"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Thursday, October 22, 2009

Nur Fatimah Kembali ke Rahmatullah

salam...

berat hati ini nak menulis suratan yang telah Allah tetapkan pada sahabat zaza, Khadijah dan suami, Muhammad Ramadhan Fitri.. Nur Fatimah 3 bulan, yang juga puteri kepada pasangan ini telah kembali ke rahmatullah lebih kurang pukul 6.20 pagi tadi.. setelah hampir 2 minggu bertahan dan berjuang utk hidup seperti bayi2 lain, namun ketetapan Allah itu jualah yang menjadi jawapan di akhir cerita..

sedih.. sayu.. walaupun zaza bukan ibu kandungnya, namun jauh di sudut hati masih mengharapkan yang mana akan ada KEAJAIBAN berlaku pada nur fatimah.. walaupun dia mmg disahkan kritikal dan hanya bernafas melalui mesin. kegagalan oksigen sampai pada otak membuatkan bayi kecil ini semakin lemah utk bertarung nyawa demi ayah dan bonda tercinta..

Allahuakbarrr!!!... sesungguhnya hanya Engkau lah sebaik2 Pencipta dan Pemilik Bumi dan segala isi-isinya.. Pada-Mu jualah akan kami menyerah diri dalam istilah 'Kematian' yang tidak kami ketahui tika dan masanya.. Semoga Nur Fatimah ditempatkan bersama kanak2 yang terpelihara dan menunggu ayah dan bondanya di syurga.. Allah akan 'menjaganya' di sana.. wallahu'alam...

al-Fatihah...

..nur fatimah.. tidurmu utk selamanya...



pst: pada yang belum tahu kisah nur fatimah sili baca di sini dan sini

9 comments:

ibu_arifa said...

takziah buat keluarga nur fatimah :(
saya pun sedih jgak..sampai xtau nk kata apa..harap ibu dan ayah mereka tabah mghadapi dugaan ini.

ctzura said...

Salam Takziah buat keluarga Nur Fatimah.. Semoga kuat & Tabah dengan Dugaan Allah..

Sedih dengan tragedi yg tak terduga.. Semoga ketabahan mereka d janjikan Allah dengan ganjaran yg tak ternilai.. InsyaAllah..

Al-Fatihah buat arwah c kecil Nur Fatimah.. Arwah akan tunggu ayah & ibunya d Syurga nanti.. Amin..

Putra Mama said...

Inalillah.. smpikn salam takziah sy buat keluarga nur fatimah..

Mama-Danish & Sarah said...

takziah buat keluarga arwah...

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya...

Nieza Ishak said...

takziah pada keluarga.

Al-fatihah.
Orang terpilih sahaja yang diuji olehnya ...

10 said...

alfatihah wat nur fatimah... dan takziah wat keluarganya...

haslina firdaus said...

Salam... Takziah buat keluarga Nur Fatimah... Sedih sgt baca kisah kisahni... Semoga ibu dan ayah Nur Fatimah kuat semangat dan tabah dengan dugaan ini...
Kita yg menatap pun sedih sgt apatah lg mereka yg menanggung...

Hayatie said...

Sedihnya..salam takziah buat keluarga khadijah..semoga beliau tabah..Al fatihah buat arwah nr fatimah...

ibu emy efy eqy said...

♥ menitis air mata akak bila membaca cerita ini. mana taknya, arwah baby nur fatimah ni lebih kurang umur anak kak wa je.

♥ sedih rasanya bila ALLAH pinjamkan nur fatimah hanya selama 3 bulan dan cara pemergiaannya juga sungguh sedih. bagaimanalah rasanya kesakitan sehingga koma baby nur fatimah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir?...

♥ AL-FATIHAH buat nur fatimah. acik wa doakan semoga roh nur fatimah dalam kalangan penghuni2 SYURGA...

♥ buat keluarga kak khadijah, takziah kami ucapkan. banyak2kan bersabar kerana nur fatimah akan sentiasa menanti kehadiran akak di syurga...

Related Posts with Thumbnails