"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Monday, October 19, 2009

KUETEOW SUP


SLRUPPPPP... urmmhhhh...
hehehe.. eksyen je tuh... idak ler sedap sgt pun.. org baru belajaq la katakan.. haa.. dengan terhasilnya kueteow nih atas smgt baru yang mula timbul bila munculnyaaaaaaa.................
................taaaadaaaaaaaaaaaaa............

haa.. presure cooker.. mmg dah lama mengidam nak beli periuk nih.. duk jeles ja kat mak sendiri ngan MIL sbb bab2 masak daging nih mmg cepat dan hasilnya memuaskan.. hehehe..

so, alkisahnya hari raya ke-5 yang lepas, my SIL cuti panjang, dia ajak kami pi soping2 kat langkawi.. heheh..dengan 'lajuu' jer zaza jwb 'BOLEH JUGAK'. then duk pujuk2 en hubby spy join skali. haa.. beratus habis dlm satu hari.. bukan beli apa pun.. banyak barang umah je la.. periuk nih dan pinggan mangkuk buat tetamu yang datang (tak tringat lak nk snap gambo). zaza beli yang biasa2 jer.. yang lagi mahai harga mencecah RM500.00, tapi zaza nyer area RM200 lebeh jer. yang nih pun dah kira OK, coz yg kat umah mak zaza pun camnih gak.. puaih hati sbb fungsi dia tu..

rebus jer daging tu, masuk segala rempah sup siap2.. ha, tggu jer sampai dia masak.. celur kueteow, masak sambal utk sup.. haa.. pa lagi.. slruuppppp je laaa nnti... hehehe...
RESEPIIII??? ADUHHH.. nih zaza update atas permintaan MamaAnis (MA) nih.. try la no.. kalu jadi buleh wat lagi.. lalu tak jadik itulah pertama dan terakhir.. muahahaha...
Bahan2 sup:
1/2 kg daging lembu (dipotong besar2)
10 biji bawang merah - dimayang halus
4 biji bawang putih - dimayang halus
1 biji bawang besar - potong 4
bunga lawang
bunga cengkih
buah pelaga
kulit kayu manis
air secukupnya
lada secukupnya (ikut tahap pedas yg dikehendaki)
garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar perencah sup (kalau dapat yg dari Kelantan tu lagi best!)
daun sup
daun bawang
2 batang serai - diketuk
halia 3 inci - diketuk
cara-cara: (kaedah ni guna pressure cooker yer)
1. isikan air secukupnya dalam pressure cooker.
2. masukkan daging dan rempah 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis).
3. tutup dan masak sehingga pressure cooker bunyi 2-3 kali. (jgn terlalu lama, takut daging terlalu lembut).
4. tutup api dan biarkan sehingga sejuk.
5. apabila periuk sudah sejuk, dan tudung dah dpt buka, panaskan semula, masak seperti biasa tanpa tungkannya lagi.
5. masukkan garam dan gula, lada, bawang besar, rempah sup, halia, serai, daun sup dan daun bawang, boleh juga kalu nk bubuh cili padi.
6. and last sekali buat tumis darat.
kaedah tumis darat:
1. panaskan minyak dalam kuali.
2. goreng bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang halus sehingga kuning keemasan.
3. tuangkan hasil gorengan beserta minyak ke dalam kuah sup tadi.
4. siap utk dihidangkan.
sambal:
10 biji cili merah (dibuang biji)
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cuka
garam dan gula secukupnya
secubit belacan
sedikit air
sedikit minyak utk tumis - sikit jer, kalu banyak jadi berlinang
cara-cara:
1. kisarkan cili merah, belacan dan bawang putih sehingga halus.
2. tumiskan bahan kisar dan masak dengan api kecil
3. kacau sampai bahan jadi pekat, tutup api dan hidangkan.
kueteow:
celurr jer lahh ehhh... hehehe..
sblm hidang, daging yang direbus tadi bolehlah dipotong kecil.

2 comments:

my little family said...

zaza, sambal dia nk bt camner...
sup daging cara Zaza pun akak nk tau..leh bt nih...anis suka kueteow..

zaza@mamaHanin said...

biasa2 jer kak.. cuber eh..
sambal tu kalu taknak letak minyak pun takpa.. paperpun masak ngan api yang halus.. takut hangit.. heheh... selamat mencuba...

Related Posts with Thumbnails