"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Showing posts with label Zauji. Show all posts
Showing posts with label Zauji. Show all posts

Monday, February 21, 2011

*The Rest Of My Life*

"special for my beloved wife.."

itulah mesej suami tercinta di dalam fb zaza dengan attachment yang begitu menyentuh hati.. zaza kongsikan dengan rakan2 di luar sana untuk buat perkara yang sama kepada pasangan anda.. semoga hidup kita sentiasa dirahmatiNya.. bahagia,, kekal hingga ke syurga..

Thank you Allah.. for sending me a lovely person like him..

Who love me because of You (Allah)..

"Bercinta Sampai Syurga.. insyaallah.."

Thursday, November 25, 2010

Thursday, October 7, 2010

Selamat Hari Lahir Suamiku (Backdated Story)

~eh..eh.. 'ter'sama la pulak kaler pembalut ngan cadar katil tu~

hua..hua..huaa...

ciannn suamiku itew.. lambat pulak upload citer pasai besday dia yang dah lepas 6 hari lepas.. huhuhu... ampunn yer bangg.. pepaham ler.. no internet connection la yangg..

1/10/2010 yang lepas adalah hari bersejarah buat hubby zaza sbb untuk ke sekian kalinya umur beliau dah menganjak satu lagi anak tangga.. tu la kan.. bak teka teki dalam citer epik kanak-kanak Belalang kat astro Ceria tu..

"apakah ia.. sekali ia naik tak turun-turun.."

haaa.. jawapnnya adalah .. "U.M.U.R" laa kan.. mana ada umur yang boleh di u-turn..

Alhamdulillah.. walaupun dah meningkat usia, Allah dah makbulkan macam2 impian abang sepertimana yang abang selalu ceritakan masa mula2 kita kawin dulu.. segala perancangan dan impian Allah permudahkan sedikit demi sedikit walaupun jalan yang dilalui itu bukannya sesenang yang kita impikan..

Sebagai isteri, iza mendoakan agar abang sentiasa dibawah lembayung rahmat dan kasih-sayangNya.. diberkati umur untuk beribadat kepadaNya, diberikan kekuatan menjaga mak dan baba (my MIL & FIL) juga Mak Yah (my mom kat A/Star).. menjadi suami dan bapa yang penyayang kepada keluarga, menjadi pembimbing kepada sanak-saudara (adik2ku terutamanya), menjadi pendidik yang tak mengenal erti jemu menyampaikan ilmu-ilmu Allah..

insyaallah... semoga doa2 iza untuk suami tercinta diangkat Allah.. Sesungguhnya diri ini sentiasa inginkan yang terbaik dalam hidupmu.. maka, kau redholah daku untuk menjadi penemanmu di dunia dan akhirat.. insyaallah..

A Lot Of Loves, Huggs and Kisses...

nota: terima kasih buat teman2 yang membantu menyumbangkan tenaga untuk hadiah "Pak Long".. hehehe.. i love u olssss...

Monday, June 21, 2010

Mereka di Hati Ini...

Hari Bapa datang lagii...

Kami hanya empat beradik... semuanya perempuan... alhamdulillah..
walaupun xder gen 'X' dalam senarai anak-anaknya.. dia tetap gembira.. mengajar anak2nya berdikari.. pernah sekali zaza diajar untuk tukar tayar kereta.. menitis peluh dan air mata.. rasa mcm dibuli.. tp kerana itu zaza ada pengalaman tukar tayar kereta.. tahu apa yang patut dibuat kalu tayar kereta pancit lagii..

sejak sekolah lagi, dia hanya bagi limits.. mesti dapatkan angka bawah daripada 10 dalam peperiksaan.. mmg baik la sikit dari mak yang hanya membenarkan angka 3 kebawah sahaja dalam peperiksaan.. sejak tadika, dia lah yang berulang-alik pergi dan balik menghantar kami adik beradik ke sekolah.. kalu muat, dia akan tumpangkan seorang dua kawan2 zaza kat sekolah tu.. kesian katanya duk tunggu tengah panas.. herm.. :) dengan zaza, dia berhantar sampai zaza tingkatan 6.. walaupun kadang2 ader angin keras kepalaku nk pergi sendiri ke sekolah, berbasikal dengan kawan2..


