"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Thursday, October 7, 2010

Selamat Hari Lahir untuk K.Ummi Kuantan

Salam..

entri khas buat sifu zaza k.ummi Kuantan yang menyambut

hari lahirnya yang ke -44..

"Semoga umur yang dihadiahkan Allah diberkati dan dirahmati selalu bersama orang-orang tersayang.. dilimpahi rezki dan kesihatan yang berpanjangan.. ameenn...."

note: nak hadiah ker tak k.ummi??? hehehe.. maklum la.. special figure tu.. pusing pi mai-pi mai jadi macam tu jugakk.. :)

Monday, March 29, 2010

Ahlan Wa Sahlan

*saje nk letak gambo hanin tecik2 dulu... see..
dia agak 'malap' tau dulu2.. hehehe*

ahlan wa sahlan kepada insan-insan baru di muka bumi Allah..
Semoga anakanda-anakanda sekalian dipelihara Allah untuk menjadi Khalifah/Muslim(ah) sejati di dunia dan akhirat.. berbakti pada ayahbonda kalian sepertimana dalam syariat.. ameennn...

20.2.2010 - Diniy Hazmie b. Azaluddin (Umie-VVBF kat skolah)

3.3.2010 - Irfan Hadif b. Mohd Shafei (Ina-Officemate)

8.3.2010 - Muhammad b. Mohd. Zaini (Nadia-VVBF dunia akhirat-i.allah)

18.3.2010 - Qalisya bt Kamarul Ariffin (Izyana&kamarul-officemate)

22.3.2010 - Nur Damia bt Shahrul Hisham (Marini-officemate)

Wednesday, October 28, 2009

UJIAN SEORANG PENEROKA

source


...MENJADI PENEROKA PERLU TABAH...

itulah tagline blog sahabat zaza 'KHADIJAH' yang mana baru2 ini dikalung UJIAN dari ALLAH SWT sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama.
sebak, sedih, dan pilu hati seorang ibu apabila membaca coretan seorang ibu yang baru kehilangan puteri sulongnya hampir seminggu yang lalu...
betul dijah.. menjadi peneroka perlu tabah.. kita tak tahu apa lagi halangan yang akan kita tempuhi dihadapan sana sementara sampai ke destinasi abadi. nak selamat kena selalu ingat padaNya dan berdoa agar kita sentiasa dilindungi sepanjang perjalanan kita sampailah tibanya kita di destinasi kita nanti..
semoga apa yang terjadi dapat menjadi teladan kepada mereka yang TERLUPA agar kembali menyelami erti SYUKUR dan REDHO pada PENCIPTA ASAL manusia..
wallahu'alam..

tenangnya khadijah membaca yasin di sisi allahyarhamah nur fatimah
**ikuti luahan hati Khadijah di sini..

Thursday, October 22, 2009

Kisah Nur Fatimah di Saifulislam.Com

sila klik gambar, pilu sekali...
salam...

layari jugak kisah Nur Fatimah di sini..

suka saya memetik sedikit coretan ustaz hasrizal di dalam blognya... semoga menjadi panduan.

"Tahap toleransi anak-anak yang berbeza terhadap gegaran ini, menjadi iktibar buat saya dan kita semua agar tidak lupa kepada hakikat bahawa seorang bayi amat fragile."

"Gegaran boleh berlaku dengan timangan kasih sayang yang sederhana, henjutan buaian malah ada kes yang membabitkan anak yang dihimpit seketika oleh ibu atau selalunya bapa semasa tidur bersama."

jazakumullah khairan pada pengunjung2 blog zaza.. pada ibu_arifa (min), thanx for the n3 yg sungguh menyentuh jiwa.. betull.. hanya IBU yang akan memahami HATI seorang IBU..
Allah jualah yang akan membalas rasa simpati kalian kepada saudara kita yang diujiNya..


loves,
zaza

psst: sila layari jugak coretan menyentuh jiwa dari sahabat kami Najibah.. sila klik sini.
Ya Allah.. semoga setiap ketentuanmu adalah yang terbaik buat kami makhlukMu yang lemah.. amin..

