"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Friday, November 6, 2009

Sambal Petai Udang dan Terung

salam...

ughhh.. ada sesapa yang minat petai ka?? pasti ramai kat luar sana tak berapa nk minat makan petai.. haa.. zaza nih takder la minat sgt nk makan petai, dek kerana baunya tu jadi tak berapa nk berkenan.. bila dah kawen.. mr hubby lak mmg minat sgt makan nasi berulamkan petai.. atau peberet dia sambal petai.. tak kira la, campur udang ker, sotong ker or ikan bilis.. bila duk masak kat mr hub, zaza pun dah blajar2 makan nampaknya.. tapi tak pulun sgt laa.. hehe..

resepi kali nih zaza masak petai ngan udang campur terung.. petua MIL zaza, kalu tak mau petai berbau kuat masukkan terung dalam sambal tu.. siapa yg minat petai mmg tau la kan.. pas makan petai 'urin' bau mcm mana.. hahaha.. ok.. nih petua MIL, kalu 'membuang' yang 'kecil' tu mmg takder 'semerbak' sgt la.. coba.. pasti tau!

ok.. kalu u all kalau nak tahu khasiatnya petai (petei) sila klik sini.

ermm.. jom salin resepi lak.. resepi zaza mcm biasa la..

bahan2:

1 biji terung - dipotong kecil

100g udang

2 papan petai - dipotong kecil

2 keping asam gelugor

3/4 cawan air

garam secukup rasa

2 keping gula melaka

minyak utk menumis

bahan kisar:

20 tangkai cili kering

1 biji bawang besar

2cm belacan

2 sb bawang goreng

cara2:

1. panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, kacau sehingga pecah minyak

2. masukkan asam gelugor, tggu sampai mendidih. masukkan pula gula melaka.

3. apabila sambal agak kering masukkan air sedikit demi sedikit. masukkan petai, kemudian udang. bila kuah agak pekat masukkan terung. (kalu terung agak muda, masukkan terung dulu sblm udang).

4. apabila mendidih tutup api, siap utk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails