt makan nasi berulamkan petai.. atau peberet dia sambal petai.. tak kira la, campur udang ker, sotong ker or ikan bilis.. bila duk masak kat mr hub, zaza pun dah blajar2 makan nampaknya.. tapi tak pulun sgt laa.. hehe..

resepi kali nih zaza masak petai ngan udang campur terung.. petua MIL zaza, kalu tak mau petai berbau kuat masukkan terung dalam sambal tu.. siapa yg minat petai mmg tau la kan.. pas makan petai 'urin' bau mcm mana.. hahaha.. ok.. nih petua MIL, kalu 'membuang' yang 'kecil' tu mmg takder 'semerbak' sgt la.. coba.. pasti tau!

ok.. kalu u all kalau nak tahu khasiatnya petai (petei) sila klik sini.

ermm.. jom salin resepi lak.. resepi zaza mcm biasa la..

bahan2:

1 biji terung - dipotong kecil

100g udang

2 papan petai - dipotong kecil

2 keping asam gelugor

3/4 cawan air

garam secukup rasa

2 keping gula melaka

minyak utk menumis

bahan kisar:

20 tangkai cili kering

1 biji bawang besar

2cm belacan

2 sb bawang goreng

cara2:

1. panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, kacau sehingga pecah minyak

2. masukkan asam gelugor, tggu sampai mendidih. masukkan pula gula melaka.

3. apabila sambal agak kering masukkan air sedikit demi sedikit. masukkan petai, kemudian udang. bila kuah agak pekat masukkan terung. (kalu terung agak muda, masukkan terung dulu sblm udang).

4. apabila mendidih tutup api, siap utk dihidangkan.

Tuesday, November 3, 2009

DAGING SRI MANGGIS

salam semua..

kali nih nk tayang resepi en hubby yang ke-sekian kalinya (macam la banyak kan?.. hehehe)..
dah makan separuh jalan baru teringat nk snap pic.. sian cik abg kita.. sori yer bang..
aritu, ntah apa angin la dia berminat nk masak.. siap tanya g..

hub: "yang.. nak dak abang masakkan resepi special guna daging?.."
zaza: "eish, betoi ka abg nih.. nk masak ka nih.. heee...suke3x...
hub: "haa.. satg rendam daging tu, nnt abg masak..."

semerbak jaa sepanjang en hub menguruskan 'resepi' dia tu, dan zaza... lipat kain sambil TENGOK TV.. hahaha.. patut dak???

ermm.. bukan setakat daging, siap wat sup sayur utk hanin.. emh..emh..emh.. rajin betui cik abg kite nih..

dah siap hidang, zaza tnya laa nama resepi tu apa.. en hub kata DAGING SRI MANGGIS..
konfius laa.. saipa letak 'MANGGIS' dalam nama resepi tu sdgkan mana ada guna MANGGIS pun.. ghupa2nya en hub sndiri tak taw nama masakan tu, tapi dia biasa tgk MIL masak.. simple jer.. jadi memandangkan en hub asal dari kampung Permatang Manggis, so dia letak laa nama DAGING SRI MANGGIS.. (sempena nama kampung ghupanya.. hebat..hebatttt... hehehe...)

jom tgk resepi dia..

Bahan2:
250g daging dipotong kecil
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
sos cili
sos tomato (sikit jer)
garam
3 sudu besar minyak (utk menggoreng)

cara2:
1. panaskan minyak, dan goreng daging tadi dengan api yg perlahan. (tutup periuk seketika)
2. bila daging dah agak empuk, ,masukkan sos cili dan sos tomato. kacau sebentar.
3. masukkan bawang dan sedikit air. perasakan dgn garam.
4. goreng lagi hingga agak kering.
5. siap utk dihidangkan...