"Ya Allah, pinta kami padaMu, Tuhan sekalian alam, bukan untuk dikecilkan ujian yang bertandang, namun cukuplah dibesarkan jiwa untuk menghadapinya dengan iman.".... -jibah

Nur Fatimah Kembali ke Rahmatullah

salam...

berat hati ini nak menulis suratan yang telah Allah tetapkan pada sahabat zaza, Khadijah dan suami, Muhammad Ramadhan Fitri.. Nur Fatimah 3 bulan, yang juga puteri kepada pasangan ini telah kembali ke rahmatullah lebih kurang pukul 6.20 pagi tadi.. setelah hampir 2 minggu bertahan dan berjuang utk hidup seperti bayi2 lain, namun ketetapan Allah itu jualah yang menjadi jawapan di akhir cerita..

sedih.. sayu.. walaupun zaza bukan ibu kandungnya, namun jauh di sudut hati masih mengharapkan yang mana akan ada KEAJAIBAN berlaku pada nur fatimah.. walaupun dia mmg disahkan kritikal dan hanya bernafas melalui mesin. kegagalan oksigen sampai pada otak membuatkan bayi kecil ini semakin lemah utk bertarung nyawa demi ayah dan bonda tercinta..

Allahuakbarrr!!!... sesungguhnya hanya Engkau lah sebaik2 Pencipta dan Pemilik Bumi dan segala isi-isinya.. Pada-Mu jualah akan kami menyerah diri dalam istilah 'Kematian' yang tidak kami ketahui tika dan masanya.. Semoga Nur Fatimah ditempatkan bersama kanak2 yang terpelihara dan menunggu ayah dan bondanya di syurga.. Allah akan 'menjaganya' di sana.. wallahu'alam...

al-Fatihah...

..nur fatimah.. tidurmu utk selamanya...



pst: pada yang belum tahu kisah nur fatimah sili baca di sini dan sini

Thursday, October 15, 2009

TERKINI TENTANG NUR FATIMAH

gambar dari sikidal.blogspot.com, -mohon copy ye akh nazri

semalam zaza sempat bersembang sendiri dengan Khadijah, ibu kepada Nur Fatimah.. mmg tabah.. dengar suaranya di hujung talian seperti tiada apa yang berlaku.. namun sebagai seorang ibu, zaza mmg tahu dalam hatinya PASTI ada rasa sedih yang menoreh. cuma ukiran SABAR dan REDHO pada Allah yang terpahat dalam hati membuatkan ibu muda itu tenang bila berdepan dengan panggilan sahabat2 yang bertanya khabar tentang puteri sulongnya itu.

tadi, zaza tetap bertanya khabar kerana setiap masa hati ini teringatkan anak kecil yang dilingkari wayar2 itu.

"salam, dijah..pkbr? fatimah mcm mana arini? ada perkembangan +ve tak? zaza n kwn2 blog doakan yang terbaik buat nur fatimah, insyaallah..
- zaza, png "
15 okt 09, 10.29 pagi

" stakat ni baby smakin lemah n kritikal. tlg doa, jazakumullah." - Dijah
15 okt 09, 14.46pm

Ya Allah... Ayuhlah kawan2 sekalian... panjatkan doa pada yang MAHA PEMBERI.. tak sanggup rasanya zaza membalas mesej itu.. berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul...
Allahuakbarr!!!

Wednesday, October 14, 2009

Doakan Nur Fatimah


Nur Fatimah (gmbar dari blog Khadijah)

kasih ayahanda pada Nur Fatimah (gmbar dari blog Khadijah)


Keluarga Bahagia (gmbar dari blog Khadijah)

salam semua..

