"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Friday, May 29, 2009

Muffin 3 Rasa

Petang semalam mH dapat call dari mami Hasnah bgtau yg Taska Graduan Kecil (School Hanin) nak celebrate Hari Guru merangkap meraikan hari jadi pelajar2 bagi bulan Mei... so, utk Hari Guru tu, parents akan kutip duit RM5/seorang utk beli something for teachers. mH dah bagi RM5 tapi atas tujuan dan rasa berterima kasih yang teramat kepada cikgu2 yg menjaga Hanin, mH decided nk buatkan something utk majlis mereka.. pada mulanya mH bercadang nak buat Triffle, unfortunately tak cukup bahan, so mH buatlah according bahan yg ada dlm stock kat dapur I tuu... so hasilnya.. Taa..Daaaaaa..... Muffin 3 Rasa... uppsss...bukan mcm siakap 3 Rasa tu ekk... 3 Rasa nih mH buat satu adunan dengan 3 perasa :- Orrange + Choc Chip, Strawberry + Choc Chip and Pandan with blueberry filling..
emmm.. sedappp..gebuuuu....

resepi asal mH amik kat dapur CMG tapi jenguk2 kat dapur kak ummi pown ada... tapi sebut muffin nih ramai yang dah try.. mcm bebaru nih, daput kak CT pown ader gak wat pandan muffin with blueberry filling.. sedappp taw!!.. sapa tak cuba rugiii....
resepi kat bwh nih mH kopipes from CMG...mintak halal yer cik Mat.. tenkiuu...

Bahan-Bahannya :-)
180 g mentega
140 g gula halus (mH guna 100g jer, takmo manis sgt)
2 biji telur gred A (mH guna 3 biji telur gred B)
100 ml susu segar (mH guna susu low fat)
220 g tepung gandum+2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak) (mH guna 1sk je BP)
1 camca teh strawberry emulco (ikut perasa apa nak)

Cara membuatnya :-)
1.Putar mentega bersama gula hingga putih. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis. Gaul rata.
2. Masukkan strawberry emulco dan gaul hingga sebati. Sudukan adunan ke dalam muffin cup atau paper cup yg dialas dalam acuan muffin sebanyak 3/4 penuh.
3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 18 - 20 minit (bergantung pada oven masing2). Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidangkan...

3/4 dari hasil 'pembakaran'ku diberi pada Graduan Kecil.. 1/4 lagik bawak bekal datang opis pagi nih, wat bekfast tadi..

haaa.. ni laa skul hanin... ramai budak2 nih... yang pakai baju cekelat tuh namanya Cikgu Norma..kira mcm otai laa kat situ.. anything rujuk dia..org lama la katakan... veryy nice person..

haaa..yang nih gambo anak daraku with her best friend... Hariq.. nampak beza kan?? takpa Hariq.. auntie bagi tempoh 3 bulan, nnti mesti Hariq dah kejar Hanin tuu... (bukan per, mak si Hariq ni da bagi vitamin kat dia, so botol susu kecik mmg da tak cukup, kena bancuh susu dlm botol besar baru kenyang). Hariq dan Hanin sebaya.. dan merekalah antara baby terawal yg dihantar ke situ.. kira 2-2 org nih 'otai' la kann.. hehehe... haa.. yang si comel mendukung hanin tu adalah cikgu yang ngasuh Hanin..namanya Yana.. mmg the 'kelolos' (ikut suka ati dia jer/ hepi go lucky) one maaa... dia la antara cikgu yang mintak izin nk bawak balik hanin pi rumah dia utk satu malam sahaja.. uppssss.. maaf la dekkk.. tak tidoo la mama dan baba dia kalu hanin takder kat sebelah... huhuhu... thanx a lot coz jaga hanin dengan kasih sayang mcm mana akak jaga dia kat umah.. semoga Allah permudahkan urusan korang semua.. ameenn... muaahhhss!!

2 comments:

10 said...

sedapnyer muffin tu...

zaza@mamaHanin said...

a'aa la 10.. cedappp.. cuba lahh.. mudah jer tuh..

Related Posts with Thumbnails