POSTO..POSTO...!!

salam semua..
aduh..duhh.. tak sabor sbnrnya nk publish berita gembira nih... 'CIWI' la sket... hehe.. haa.. nak tau tak, last friday zaza ada trima posto jauhhhh dari negeri pantai timur.. yang ditunggu2 akhirnya tibaaa.. tadaaaaaa....!!!!

haaa.. baca betul2 dari sapa tu??.. pengirim dia tu??


haaa.. ada yang tak kenai lagi kaa?? eish3x.. dah masuk TV tau chef kita nih.. haaa.. hampa jgn wat lece na... hehe.. aduhai kak liza cayang.. tunggu buku nih mcm tunggu kekasih taw! ahaks..! mana taknya, duk 'geraammmm' jer tgk kak Ummi Kuantan duk 'menerai' (try yer) resepi2 dari buku kak liza.. tak caya tgk sini.. dah tu resepi kak liza ada jugak dah sampai kat jepun nu haa.. kat dapur kak hana.. adui mak.. 'ngidam' betui nak try pelbagai masakan kak liza.. dah dapat tu haaa... jenuh nk masak la pulak.. kekeke.. pasang la haku pasnih.. 1 buku didatangkan dengan 23 resepi simple dan istimewa. zaza order semua buku2 kak liza (10 buah).. korang tolong calculate jap.. ader brapa resepi kesemuanya?? haaa.. 230 resepi.. 1 tahun ada 365 hari.. tu dah kira boleh hari2 masak 1 menu.. huiyoo.. buleh jadi cheff ar pasnih.. wakakaka...

dah..dah..dah.. jadi arr sket2 duk brangan sesorang.. jom tgk pic kat bawah lak.. zaza nk tayang apa yg kak liza attach bersama buku pesanan zaza..

haaa.. tu diaa.. berpusing zaza menyusun tu..

ni dia kesemua buku chef hanieliza kita.. rugi tak beli.. senangnya memasak..
(ngeh..ngeh...ngeh.. promote..promote.. jgn tak promote..)

ni dia buah tangan dari k.liza.. nih mesti nk bagi semangat soh rajin masak nih! caiyo! caiyo!
(i likeeee pink color.. tenkiu k.liza.. muahhh!)

psst: kepada korang yang macam zaza baru nk belajo2 masak nih boleh la meng'order' dengan kak liza.. sekali tgk jer resepi2 tu, mmg nk try.. haaaa.. jgn tak taw, kwn2 zaza dah ada yg nk oder tau! cepat3x.. toksah buang masa.. :)

Friday, October 30, 2009

Kembong Masak Asam

-pesal laa kamera aku nih, wat hal lak..tgk..gambo tak brapa cun laa-


salam semua..
dah lama tekak nih tringin nk makan masakan simple camnih.. tp en hubby tak brapa kena ngan selera dia la pulak..dulu rajin gak makan masakan mcm nih masa dlm pantang. tgk.. ader halia, serai dan lada, bagus utk buang angin segala. takper.. zaza masak jer lauk kegemaran en hubby.. 'KARI', then zaza buatkan lah apa2 yg tekak nih nk makan utk diri sendiri.. kan..?? fair and square..
nih namanya masak asam.. ala.. kat kedai.. pasar malam.. bnyk org juai.. tp biasanya nmpak deorg buat ikan tongkol or ikan senangin. memandangkan stok mmg takder mende tu semua zaza guna la ikan yg suka sakit perut... 'ikan kembung'... hehehe... tambahan plak hubby baru beli, fresh lagi isinya.. manis.. jom skodeng resepi laks..
bahan2:
5-6 ekor ikan kembung - digoreng bersama garam dan kunyit
1sb herba campur
1 tangkai daun kari
1 biji bawang besar - dibelah 4
1 batang serai - dipotong serong
1 inci halia - dipotong memanjang
1/2 sk lada biji - (zaza tak letak)
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan air
1/2 biji lobak merah - dipotong memanjang (ikut saiz)
garam dan gula secukup rasa
3sb minyak utk menumis
cara2:
1. panaskan minyak dalam kuali, tumis herba campur, daun kari, serai, halia dan lada.
2. setelah naik wangi, masukkan air asam jawa dan tunggu hingga mendidih.
3. Masukkan lobak merah, masak sebentar.
4. Masukkan pula air, garam dan gula secukup rasa. tunggu mendidih sekejap.
5. akhir sekali, masukkan bawang besar. bila masak, tuangkan saja di atas ikan yang telah digoreng tadi. Siap utk dihidangkan.