tatkala menaip entri nih, tak tahu lah nk gambarkan perasaan zaza waktu ini.. masa rehat tadi sempat zaza singgah blog kawan2 blog, dan one of them adalah sahabat zaza Najibah. Entri tu sungguh membuatkan hati zaza mcm nak terjatuh krn terkejut dgn apa yg berlaku pada Nur Fatimah bt Muhammad Ramadhan Fitri (3 Bulan) anak kepada Khadijah, sahabat NISA' zaza masa di KL. Nur Fatimah sekarang berada di ICU Hospital Putrajaya dan bernafas melalui bantuan mesin pernafasan akibat pendarahan dalam otak. zaza tak dapat nak hubungi Khadijah sendiri tetapi sempat berbual dengan kak Mastura ex-Ketua NISA M'sia. khabarnya Nur Fatimah terjatuh di nurseri (tak pasti sama ada jatuh sendiri atau kecuaian pengasuh). pihak nurseri tidak memaklumkan apa2 pada ibu bapa Nur Fatimah. Perkara ini disedari apabila Nur Fatimah sering menangis tanpa henti. Apabila di bawa ke hospital, doktor mendapati yang terdapat 2-3 tanda di dalam kepala Nur Fatimah dan ini disyaki yang Nur Fatimah telah terjatuh. selepas daripada itu, Nur Fatimah telah koma sehingga sekarang.

Ya Allah.. bayangkan baby seusia itu menanggung semua ini.. memang betul semua Takdir Allah, kecuaian seperti ini tidak boleh dipandang sebelah mata. Doktor sendiri menasihatkan ibu bapa Nur Fatimah agar membuat laporan polis atas kecuaian mereka ketika menjaga amanah orang...
ketika bercakap melalui telefon dengan kak mas, hati nih dah tak tertahan rasanya menahan sebak.. zaza menangis.. sedih mengingatkan UJIAN pada sahabat zaza Khadijah sekeluarga dan bersyukur sebab dah setahun Hanin kat nurseri Allah lindunginya dari bencana seperti ini.. Alahmadulillah.. Syukurrrr padaMU ya ALLAH... Kau permudahkanlah juga UJIANMU ini agar derita Nur Fatimah berakhir dan kembali CERIA bersama mama dan babanya..

ini kata2 Khadijah yang zaza copy dari blog Najibah ketika mereka berbual di talian..
(mohon ye jibah)

" Hantar anak ke nurseri ke, pengasuh ke, atau dalam jagaan sendiri..musibah tetap boleh berlaku kalau Allah dah tetapkan. Yang penting, tawakkal kena tinggi pada Allah..hantar ke rumah pengasuh pun, yang 'jaga' dia adalah Allah.."

Ya Allah, memang cekal betul hati mereka2 yang beriman dan mengingati ALLAH... Doa, Redha dan Tawakkal..

wallahu'alam..

Friday, August 7, 2009

Burfday Card utk Cikgu Hana

salam...

here just a simple massage utk k. Hana yg now tgh duk watpa pun taktau kat bumi Jepung sana.. Happy BELATED Birthday.. may Allah shower u with Taufiq and Hidayah, dipanjangkan umor utk meneruskan ibadah, dan semuga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.. semuga mudah la bersalin dan berpantang di perantauan.. ameennn.. :)

hehehehe.. macam ustazah la pulokkk.. kekekeke..k. hana..sowy ekk..lambat wish..bukan pa, zaza nyer komputer lembab mcm siput demam jer lately.. ntah hapa2 ntah.. duk kena hujan sgt kut kat penang nih.. btw.. tahniah sbb Allah lanjutkan usia ke angka-32.. hope u alwez be like 23.. coz i like ur way at that age.. muahahaha.. betui ka bahasa aku nih??? hentam jer lah ekk.. sudi2 la amik kat yg tak berbayaq nih k.. take care.. w'salam

Saturday, July 25, 2009

My 1st Gather2..

mai...mai..mai.... satt.. nih nak tanya sket....



kenai dak nih anak sapa???




kenai dakkk nih mak sapaa???




haaa.... yang nih lagiiii mH nk tanyaa... kenai dak nih bini sapaaa?? hehehehe...




