"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Friday, May 29, 2009

Menu untuk Si Manja

alhamdulillah.. di usia hanin 8 bulan nih, dah nmpak macam2 perkara yang dia boleh buat.. salah satunya tak nak makan disuap.. adeiii... org nk suap dia pun mula la tak senang nk amik sudu or makanan dari tangan kita.. gambo kat bawah nih mH nk suapkan dia makan biskut.. dia takmo makan kalu disuap.. nk pegang sendirik ghupanya... emmmm... macam2 betuii la si kecil mama nih taw!.. tengokk.. bila dah makan sendiri nih.. bersepah laa toto dia tu..comoot jer muka anak mama nih... papepun.. ok lah jugak tu kan.. nk tunjuk yang dia dah boleh buat sendirik.. nak berdikari.. alhamdulillah sekali lagi....



mama dia asyik dok tayang menu utk baba jer.. tak pernah pown tayang menu yang mama sediakan utk hanin.. tak adil..memang tak adill... soo.. today mH nk kongsikan penambahbaikan penyediaan makanan utk si manja yang berusia 6-8 bulan (coz hanin baru 8 bln)...menu nih mH dapat dari uncle Chef.. tenkiu atas perkongsian.. watkan utk hanin bwk bekal pi school. cikgu kata hanin makan sampai licin.. hehehe...

Bahan-bahan:
1 genggam beras (dibasuh dan ditoskan)*
1/2 biji epal (dibuang kulit dan dipotong dadu)*
3cm dada ayam (dirincik halus)*

7 biji kismis*
4 cawan air (dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga beras kembang menjadi bubur)*
secubit serbuk kulit kayu manis
secubit garam (sekadar perlu-jangan sampai rasa masin sgt)

Cara-cara:
1. rebus kesemua bahan bertanda (*) dengan air sehingga beras menjadi kembang.
2. setelah beras lembut dan kembang masukkan serbuk kulit kayu manis dan secubit garam.
3. kacau sehingga bubur nasi agak pekat sedikit.
4. tutup api dan 'choped'/blender sehingga halus.
5. sedia utk dimakan.

**boleh jugak nk letak sawi or brokoli..tapi jgn letak terlalu banyak sayuran, cukup sekadar 1-2 jenis. yang penting ada serat dalam menu sehariannya bagi memudahkan pencernaan mereka. Sekiranya makanan si manja agak sejuk, masukkan sedikit air panas utk membuka selera bayi..

selamat mencuba!

2 comments:

ibu_Arifa said...

best ni..Dalila selalu mkn bubur + carrot+ bayam yer.. esok nak kena gi carik epal lah..serbuk kulit kayu manis tu untuk apa? ada jual yer..min tak tahu pun :P

zaza@mamaHanin said...

to ibu_arifa:
mmg best min.. lately zaza masak segenggam beras, memang dia habiss la.dulu selalu buang jer taw!..
serbuk kulit kayu manis ader khasiatnya,tp zaza bubuh sket jer.. secubit jer.. ader jual kt bahagian buat kueh nih.. or kalu nk senang mcm zaza aritu, ketuk/tumbuk kulit kayu manis sket smpai halus,then masukkan dlm bubur.. and now setiap kali masak zaza masukkan 7 biji kismis dlm bubur dia.. sedapp..rasa manis2 sket..cuba lah! (",)

Related Posts with Thumbnails