kini semuanya tinggal kenangan.. yang buruk dan baik.. semuanya indah belaka bagi zaza kerana dia sudah tiada di sisi.. sesekali zaza akan dengar semula rakaman suaranya menjawab panggilan dari seseorang yang dirakamya secara tak sengaja ke dalam telefon bimbit mak suatu masa dahulu.. memandangkan suaranya tidak mungkin lagi kami dengari, namun bingkisan itu membuatkan zaza rasa dia dekat dengan zaza.. suara itulah yang pernah menengking dan memarahi zaza ketika ada buat salah dengannya.. dia mmg terkenal dengan sifatnya yang garang namun ramai kanak2 suka dengannya kerana dari dulu.. dia mmg pandai mengambil hatii budak2..
itu lah pengorbanan AYAH.. tidak tertulis kalu nk dikira.. tidak terucap kalu nk dikata.. terlalu banyak...


...kini...

Allah gantikan LELAKI baru dalam hidup zaza.. yang menjadi pelindung.. penasihat, pendengar, pendamai jiwa dan AYAH kepada anakanda Hanin dan 'Cinta Baru' dalam rahim zaza ini.. alhamdulillah.. Allah gantikan dia seperti ayah... amat berjiwa 'PENJAGA'..
begitu mengambil berat tentang kami anak beranak.. walaupun wajahnya bagai 'orang garang' tetapi jauh di sudut hati, dia lah penghibur hati ini tatkala sedang berduka..


TERIMA KASIH AYAH..

TERIMA KASIH ABANG...

TERIMA KASIH ALLAH...
kerana nikmat kasih sayang-Mu.. aku BAHAGIA bersama mereka..

al-fatihah untuk AYAH...

Thursday, March 25, 2010

*Sanah Hilwah*

salam...

alhamdulillah.. alhamdulilah.. alhamdulillah....

syukur yang tak terhingga kpd Allah SWT kerana panjangkan umur zaza sehingga ke hari ini.. kerana Dia pinjamkan zaza nyawa untuk zaza teruskan perncarian hidup.. berbakti pada suami dan ibu tercinta.. berkongsi kasih sayang anakanda yang dikasihi dan juga saudara mara yang lain.. syukurrr.. atas nikmat kebahagiaan.. nikmat 'ujian' sebagai penghapus dosa2 zaza sepanjang hidup di muka bumi.. bergelar peneroka/ hamba kpd Allah... UJIAN yang membuatkan zaza 'U-turn' semula kpd hakikat hidup yang diletakkan oleh Allah sbg manusia yang lemah.. yang berurusan dengan manusia lemah yang lain..

subhanallah.. tak terucap.. tak terbayang... bagaiaman sayangnya Allah pada zaza....

Ya Allah..

kau ikatkanlah hatiku ini bersama-sama peganganmu yang telah Kau syariatkan dalam Al-Quran melalui Rasul-Mu sebagai pengantara.. agar aku tidak terpesong dengan helah duniawi.. walaupun aku seringkali melupai-Mu samada dengan sengaja ataupun tidak..

Ya Allah..

andai esok tiada lagi untukku.. Kau sempurnakanlah matiku agar sentiasa di dalam agama Islam yang indah ini.. Agar aku menjadi umat Muhammad SAW yang dinanti2kan..

Ya Allah..

kau ampunkanlah dosa2ku.. suamiku.. anak2ku.. seluruh ahli keluargaku.. sahabat2ku.. guru2ku.. dan semua yang pernah mengenaliku.. agar mereka sentiasa menjadi hambaMu yang taat dan sentiasa mengingati mati.. agar mereka tidak lekang dari mengingatiMu dan Rasulullah SAW...

ameennn...

