"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Tuesday, February 17, 2009

Cucoq Udang Baik Punyaa...


Jam dah kul 430pm… haduii.. lapornyer.. tadi tak sempat lunch, dok pulun habiskan katalog buku. Dalam kepala mH dok memburu resepi mudah ja nak masak petang nih, malam nanti kira lain… baru nak selongkar freg… tetiba tersangkut ingatanku ini pada stok udang yang tinggal sikiit jer lagi… boleh lah tuu…hik hik hik…

Bahan-bahan:
1 genggam udang (udang kecik2 tu)
1 biji bawang besar (dimayang halus)
1 biji lada merah (dipotong serong)
1 biji telur
1 cekak daun kucai (suamiku tanam sendiri uuu…)
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak masak
2 ½ cawan tepung gandum
Garan secukup rasa
Gula ½ sudu kecil
½ cawan air panas
1 cawan air

Cara-cara:
· Masukkan tepung gamdum dalam bekas, gaulkan dengan marjerin sehingga gebu.
· Masukkan air panas dan kacau, masukkan pula air dan bancuh sehingga agak-agak boleh menggoreng.
· Masukkan pula udang, bawang besar, lada merah, telur, daun kucai (dipotong ½ inci), minyak masak, gula dan garam secukup rasa.
· Gaul sehingga sebati dan goreng di dalam minyak yang cukup panas..

Selamat mencuba…

1 comment:

atin bucuk said...

haha....awat besaq sangat cucuq udang 2...
ari ni dek p beli karipap panas n ayaq nyok depan masjid dgn am....huhu...
adik bli 8 ketul karipap xmask, 4 ketul karipap masak...percuma satu...hehe...rezeki2!!!

Related Posts with Thumbnails