haaaa.... nih laa cik wawa kitaa... kenai dakk??? tak kenaii gak?? punggahhhhh!! (kata maidin dalam citer Anak mami the movie,hehehe)... cik wawa nih yg duk kat kuwait nu haaa... teman blog mH la nih.. kenai dalam taun nih gak.. tak sangka pi duk jauh di Kuwait mana hala tup2x balik jumpa kat kepala bataih nih jugak.. Ya Allah... saja la Allah nk bagi kenai kan... yg surprise tu mH duk survey2 dah cik wawa kita nih.. anak sapa.. duk mana... hehehe. dia mcm kompius lak bila mH sampai kat depan umah dia.. haa.. kak wawa.. jgn buat main2.. cheq nih org libry.. org libry kena bermaklumat.. hahahaha... (kekadang tuh akuu la org last yg tau pasai apa2 berita.. bermklumat taik minyak..hehehe)

yang sebenaqnya secara KEBETULAN mH mmg kawan baik ngan sorang mami nih.. Kak Hasnah yang asainya org kg kak wawa.. pi mai-pi mai punya crita depa nih tersangkuttt la pulak sebagi adik beradik (bau2 kentut agaknya) dengan sebelah mak Kak Hasnah.. habaq nama Kak wawa depa tak kenai.. depa tanya anak sapa.. habaq la Ayob.. oooOOoo.. baruuu depa kenaii... depa kata kak wawa nih baguihh.. kalu jumpa mesti tegoqq..
(jg2.. terrkembang plak satgi...ahaks!)..
duk sembang ngan kak hasnah, dia pun mau temah mH pi jumpa kak wawa kita nih.. amboiiii.. macam blind date pulak aihhh..


nih la mami kita kak Hasnah.. with kakak kak wawa..
(sowy.. lupa plak tanya nama kakak tu sapa..)
tgk mH sampai kak wawa nih ader gak terkezut unta.. hehehe.. sampai pakai tudung pun dah terbalikk.. yg best anak2 dia laa.. mmg lasak.. mcm2 kerenah.. adeii laa..
mahap la kak wa.. kami saja nk pi terjah2 nih.. bukan paa.. maleh nk susahkan org.. adat org kita nih kalu taw org nak mai umah mesti nak siap2 makan bagai.. toksah laa duk susah2.. takdak cucoq kodok.. bihunn pun takper.. hehehe... sapa goreng tu??? mH rasa kalu UDANG yg besaq tu tak potong 2 lagiii sedappp.. hahahaha...
(mahap yer.. nmpak sgt aku nih pancing udang jerr dlm bihun tu)...
kak wa.. nnti mai umah mH laks yer... satu buss pun takpaa... tak larat den nak masak.. den jamu ayaq jer.. buleh la tu kann?? mekasih laa sudi trima kunjungan kami nih.. tak sempat mH nak masak sbg buah tangan, kek kat kedai sblh opis jer yg mH bawakkan..
terima kasih daun keladi
nnti kami pi lagii..
kim salam semua ekk..

Friday, June 19, 2009

Setelah Hampir 3 Minggu...



salam di pagi Jumaat semua...
haduiii... winduuuuuunyerrrrrrrr kat blog aku nih dan kengkawan semuaaaa!!!! cedihhh nihh.. lama gak tak bersua di alam maya nih.. ziarah umah kawan2 semuaaa... huhuhu...

hampir 3 minggu kan??... tengokkk... ader gaks kengkawan yang dah komplen umahku ini dah bersawangg.. tak bersapu.. hehehe.. tkasih yer kawan2.. kak wawa dan min (ibu_arifa)...

actually, mH tak dapat nk online coz bercuti lama sepanjang cuti sekolah arituh.. maklumler.. asbenku itew cikgu..so time dia cuti dia nk release tension-mention dia pi jengjalan.. abess..takkan nk tinggai bini dia kan?? (kalu dia tak bawak pown aku nk follow gaks!! tak kiraaa!!!)..dah tentu laa bini kesayangan dia nih kena amik cuti teman dia pi 'menghabiskan' duit g jejalan... hehehe.. bukan pi mana pown.. g umah my SIL kat UIA tu jerk!.. dia ada urusan ngan kakak dia.. so mH nih tumpang sepunggung laaa.. nyibuk2kan diri kat sana.. hehehe

Min (ibu_arifa) ader msg ngan mH tanya kabor.. maklum ler, da lama tak online.. TERIMA KASIH bebanyakkkk yer min atas keprihatinanmu.. tu maknanya dia amik berat.. ntah sakit ker.. apa ker.. kan min?? thanxx again.. muahhhhh to u and baby dalila...

