"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Thursday, February 26, 2009

Berbuat Baik Sesama Makhluk

hujung minggu lepas, hubby ajak balik tido kg, umah mertua mH la.. Baba (bapa mertua mH) dok sebut2 ja..

"bila hangpa nak mai tidoq sini??..mai la..bagi ramai..rumah buruk jaa..rumah org tua..."..

ayat tu mmg disebut2 setiap kali kami balik menjenguk mereka.

masa mH dok sibuk2 pujuk hanin yang dok merengek nak soh dukung, mH ternampak mak mertua mH dok kunyah something..
sambil pujuk hanin mH kata la...

"...syyy.. diam na sayang.. tu tengok tok buat pa tu.. tok makan sorang2 tak ajak hanin..."..sambil senyum kat mertua mH.

tau dia jawab apa.....???

"...haaahh..tok dok kunyah tulang ikan ngan kepala ikan (ikan goreng semalam)..nak bagi kucing makan..."

Subhanallah... seumur hidup mH tak pernah buat macam tu. kalu mH bagi kucing makan, gaul nasi dan isi ikan ja, segala tulang semua mH buang...tak ke namanya membazir tu...

lain pulak ceritanya mak mertua mH.. kucing biasanya lebih suka makan kepala ikan. jadi dia tak letak isi ikan saja, dia letakkan kepala ikan sekali. sebelum tu dia kunyah sampai hancur kepala ikan tu, biar mudah kucing-kucing dia makan.

herm...pengajarannya.. buat baik sesama makhluk Allah.. kita baik pada mereka, insyaallah, nanti Allah akan redho perkara-perkara baik pada kita pulak...


wallahua'lam...

Wednesday, February 25, 2009

AL-QURAN

... Al-Quran sebagai panduan hidup di dunia...
Sabda Rasulullah SAW, "... dan aku tinggalkan 2 perkara kepada umat manusia, selagi mana mereka berpegang dengannya, nescaya mereka takkan sesat dunia dan akhirat...iaitu adalah al Quran dan sunnahku..."

Tuesday, February 17, 2009

Cucoq Udang Baik Punyaa...


Jam dah kul 430pm… haduii.. lapornyer.. tadi tak sempat lunch, dok pulun habiskan katalog buku. Dalam kepala mH dok memburu resepi mudah ja nak masak petang nih, malam nanti kira lain… baru nak selongkar freg… tetiba tersangkut ingatanku ini pada stok udang yang tinggal sikiit jer lagi… boleh lah tuu…hik hik hik…

Bahan-bahan:
1 genggam udang (udang kecik2 tu)
1 biji bawang besar (dimayang halus)
1 biji lada merah (dipotong serong)
1 biji telur
1 cekak daun kucai (suamiku tanam sendiri uuu…)
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak masak
2 ½ cawan tepung gandum
Garan secukup rasa
Gula ½ sudu kecil
½ cawan air panas
1 cawan air

Cara-cara:
· Masukkan tepung gamdum dalam bekas, gaulkan dengan marjerin sehingga gebu.
· Masukkan air panas dan kacau, masukkan pula air dan bancuh sehingga agak-agak boleh menggoreng.
· Masukkan pula udang, bawang besar, lada merah, telur, daun kucai (dipotong ½ inci), minyak masak, gula dan garam secukup rasa.
· Gaul sehingga sebati dan goreng di dalam minyak yang cukup panas..

Selamat mencuba…

Tuesday, February 3, 2009

Daging Kambing Masala

Resepi ni mH amik dari dapur kakak ipar mH, Dr Fauziah masa kami sekeluarga pergi bercuti di rumah beliau di UIAM Gombak. Rasanya sedap, pedas-pedas gitu…thanx yer Chik.. nanti boleh kongsi resepi baru lagi.

