"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Tuesday, October 20, 2009

NASI AYAM PAK AJI

salam semua...
haaa.. nih nk kongsi lagi resepi simple dimple yang dah dicuba.. mmg best.. baca jer tajuk tu jgn korang ingat 'Pak Aji' tu 'AJINOMOTO' lak yer.. haa.. org tu digelar 'pak aji'..
al kisahnya..
A few month ago, kat kolej ader wat majlis, tak hengat dah majlis apa.. as usual bila ada majlis nih tentu ada makan2.. (haa.. time nih yang syok.. dapat makan free,, hehehe). Jamuan tu seperti biasalah akan dimasak oleh sifu kat kolej nih Pak Aji.. Pak Aji nih nama dia En Suhaili, cleaner kat kolej nih.. mgg tera (terror) la bab2 masak nih.. setiap kali yg makan pasti ramai yang memuji.. ilmu Allah pinjamkan tu mmg tak sia2.. sbb ada org seperti zaza yang dapat blajar kat dia.. haaa.. betui dak?
So, bebaru nih zaza berpuasa , so tetiba tringin nk makan nasi ayam.. so tanya la pak aji nih camna nk wat nasi ayam cara dia masak aritu.. salin punya salin.. balik umah apa gii.. cepat2 arr masuk opis..

Haaa… nih la hasilnya.. tadaaa…. Simple and easy.. mcm kacang putih kat dalam mulut.. sedap.. tasty.. semua cukup… Cuma ayam tu keras sket.. maybe sbb goreng lama kot.. so next time goreng kejap jaa lah ehh.. apa gii.. jom makannn…

nasi ayam nih mmg sonang baitu beb.. tak cuba rugii...

nih la ayam yang 'ter'goreng lama.. hitam bukan hangit yer kak long.. mak long.. sbb letak madu.. sifu tak cakap soh letak pun, sendirik yg cari pasal.. haa.. cengginih la hasilnya...

Bahan2 utk nasi:

3 1/2 pot beras (tak tau nk agak cara kilo, soriii)

2 helai daun pandan

2-3 sudu besar mentega

garam dan gula secukup rasa

air rebusan ayam

1 kiub pati ayam (sebatikan dengan sedikit air agar tidak berketul)

cara:

1. masukkan semua sekali dalam periuk, masak seperti biasa. (sukatan air rebusan ayam ikut sukatan masak nasi seperti biasa)

Bahan2 utk ayam:

1/2 kilo ayam- dibersihkan

kicap manis/ soya - secukupnya

lada hitam secukupnya - ditumbuk

gula - sikit jer (tabur atas ayam)

minyak utk menggoreng

cara2:

1. rebus ayam hingga empuk. asingkan ayam. (air rebusan digunakan utk masak nasi)

2. gaul semua bahan, dan goreng sekejap. (jgn terlalu lama, takut ayam jadi keras)

3. hidangkan dgn hiasan tomato, timun dan salad.

sambal nasi ayam:

bahan:

10 biji cili merah - buang biji dan bersihkan

garam dan gula secukup rasa

1-2 sudu cuka makan

cara:

1. blender cili, garam dan gula hingga hancur.

2. panaskan periuk, masak dgn api perlahan. masukkan cuka.

3. masak lagi hingga cili nampak berkilat. tutup api dan hidangkan.

psstt: kuah sup buat sendiri la eh.. tak tanya pulak kat pak aji cara dia buat camna..

selamat mencuba!

2 comments:

ibu_arifa said...

Amboi sedap nampak nasi ayam zaza nih...pandai nyer zaza masak memasak ni..kena menuntut dari zaza lah nnt.. :P

zaza@mamaHanin said...

tak yah la nak menuntut min.. try jer.. jadii punya lah.. hehehe

Related Posts with Thumbnails