after back from kL, masuk keja as usual.. tgk2 internet plak down! for a week plaks tuh! aduussss... bertambah tensionnn mokcik nih!! tak dapat nk update blog apatah lagi nk buat keja.. huhuhu... semuaa hancusss... (mH bnyak refer internet utk katalog buku2 kat opis nih,). dulu pernah discuss ngan asbend nk beli broadband, tapi duk ingat kat umah tuh bukannya duk online sgt pown! cam rugi laks.. so ingat leh ler update kat opis jerk..(kalu time tak bz lerr...). dicelah2 tuh, mH ikut serta pi buat deligasi between KK Kepala Batas and KK Selayang, untuk upgrade my system and operation kat tmpat kerja ku ini.. semalam baru balik.. letihh pown blom ilang lagik nih,next week ke kL lagik.. PTK xm laks!!.. amboiiii.. bulan 6 nih tiap2 minggu ke kL... pecah rekod aihhh!!

friends... banyakkkkkk sgt citer nk dikongsi... tp nnti laaa ekk.. tak sempat nk mengarang lagik! bila time2 free nnti mH akan update and upload gambo2 anak dara kesayanganku itew... arinih nk ronda2 umah kengkawan dulu.. yang wajibbbbbb - kak ummi, kak hana, kak wawa, kak CT, ibu_dalila, kak Hanieliza, kak ayu and other's laaa.. takkan nk taipp semua kot!hehehe...

pssstt:: kwn2.. bila dapat bukak blog nih, tgk gambo2 yg appear kat tajuk korang tuh dah cukup buat hati mH bermunge-munge.. tak sabo nk tgk menu2 terbaru koranggg... muahhh to u olsss..!!

Monday, June 1, 2009

Mengimbau Kenangan...



...upsss..tetiba jer tringat nak dengar lagu dari citer taiwan bertajuk "Silent" nih.. cedihhh... atas permintaan my ex-roomate, mH upload dlm my blog vClip citer nih.. Act ini antara kenangan ngan my ex-roomate masa kat kL dulu nih.. si Jaa Jer.. (budak kecik konet tuh!).. dulu kami dua dok 'nganga' tgk citer korea yg bersilih ganti.. habeh pukui 7.00pm-8.00pm (TV3).. break solat ngan ngaji.. 8.30 sambung lak citer korea yg kat TV8 plak.. adeii.. bontot pown boleh berakar taw kalu lelama kat situ..tapi citer nih mmg mH minat sungguh.. kisah cinta si normal ngan si bisu.. CINTA nih kalu tak bercakap pown mmg dah tau..coz u can feel it.. cewahhhh!!!

nih la Jaa Jer... control ayu la hang time nih.. hehehe

memandangkan roomateku itew mmg 'hantu' citer korea, sedikit sebanyak dah TERRRjangkit kat mH nih..hehehehe.. time ujung minggu lak.. kalu mH tak duty (keja shift), hari sabtu pas layan nasi lemak kg baru, kami layan CD citer korea dulu.. citer apa gi Jaa?? The Magician Of Love, The Price Who Returns into a Frog, Devil Beside You,memacamm lagik laa.. ptg tu, kalu duit gaji ader lebeh2, kami pi merayap kat Pasar Malam Jln TAR plak.. borong kainn.. yeehaaa!!.. sekali balik, tersengett2 bahuku ini bawak balik kain utk mak dan adik2... adeiii...

semuanyaaa tinggal kenangan yer Jaa.. la nih aku dah tak laluuu nk jalan kaki..moeekkkk..ekk..ekk.. dulu everyday pi keja mau ada 15-20 minit menapak pi opis.. si Jaa plak now dah ader keta..da tak naik bus g dahh.. dulu time balik kekadang tu monyottt jer muka dia..tertinggal bus.. wakakaka..

apa lagik Jaa?? kenangan banyakkk sgt kann?? kena marah ngan pakcik teksi 'dungu' laa.. kena kejar ngan 'pokcik slow' laa.. kipas patah tengkuk laa.. akibatnya..statikk ja kipas kami tuh.. semuanya akibat berpinah randah kat kg baru tu..mau taknyer, dulu ngadu bau 'kelin'..then bau 'taik ayam' lak.. pastu da dapat tempat baik.. kena berdepan ngan 'pokcik slow' plakk..hhehehe..

