"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Monday, February 2, 2009

Maggie Bakar



aduiii... sedap tau maggie bakar nie.. resepi nih mH amik dari Teh Siti yang sememangnya pandai bab2 masak makan nih... ala-ala makaroni bakar gitu...selamat mencuba..

Bahan-bahan:-
2 Paket Maggie yang direbus dan ditoskan (apa-apa brand pun tak pa)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji tomato (dipotong dadu)
4 biji ubi kentang (dipotong dadu)
2 keping daging burger (dipotong kecil-kecil)
4 biji telur
2 sudu besar rempah karipap / rempah kari
½ cawan susu cair
3 sudu besar minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar planta (untuk gris pada bekas pembakar)

Cara-cara:
1. Masukkan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih bersama ubi kentang dengan api sederhana. Masak sampai ubi empuk.
2. Masukkan kesemua bahan kecuali susu dan telur. kacau bahan dalam kuali sehingga masak.
3. Masukkan susu dan kacau lagi sehingga sebati
4. Pecahkan telur di dalam bekas lain dan pukul hingga kembang.
5. Masukkan maggie dan bahan tumis tadi, gaul sehingga sebati kesemuanya.
6. Griskan planta pada bekas pembakar, tekap bahan yang digaul tadi ke dalam bekas pembakar.
7. Bakar bahan tadi dengan suhu 180˚cc selama 20-30 minit. (atau tunggu sehingga masak.)

8. Hiaskan potongan-potongan maggie bakar dengan kepingan cheese..

Siap untukk dingaappp...

2 comments:

muaz-xuitm said...

adui...nie kena boikot nie...harap tukar maggie kepada jenama lain...w;alam....

mamaHanin said...

hehehe..dah terrbuat dah maggie tu en muaz..

Related Posts with Thumbnails