jazakumullah khairan pada suami tercinta atas ingatan pada hari kelahiran zaza.. Cinta, Kesabaran, Pengorbanan dan Kesetiaan yang kau semai dalam rumahtangga menjadi kenangan yang paling manis sepanjang bergelar isteri kepadamu... walaupun dalam hatimu, ini hanyalah hadiah kecil untukku, namun ingatan dan doa yang tak lekang dari bibirmu menjadikan ia hadiah yang paling istimewa.. barang..harta.. bukan ukuran untuk aku memilihmu, namun kesabaranmu atas setiap kerenahku bergelar isteri menjadi harta yang paling berharga dalam hidupku.. terima kasih sayang.. setiap detik kita bersama akan kuabadikan dalam doa dan jiwaku selagi nyawa dikandung badan.. insyaallahhh....



hadiah kecil.. tapi bermakna.. kerana ianya datang dari ingatan dan hati yang ikhlas seorang suami...


** sebenarnya zaza mmg terlalu sibuk minggu itu, hari lahir sendiri pun zaza lupa.. sampailah malam hari lahir zaza suami dan hanin ada bagi surprise untuk zaza.. hubby ader belikan something utk makan2 mlm tu.. walaupun sederhana, tapi hati zaza cukup tersentuh.. hanin pulak sibuk jer nk 'hidang sama' time makan... hehehe...

pas makan, hubby soh g amik 'barang' dia dalam drawer... ingatkan barang apa.. tengok2 ader bungkusan berbalut elok jer.. Ya Allah.. menitis air mata ni.. tersentuh hati sbb hubby ingat n standby hadiah on my besday.. act. my hubby bukannya romantik sgt mcm org lain.. even he's not, but he try to create a 'beautiful' moment on my besday.. tu yang touching tu... huhuhu...

TAK LUPA JUGA FOR MY FAMILY YANG CELEBRATE BESDAY ON MARCH...
@ Zafran... 8.3.10 (anak sedara)
@ Mak.... 9.3.10
@ Me.... 20.3.10

Friday, February 5, 2010

Anak Bapak

lokasi : Pantai Merdeka...





nih la dia gelagat anak dan bapak...
berdekah si kecik tu gelak kalu dapat main ngan babanya...




** nih nk main lompat si katak lompat ker nih??? (confuse)

Tuesday, May 26, 2009

Hari Guru

cikgu.. guru.. ustaz.. ustazah.. semuanya serupa.. mereka merupakan pendidik kepada anak bangsa.. anak2 kita semua.. tanpa mereka, tak kenal lah kita dengan ABC.. 123.. Alif, Baa, Taa.. nih.. bukan nak kata mak bapak tak pandai ajar anak kat rumah.. tetapi CIKGU/ GURU nih diberi kelebihan/ mandat oleh Allah SWT untuk mengajar.. sebab hormat anak kepada cikgu, dan hormat anak kepada mak bapak.. lainn.. kalu tak, tak der lah org dulu2 kata guru merupakan mak bapak kedua selepas mak bapak yang kat umah tu.. dan sekolah pula adalah rumah kedua selepas rumah yang kita tinggal tu..
Pengorbanan guru suatu ketika dulu sering dihargai.. tapi sekarang belum tentu.. silap hari bulan guru tu la pulak yang kadang2 perlu menghargai pelajar2nya kerana:
1. tak ponteng sekolah
2. siapkan kerja rumah
3. beri tumpuan ketika cikgu mengajar
4. buat yang terbaik masa peperiksaan..
kalu tak...
1. murid tak datang sekolah - Guru kena jawab masa buat report utk guru besar.. tak pasal2 guru pulak yang kena pi follow up dia kat umah or pi jumpe mak bapak dia..adeiii...
2. murid tak siapkan kerja rumah - Dah sah2 la murid tu ader problem kat umah.. cikguuu jugak nak kena dok selia dia takut heavy prob dlm hidup dia..
3. murid tak beri tumpuan ketika belajar - haaa.. dah kalu tak beri perhatian, cemana nk lulus dalam exam nnti kann?? mesti tak paham satu apa pown..
4. pelajar gagal dalam peperiksaan - dah tentuuuu sesangattt la GBesar yg akan soal jawab dulu.. pasal apa murid dia cenggituh.. pastu mak bapak pulak yang tak puaih hati sbb anak dia gagal dalam peperiksaan.. kata pulak si cikguu nih tak pandai ngajo anak dia.. haaa.. kan susah tuu!!??
eishh... susah jugak jadik cikgu ekk.. dulu ingat mcm bestt jer jadik cikgu coz dapat cuti panjang.. tapi teruknya bukan main.. kekadang terpaksa tinggal anak isteri tido sesorang kat umah sbb terpaksa hadiri program kat sekolah.. kalu family tu anak ramai.. tak laa sunyi sgt.. kalu 2 beranak jer macam kami nihh.. haaa... sapa nk jawap tuhh??
itulah pengorbanan seorang CIKGU/ GURU/ PENDIDIK.. mH tengok hubby nih kekadang kesian plak.. dok kena latu ngan pentadbir.. sat2 program itu.. sat2 prog ini.. mentang2 dia dok dekat ngan sekolah, anytime sesuka hati deorg jer nk 'on called' dia.. huhuhu...
naseb baik laa wife dia nih amat memahami (kekadang tu buat2 tak paham gakk..asyikk kena tinggai..mana boleh jadikk..huhuhu).
walaupun begitu.. yang bestnya jadik cikgu nih.. sampai mati pown title 'CIKGU' takkan berubah... bawak laa title tu sampai ke padang masyar.. yer lahh.. menyampaikan ilmu tu fardhu 'ain tau! papapun satu ni yg BESTnyer.. haaa.. time celebrate hari guru.. tgk mcm kat bawah nih.. sapa tak jeles sekali bawak balik satu beg wehhh... jeles tau!!


