"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Tuesday, November 3, 2009

DAGING SRI MANGGIS

salam semua..

kali nih nk tayang resepi en hubby yang ke-sekian kalinya (macam la banyak kan?.. hehehe)..
dah makan separuh jalan baru teringat nk snap pic.. sian cik abg kita.. sori yer bang..
aritu, ntah apa angin la dia berminat nk masak.. siap tanya g..

hub: "yang.. nak dak abang masakkan resepi special guna daging?.."
zaza: "eish, betoi ka abg nih.. nk masak ka nih.. heee...suke3x...
hub: "haa.. satg rendam daging tu, nnt abg masak..."

semerbak jaa sepanjang en hub menguruskan 'resepi' dia tu, dan zaza... lipat kain sambil TENGOK TV.. hahaha.. patut dak???

ermm.. bukan setakat daging, siap wat sup sayur utk hanin.. emh..emh..emh.. rajin betui cik abg kite nih..

dah siap hidang, zaza tnya laa nama resepi tu apa.. en hub kata DAGING SRI MANGGIS..
konfius laa.. saipa letak 'MANGGIS' dalam nama resepi tu sdgkan mana ada guna MANGGIS pun.. ghupa2nya en hub sndiri tak taw nama masakan tu, tapi dia biasa tgk MIL masak.. simple jer.. jadi memandangkan en hub asal dari kampung Permatang Manggis, so dia letak laa nama DAGING SRI MANGGIS.. (sempena nama kampung ghupanya.. hebat..hebatttt... hehehe...)

jom tgk resepi dia..

Bahan2:
250g daging dipotong kecil
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
sos cili
sos tomato (sikit jer)
garam
3 sudu besar minyak (utk menggoreng)

cara2:
1. panaskan minyak, dan goreng daging tadi dengan api yg perlahan. (tutup periuk seketika)
2. bila daging dah agak empuk, ,masukkan sos cili dan sos tomato. kacau sebentar.
3. masukkan bawang dan sedikit air. perasakan dgn garam.
4. goreng lagi hingga agak kering.
5. siap utk dihidangkan...

No comments:

Related Posts with Thumbnails