'pokcik slow' nih dia tak betul sikitt.. jalan pown pelahannnn jer.. tapii time dia marahhh.. berapi benor suaraa dia.. silap haribulan tangan dia pown boleh naik atas kepala kita,kesian kat pokcik tuh!! bukan pintanyaaa...

yg paling besttt..tmpt last mH ngan roomate tuh..bawah umah kami ader kedai runcit 'pak uda'.. waduh..waduhh.. nak aper oder ikut tingkap jer dari atas... time puase dia siap simpankan kami bubur lambuk and ais batu.. kekadang dapat air oren F&N free.. kasi bodekkk skett.. dapat la rega murahhh..

hermhh.. now Jaa dah tinggal ngan org baru.. anak iban plak tu.. mesti syokk dari akak kann?? sampai umah korang kena pecah masuk ngan penyamunn...hehehehe.. takabes lagik.. dulu ader kawan umah sewa deorg bawak 'belaan' plak tuh...eish3x.. layaannn jer lah jaa!! jgn sampai hang tak kejaa sudahhh... heeeee :P

psstt:: Jaa..ingat tak masa hang diserang oleh "somebody" masa lalu kat tepi gate HKL tuh.. alaa... yang dia tunjuk "A%U" dia kat hang tu.. ngeh..ngeh..ngehh.. tak paa.. semua tu pengalamannn.. pengalaman mendewasakan kita... (hang dah dewasa ka Jaa???)..

(**Mat yg pinjam duit kat hang tu da kawen ka?? da bayaq utang ke blom???)

Thursday, May 28, 2009

Kunjungan dari Pengantin Baru

salam...

n3 kali nih mH nk kongsi crite pasal kunjungan teman seperjuangan mH masa study kat itm dulu. Pasangan pengantin baru (amir & ina) - dua2 junior mH masa study dulu- yang datang jauh dari selatan tanah air, balik ke lubuk, singgah menjengah ke teratak sederhana mH.. rumah mH tak besar, tapi selesa utk kami anak-branak.

Amir dan Ina berkenalan masa deorg kat itm dulu.. sblm nak naik pangkat tukar 'status' tuh, mcm2 laaa crita dari depa dua nih.. si kakak nih la yang dok jadi penasehat.. ngeh..ngeh..ngeh.. penasehatt tak bertauliah.. penasehat pown waktu tuh perlukan nasehatt.. hehehe.. tapi alhamdulillah.. berkat kesabaran, kasih sayang yg disemai kerana Allah dan Rasul, dapat la deaorg dua duduk sebumbung.. hehehe... syok tak Amir?? mesti syokk kann.. makan minum, tempat tidur semua dijaga..hehehe.. semuga cepat2 laa bagi akak anak menakan.. leh kawan ngan Hanin kecikk nih..

btw, tenkiuuu sooo much atas kesudian ikhlas kalian utk singgah ke teratak kami 'as husband and wife'-hehehe..(dulu dtg sbg tunang-tunangan), even 'abg long' (my hubby) takder, korang tak kesah dilayan oleh family akak.(kebetulan plak mak n adik dtg umah, my BIL laa dok layan depa nih).

bihun yang pedaass tu korang halal2kan lah ekk.. ter'cas' lebih dalam kerja2 memasukkan cili dalam bihun tu.. hehehe... papepun.. layanzzzz... habessszzz... en amir kita siap bertambah lagi tuh.. kira still boleh makan la kann.. ahaks! mohon maaf ler adik2kusss.. nk datang tu len kali btau awai2.. leh ler akak korang nih watkan yg sodap2.. nih nk dtg pukui 6ptg, pukui 5.30ptg baru tepon.. haaa.. nih lah hasilnya.. bihun singapore kosong jer.. seb baik ada cake yg hubby bwk balik dari skul.. leh ler jamu...

moh kite tengok gambo plak k.. (ikut putaran jam ekk!)

1. menu org kelam kabut - bihun singapore, sirap dan cake.. keh lapes tuh depa yg bawak mai..