Wednesday, October 28, 2009

UJIAN SEORANG PENEROKA

source


...MENJADI PENEROKA PERLU TABAH...

itulah tagline blog sahabat zaza 'KHADIJAH' yang mana baru2 ini dikalung UJIAN dari ALLAH SWT sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama.
sebak, sedih, dan pilu hati seorang ibu apabila membaca coretan seorang ibu yang baru kehilangan puteri sulongnya hampir seminggu yang lalu...
betul dijah.. menjadi peneroka perlu tabah.. kita tak tahu apa lagi halangan yang akan kita tempuhi dihadapan sana sementara sampai ke destinasi abadi. nak selamat kena selalu ingat padaNya dan berdoa agar kita sentiasa dilindungi sepanjang perjalanan kita sampailah tibanya kita di destinasi kita nanti..
semoga apa yang terjadi dapat menjadi teladan kepada mereka yang TERLUPA agar kembali menyelami erti SYUKUR dan REDHO pada PENCIPTA ASAL manusia..
wallahu'alam..

tenangnya khadijah membaca yasin di sisi allahyarhamah nur fatimah
**ikuti luahan hati Khadijah di sini..

Thursday, October 22, 2009

Kisah Nur Fatimah di Saifulislam.Com

sila klik gambar, pilu sekali...
salam...

layari jugak kisah Nur Fatimah di sini..

suka saya memetik sedikit coretan ustaz hasrizal di dalam blognya... semoga menjadi panduan.

"Tahap toleransi anak-anak yang berbeza terhadap gegaran ini, menjadi iktibar buat saya dan kita semua agar tidak lupa kepada hakikat bahawa seorang bayi amat fragile."

"Gegaran boleh berlaku dengan timangan kasih sayang yang sederhana, henjutan buaian malah ada kes yang membabitkan anak yang dihimpit seketika oleh ibu atau selalunya bapa semasa tidur bersama."

jazakumullah khairan pada pengunjung2 blog zaza.. pada ibu_arifa (min), thanx for the n3 yg sungguh menyentuh jiwa.. betull.. hanya IBU yang akan memahami HATI seorang IBU..
Allah jualah yang akan membalas rasa simpati kalian kepada saudara kita yang diujiNya..


loves,
zaza

psst: sila layari jugak coretan menyentuh jiwa dari sahabat kami Najibah.. sila klik sini.
Ya Allah.. semoga setiap ketentuanmu adalah yang terbaik buat kami makhlukMu yang lemah.. amin..

"Ya Allah, pinta kami padaMu, Tuhan sekalian alam, bukan untuk dikecilkan ujian yang bertandang, namun cukuplah dibesarkan jiwa untuk menghadapinya dengan iman.".... -jibah

Nur Fatimah Kembali ke Rahmatullah

salam...

berat hati ini nak menulis suratan yang telah Allah tetapkan pada sahabat zaza, Khadijah dan suami, Muhammad Ramadhan Fitri.. Nur Fatimah 3 bulan, yang juga puteri kepada pasangan ini telah kembali ke rahmatullah lebih kurang pukul 6.20 pagi tadi.. setelah hampir 2 minggu bertahan dan berjuang utk hidup seperti bayi2 lain, namun ketetapan Allah itu jualah yang menjadi jawapan di akhir cerita..

sedih.. sayu.. walaupun zaza bukan ibu kandungnya, namun jauh di sudut hati masih mengharapkan yang mana akan ada KEAJAIBAN berlaku pada nur fatimah.. walaupun dia mmg disahkan kritikal dan hanya bernafas melalui mesin. kegagalan oksigen sampai pada otak membuatkan bayi kecil ini semakin lemah utk bertarung nyawa demi ayah dan bonda tercinta..

Allahuakbarrr!!!... sesungguhnya hanya Engkau lah sebaik2 Pencipta dan Pemilik Bumi dan segala isi-isinya.. Pada-Mu jualah akan kami menyerah diri dalam istilah 'Kematian' yang tidak kami ketahui tika dan masanya.. Semoga Nur Fatimah ditempatkan bersama kanak2 yang terpelihara dan menunggu ayah dan bondanya di syurga.. Allah akan 'menjaganya' di sana.. wallahu'alam...

al-Fatihah...

..nur fatimah.. tidurmu utk selamanya...



pst: pada yang belum tahu kisah nur fatimah sili baca di sini dan sini

Tuesday, October 20, 2009

NASI AYAM PAK AJI

salam semua...
haaa.. nih nk kongsi lagi resepi simple dimple yang dah dicuba.. mmg best.. baca jer tajuk tu jgn korang ingat 'Pak Aji' tu 'AJINOMOTO' lak yer.. haa.. org tu digelar 'pak aji'..
al kisahnya..
A few month ago, kat kolej ader wat majlis, tak hengat dah majlis apa.. as usual bila ada majlis nih tentu ada makan2.. (haa.. time nih yang syok.. dapat makan free,, hehehe). Jamuan tu seperti biasalah akan dimasak oleh sifu kat kolej nih Pak Aji.. Pak Aji nih nama dia En Suhaili, cleaner kat kolej nih.. mgg tera (terror) la bab2 masak nih.. setiap kali yg makan pasti ramai yang memuji.. ilmu Allah pinjamkan tu mmg tak sia2.. sbb ada org seperti zaza yang dapat blajar kat dia.. haaa.. betui dak?
So, bebaru nih zaza berpuasa , so tetiba tringin nk makan nasi ayam.. so tanya la pak aji nih camna nk wat nasi ayam cara dia masak aritu.. salin punya salin.. balik umah apa gii.. cepat2 arr masuk opis..

Haaa… nih la hasilnya.. tadaaa…. Simple and easy.. mcm kacang putih kat dalam mulut.. sedap.. tasty.. semua cukup… Cuma ayam tu keras sket.. maybe sbb goreng lama kot.. so next time goreng kejap jaa lah ehh.. apa gii.. jom makannn…

nasi ayam nih mmg sonang baitu beb.. tak cuba rugii...

nih la ayam yang 'ter'goreng lama.. hitam bukan hangit yer kak long.. mak long.. sbb letak madu.. sifu tak cakap soh letak pun, sendirik yg cari pasal.. haa.. cengginih la hasilnya...

Bahan2 utk nasi:

3 1/2 pot beras (tak tau nk agak cara kilo, soriii)

2 helai daun pandan

2-3 sudu besar mentega

garam dan gula secukup rasa

air rebusan ayam

1 kiub pati ayam (sebatikan dengan sedikit air agar tidak berketul)

cara:

1. masukkan semua sekali dalam periuk, masak seperti biasa. (sukatan air rebusan ayam ikut sukatan masak nasi seperti biasa)

Bahan2 utk ayam:

1/2 kilo ayam- dibersihkan

kicap manis/ soya - secukupnya

lada hitam secukupnya - ditumbuk

gula - sikit jer (tabur atas ayam)

minyak utk menggoreng

cara2:

1. rebus ayam hingga empuk. asingkan ayam. (air rebusan digunakan utk masak nasi)

2. gaul semua bahan, dan goreng sekejap. (jgn terlalu lama, takut ayam jadi keras)

3. hidangkan dgn hiasan tomato, timun dan salad.

sambal nasi ayam:

bahan:

10 biji cili merah - buang biji dan bersihkan

garam dan gula secukup rasa

1-2 sudu cuka makan

cara:

1. blender cili, garam dan gula hingga hancur.

2. panaskan periuk, masak dgn api perlahan. masukkan cuka.

3. masak lagi hingga cili nampak berkilat. tutup api dan hidangkan.

psstt: kuah sup buat sendiri la eh.. tak tanya pulak kat pak aji cara dia buat camna..

selamat mencuba!