dapat pulak ucapan ikhlas dari yang menghargai kita.. haa... cam kat bwh ni.. (even tulisan kecik dan besar.. ader love2 lagik tu.. but they know how to appreciate their teacher)

"sayang.. semoga Allah berikan kekuatan dan kesihatan kepadamu untuk terus menyampaikan ilmu Allah nih untuk dimanfaatkan oleh generasi2 akan datang.. Semoga Allah permudahkan juga ilmu2 yang dituntut oleh anak2 kita kelak sepertimana sayang memudahkan jalan2 anak muridmu menuntut ilmu sekarang ini.. ameenn.. muahhhh.. lebiuuuu sooo muchhh!!!

***HAPPY TEACHER'S DAY***

Tuesday, March 31, 2009

Hujung Minggu...

...SABTU...

hb kena pi sekolah, ada hari sukan... siap pesan lagi.. "tengahari nanti abang balik masak special tau..nak makan kat umah hari nih..."..sampai nk kuar pintu pun pesan skali lagi soh masak special2... eish3x.. stok untuk masak special2 pun tak dak dlm freg.. ermmm.. ape gi..antar hanin pi sekolah dia.. mH pun 'bershopping' sakan la kat market...hasilnya... jeng-jeng-jeng...


* Jenahak Stim Fish Masam-Masam Manis
* Tomyam Campur - delicious one maa...
* Kangkung Masak Belacan
* Telur Dadidu.. hehehe
* Jus To-Ple... (Tomato + Apple Hijau + Susu Low Fat sket)

urmhh... beshhhhh woooo.. mau try jugak ini........

(harap maaf, gambo tak sempat nk snap..tibaii habis-habisan...muahahaha

...AHAD...

hb pulak kena pi perasmian apa ntah..PM (Pak Lah) turun Penang... petang sket hb ajak pi jalan-jalan.. kami pi Giant ja..hb nak beli kasut baru...


..ingatkan hb je yg nak beli..tetiba hati kecilku ini tringin jugak nk beli kasut baru..high hill la pulak.. lepas ngandungkan Hanin asyik pakai kasut flat je, sampai la skrg Hanin dah pun 7 bulan.. dulu masa bujang dulu leh plak pakai high hill.. ntah nape.. sedap lagi kasut flat tuh.. huhhh...
untuk tidak terus-menerus budaya tu, mH pun beli lah kasut di bawah nih.. biasa jer..tak tinggi pun..