2. apa laa yg anak2 dara nih dok gelakkk.. gelakk kat bihunn akak yg pedas tu ker dik nonn?? yg tgh minum air tuh my youngest sister with her bestfriend- Liza (kebetulan sesama plak deorg kat matriks tu)

3. yang tuh my mom and ina.. makan ina.. makan.. tumpang laluu.. hehehe

4. haaaa.. yg tuh plak my BIL and en amir tuh.. sembang/bergelak sambil makan.. seb baik tak tersedakk.. dah laa bihun tu cap "Hottt.fm"

5. thanx a lot to my mom and BIL.. sudi stay kejap utk layan tetamu mH nih.. kalu tak kesiann kat depa.. dah laa tuan umah sorang takder.. (my hub)

lohhhh.. nih apa kejadahnya plak nihh.. eish3x.. sensored betoi la si nafiz zafran a.k.a mustafa akbar nih.. org tgh syok2 dok makan dia plak wat 'pelaburan'.. syokk la tuhh dapat main2 air... eeeiiii... cubit baru tauu.. geramm tul kat budak bucuk nih!

Tuesday, April 14, 2009

jom layannn.....

takmo sedih lama2..tak baikkk.. hidup tak der peningkatan.... kan??
sooooo..jom layan gambo menu2 menarik masa mH kursus kat Crystal Crown Hotel, PJ bebaru nih... yg meriahnya meja mH dan roomate coz semua kami amik utk rasa... dannnnnnn semuaaaa makanannya very tasteful... berasa sungguh ketika di ngapppp... eish2.... tak dapat den nak gambarkan.... jom skodeng.....


urmhhhh...windunyerrr makanan sedap kat atas nih...


kawan-kawan makan tak hingat donia..

wif my roomate..wif kak ros-penceramah..wif dhiah..PSA

Tuesday, December 30, 2008

Anugerah Buat yang Telah Pergi...

salam...

arini mH sampai opis jam 7.45pagi. since dah sampai awal, sempat la mH selak2 apa yang termuat dalam newspaper hari ni. memandangkan semalam adalah sambutan maal hijrah 1430, so, banyak la crita2 dan muka2 baru yang dinobatkan sebagai tokoh maal hijrah dan tokoh2 lain yang cemerlang dalam jabatan.

tengah syok2 baca, mH tergamam apabila terbaca 1 nama yang mH kenal sangat2. namun beliau baru saja pergi bertemu Ilahi pada 11/12/2008 yang lalu... sesiapa yang membaca salah satu entry mH yang bertajuk "Al-Fatihah buat kak Sal" tentu tahu cerita tentang individu yang mH maksudkan. Arwah dianugerahkan tokoh Individu Berjasa peringkat jabatan mewakili Pejabat MARA negeri Kedah.

sayu betul hati mH bila terkenangkan arwah... tetapi itulah janji Allah.. yang hidup PASTI akan mati.. yang belum PASTI cuma masa dan cara kita mati.. wallahu'alam..

p/s: Hidup seseorang itu terbahagi kepada 3 bahagian: 1/3 daripadanya adalah untuk Allah iaitu rohnya, 1/3 bahagian lagi untuk dirinya iaitu amalannya di dunia dan 1/3 lagi untuk ulat-ulat iaitu sewaktu tubuhnya di dalam kubur kelak.

Congratulations For New Bloggers!

salam..
amboii.. dah lama mH tak update blog nie.. bukan apa, dah mai la tu sindrom yang selalu sgt menyerang mH...sindrom 'M'...

entah le..tetiba ja sindrom tu menyerang hendap mH apatah lagi time-time mH tengah pening ngan buku-buku kat library nih. berkotak-kotak nak kena re-check hanya disebabkan supplier tak masukkan senarai buku dalam kotak. adeii..tak pa..tak pa.. mH akan maintain jugak coz nih semua amanah dari ALLAH..

well, 2,3 minggu nih mH tengok ada kelainan pada teman2 mH kat opis nih.. semua sibuk nak buat blog. amboii...free sgt le tu sampai ada sanggup balik lambat sket... hehehehe... nih yang syok, coz mH ada geng nak kongsi crita..