Bahan-bahan:-
½ kilo daging kambing (boleh jugak letak daging lembu)
2 biji bawang besar (dimayang halus)
2 biji tomato (dipotong dadu)
2 biji ubi kentang (dipotong)
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil ketumbar (boleh jugak guna serbuk ketumbar)
3 sudu besar rempah kari daging / rempah samah (boleh didapati di kedai mamak)
2 sudu besar serbuk cili (boleh jugak letak cili kering yang dimesin)
1 biji cili merah (dipotong serong)
4 sudu besar planta / marjerin (untuk menumis)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 cawan air
Cara-cara:-
1. Panaskan periuk bersama planta / marjerin.
2. Tumiskan bawang besar sehingga naik bau kemudian masukkan ubi kentang. Goreng sehingga ubi agak-agak empuk.
3. Masukkan rempah kari dan serbuk cili, kacau sehingga pecah minyak.
masukkan pula jintan manis dan ketumbar, kacau lagi.
4. Bila dah naik bau, masukkan daging kambing dan sedikit air.
biarkan sehingga daging masak.
5. Apabila daging dah mula empuk masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Biarkan seketika sehingga kuah agak pekat, tutup api.. sedia untuk dimakan bersama nasi putih.

Selamat mencuba...

p/s: sayur tu tetiba posing dalam bekas lain.. tak sempat nak tukar pinggan.. hehehe...

Menu Minum Petang : Pisang Goreng



Lepas balik kerja petang semalam, mH sempat sediakan minum petang untuk hubby… goreng pisang dan cendawan goreng.. simple tapi mengenyangkan. Seperti yang kita semua maklum, pisang mengandungi serat yang tinggi yang mampu membuat perut kita kenyang. Pisang yang kat umah mH ni diberi oleh maklong masa kami ziarah dia di Gurun, Kedah.

Bahan:-
Pisang Awak (mH masak pisang awak batu)
2 1/2 cawan tepung
2 sudu besar planta
1 sudu teh gula
¾ sudu teh garam
1 sudu besar minyak masak ** (untuk bancuhan)
½ sudu teh air kapur
¼ cawan air panas
½ cawan air (untuk bancuhan)
Minyak untuk menggoreng


Cara Memasak:-
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk dan seroikan dengan planta. (Ramas planta dan tepung di hujung jari).
2. Masukkan garam, gula, **minyak masak dan air kapur, gaul hingga rata.
3. Masukkan sedikit air panas, gaul lagi. Kemudian campurkan air sejuk dan gaul sehingga tepung menjadi pekat dan sesuai untuk dicelup pisang. panaskan minyak untuk menggoreng di dalam kuali.
4. Celup pisang dan goreng hingga kekuningan.
5. Toskan Minyak dan siap untuk dihidangkan.


Senangkan… adunan tepung ni juga sesuai untuk menggoreng cendawan, isi buah cempedak, buah sukun dan lain-lain. Resepi ni mH amik dari mak mertua mH. Rangup, garing memang umpphhh…. (pernah sekali Teh Siti letak bijan sikit dalam pisang goreng tu.. pun sedap jugak). Selamat mencuba..

Monday, February 2, 2009

Maggie Bakar



aduiii... sedap tau maggie bakar nie.. resepi nih mH amik dari Teh Siti yang sememangnya pandai bab2 masak makan nih... ala-ala makaroni bakar gitu...selamat mencuba..

Bahan-bahan:-
2 Paket Maggie yang direbus dan ditoskan (apa-apa brand pun tak pa)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji tomato (dipotong dadu)
4 biji ubi kentang (dipotong dadu)
2 keping daging burger (dipotong kecil-kecil)
4 biji telur
2 sudu besar rempah karipap / rempah kari
½ cawan susu cair
3 sudu besar minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar planta (untuk gris pada bekas pembakar)

Cara-cara:
1. Masukkan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih bersama ubi kentang dengan api sederhana. Masak sampai ubi empuk.
2. Masukkan kesemua bahan kecuali susu dan telur. kacau bahan dalam kuali sehingga masak.
3. Masukkan susu dan kacau lagi sehingga sebati
4. Pecahkan telur di dalam bekas lain dan pukul hingga kembang.
5. Masukkan maggie dan bahan tumis tadi, gaul sehingga sebati kesemuanya.
6. Griskan planta pada bekas pembakar, tekap bahan yang digaul tadi ke dalam bekas pembakar.
7. Bakar bahan tadi dengan suhu 180˚cc selama 20-30 minit. (atau tunggu sehingga masak.)

8. Hiaskan potongan-potongan maggie bakar dengan kepingan cheese..

Siap untukk dingaappp...

Related Posts with Thumbnails