...ingatkan mama dan baba ja yang dapat kasut..Hanin pun dapat kasut gak... alaa... comel betulll...hehehe...

...so we all get one each...haaaa... tu la namanya adil dan saksama...

after that, hb belanja makan chicken chop kat restoran milik one of my friend kat opis nih.. unfortunately, tak sempat nk snap gambo chicken chop tu sbb kami dah layannnn habis-habisan.. hehehe... sempat snap gambo hanin n hb je dok relaks2 kat pondok restoran tu...


sukee betul dia time org amik gambo dia...

alahai 'COMELKU' cayang...

alaaa tayang mama...

Wednesday, March 18, 2009

ALWAYS ON MY MIND



i dedicated thiz song to my beloved husband...



Kadang-kadang hati ini tersalah duga..
...berprasangka dan bersikap menyakitkan hati..
Kadang-kadang lidah ini terlanjur bicara..
..mengabai janji-janji yang dilafazkan..
i always love u..and if i've done wrong, please forgive me..
because YOU ARE ALWAYS ON MY MIND....

ALWAYS ON MY MIND – Elvis Presley

Maybe I didnt treat you
Quite as good as I should have
Maybe I didnt love you
Quite as often as I could have
Little things I should have said and done
I just never took the time

You were always on my mind
You were always on my mind

Tell me, tell me that your sweet love hasnt died
Give me, give me one more chance
To keep you satisfied, satisfied

Maybe I didnt hold you
All those lonely, lonely times
And I guess I never told you
Im so happy that youre mine
If I make you feel second best
Girl, Im sorry I was blind

You were always on my mind
You were always on my mind

Tell me, tell me that your sweet love hasnt died
Give me, give me one more chance
To keep you satisfied, satisfied

Little things I should have said and done
I just never took the time
You were always on my mind
You are always on my mind
You are always on my mind

Friday, December 12, 2008

Dia Yang Ku Sayang...

"Siapakah insan yang paling kamu sayangi sekarang ini???"
mH pernah ditanya soalan tu... emak ke? suami ke? ayah ke? adik beradik ke?? herm... dalam hati mH terpaut 2 jawapan.. suami & emak... kalaulah mH hanya diberi satu saja pilihan, siapa agaknya mH perlu pilih ye...memang susah nak buat keputusan, tapi itulah hakikat yang perlu diterima bagi insan yang bergelar WANITA, ISTERI dan MUSLIMAH. dalam percaturan kehidupan ini, Allah dah tentukan yang mana Wajib, Harus, Sunat dan sebagainya...


dalam situasi mH sekarang, mH akan pilih SUAMI... why??? sebab Allah dah letak HUKUM, emak dah DIDIK supaya patuh pada HUKUM... HUKUM itu tertulis yang syurga bagi seorang isteri adalah dibawah tapak kaki suaminya.. selagi suami mH tak memaksa atau melakukan perkara-perkara membelakangkan HUKUM, mH akan patuh dan sayanginya seperti emak mH yang menyayangi ayah mH walau dalam apa jua keadaan. semoga peribadi emak mH terukir dalam diri mH yang hina ini.


gambo nih masa 32 hari dalam pantang
Untuk suamiku tersayang... semoga bahtera yang kita bina diberkati dan dirahmati Allah selalu. Teruslah mendidik diri ini dengan kesabaran dan kematanganmu agar diri ini terbentuk dan tidak patah kerana aku dijadikan daripada tulang rusukmu yang rapuh...


nih masa maktok datang tengok hanin -Nov 2008
Kepada Emak yang dirindui selalu, segala jasamu ku sanjung tinggi...selalulah berdoa agar anakmu ini menjadi isteri yang solehah sebagaimana terdidiknya dirimu dengan kesabaran dalam melalui liku-liku dalam rumahtangga dan kehidupan. Ya Allah,hadiahkanlah ibu yang melahirkanku kebahagiaan dunia dan akhirat sekiranya diri ini berjaya menjadi hamba yang TAAT kepada PERINTAH-PERINTAH-MU... insyaAllah... ameen...

Related Posts with Thumbnails