untuk teman2 mH ; syirah, ina dan noor... WELCOME TO BE ONE OF A BLOGGERS... hopefully banyak benda manfaat boleh dikongsi..

to syirah yang rajin sgt cari resipi2 baru, leh la kongsi ngan mH. to Ina pulak yang rajin dan excited nak blajar jahit baju, turun2kanlah minat dan ilmu tu kat blog nie.. at least boleh share fesyen2 terkini.. and lastly to noor... we will share with u our experience to be a mother... congrats for that news... hope u'll be happy till ur child comes out...



my frens.. LOVE u always... muahhhhh....

p/s: zihan & k.effa, bila lagi u all nak join kami???

Friday, December 12, 2008

Virus 'P'...

Tahun 2008 memang sejarah.. Pengarah KKKB, Penang menyambut hampir 10 orang cucu baru... tapi yang uniknya apabila mH dan 3 orang lagi rakan opis 'terjangkit' dengan 'virus P' nih...

Irdina Safiya, 8/8/2008, 3.06kg




Ummu Hanin, 1/9/2008, 2.8kg




Iqbal Haraaz, 15/9/2008, 2.84kg


Hanin with auntie eina, ibu kepada Iqbal

location: TASCO Seberang Jaya, 29/11/2008

Safiya,Hanin,Iqbal dan Annisa sebaya, tarikh lahir hanya selang 2-3 minggu je. 3 minggu sebelum hanin lahir, safiya, anak kepada auntie syirah lahir iaitu pada 8/8/2008...masa mH 15 hari dalam pantang, Iqbal pula dilahirkan. selang 2 minggu lepas tu, Annisa, anak kepada auntie Effa pula lahir; 1/10/2008 merangkap hari raya lagi tu. (unfortunately mH tak dapat nak upload gambo safiya & annisa coz mH tak snap gambo deorang).
suka mH nak cerita, masa kami 4 orang pregnant, kami semua kuat diusik... maklumlah, kebetulan rezki 4 orang sekali memboyot. cuti berpantang pun merengke sekali... masuk keja pun sekali... beza hari cuti tu tak banyak.. sampaikan Pengarah KKKB kata kami nih ada 'penyakit berjangkit'.. hehehehe... sesekali terfikir macam betul pulak.. mula jer sorang Pregnant, akan ada la jugak org2 terdekat kita yang akan 'terlekat'... so, be careful dengan 'virus P' nih dan hati-hati ketika 'memandu'....

Al-Fatihah buat Kak Sal

semalam jam 8.15 malam mH terima mesej daripada kawan lama mH masa keja kat Pejabat MARA Negeri Kedah.

"Assalamualaikum, nak bagi tau kak Sal MARA Kedah meninggal pagi tadi, barah paru-paru, simpan lepas asar tadi"
-Abg Jamil, 11 Dec 2008, 8.14pm-

mH terkejut sgt sbb tak dengar berita langsung yang arwah sakit selama nih. Puan Salmah Ya atau lebih disenangi dengan panggilan kak Sal amat baik orgnya, peramah dan betul2 komited dalam kerja.

terduduk mH dengar berita kematian tu. pertama memikirkan tak sempat nak ziarah dia sakit, kedua memikirkan bekalan pada diri ini yang masih sedikit untuk dibawa mengadap yang MAHA ESA.

terfikir jugak ... arwah pergi segala jasa dan kebaikannya amat dikenang dan pemergiannya begitu dirasai sahabat handai apatah lagi ahli keluarga tersayang. macam mana pulak pemergian mH nanti, adakah akan dikenang kebaikan, atau diingati keburukan, atau org tak ingat langsung....????? wallahu'alam...

..last jumpa kak sal masa kenduri mH tahun lalu...




Friday, December 5, 2008

my 1st post...

herm.. hari nih 5 disember, mama baru berpeluang nak hantar post mama yang pertama... lepas 4 ari pi kursus kat sungai petani, mama dapat semangat baru untuk capai target mama.. alhamdulillah... to all my frens, fasi and sesiapa yang terlibat dalam kursus ni.. thanx a lot and all d best... luv u all....





Related Posts with Thumbnails