"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Monday, March 21, 2011

Girl Or Boy?

~Credit :Mr. Google~

" THE MORE STRESSED YOU ARE, THE MORE LIKELY YOU ARE TO HAVE A BABY GIRL. STRESS LEVELS OF MUMS-TO-BE WERE MONITORED AT THE VERY BEGINNING OF THEIR PREGNANCY, THEN MATCHED TO THE GENDER OF THEIR NEWBORN. IT'S THOUGHT THAT STRESS HORMONES MAY MAKE IT HARDER FOR MALE EMBRYOS TO IMPLANT IN THE LINING OF THE WOMB." - RESEARCHES IN DENMARK

~Source: Parenthood Magazine~



~Credit :Mr. Google~

Nota :
Em.. macam betul jugak tu.. masa ngandungkan Hanin dulu, zaza sangat2 sensitif.. but masa 'bawakan' 'Asim, zaza banyak releks, xder sangat nk stress tak tentu pasal.. huhuhu..
paperpun.. semua tu hanyalah teori.. Allah jua yang menentukannya.. apa yang berlaku hanya kebetulan yang menjadi sebab musababnya.. wallalu'alam.. :)

rasa2 anak ketiga nanti lelaki ke perempuan la pulak ek? ngeee :)

Sunday, March 20, 2011

Hadiah dari-Nya - Updated with photos

Alhamdulillah..

Tidak terhingga rasa syukur di hati ini.. Buat ke sekian kalinya, Allah izinkan zaza untuk meneruskan hidup dengan menganjak usia ke angka yang baru. Dengan nikmat kasih-sayang dariNya, Dia masih izinkan zaza untuk bernafas di bumi ini bersama keluarga tersayang, suami terchinta dan anak2 yang dikasihi lagi disayangi.. bersama teman2 yang menceriakan hidup ini, juga sahabat2 seperjuangan yang sentiasa menegur dan mendoakan diriku ini.. syukur.. terima kasih buat kalian semua.. terima kasih Allah..


"Ya Allah.. jadikan pertambahan usiaku ini sebagai satu jihad bagiku untuk terus sujud dan taat kepada-Mu, dalam mencari redho suami dan berkat doa ibuku (juga ibu dan bapa mertua) sebagai bekalan aku mengembara mengutip ilmu di dunia ini. Kau didiklah hatiku dengan kesabaran untuk aku menjadi pendidik kepada anak2ku agar mereka menjadi anak2 yang taat kepada-Mu dan Rasul utusan-Mu.. Ameen.."


Sekadar berkongsi secebis ingatan yang berharga dari suami tersayang.. Terima kasih abang..



~dia bukan romantis, namun dialah yang terbaik dalam jiwaku~



~entah siapalah besday girl dalam gambar nih??~



~our little family.. it just nice to have all of u in my heart.. muahhhh!~



Nota: aduhaii.. gambo takleh upload la pulak.. akan di upload kemudian.. J insyaallah..

Wednesday, March 16, 2011

Tabahkan Hatinya...


Ketika coretan ini dibuat, naluri keibuanku amat meruntun sayu… air mata tak dapat ditahan lagi.. Gambar di atas adalah anak saudara kepada teman sepejabat zaza Kamarul & Izyana..

Bayi kecil ini langsung tidak mengerti apa-apa.. Lahirnya ke dunia hanya rindukan belaian tangan ibunya yang suatu ketika dahulu dirasainya.. Namun di alam rahim, si kecil ini hanya mampu berkongsi rasa dengan ibunya namun dia masih tidak mengerti..

Dia seusia Muhammad ‘Asim, anak kecilku itu..
Tatkala Muhammad ‘Asim lena kekenyangan dalam dakapanku berbekal susu anugerah Allah yang mengalir dalam tubuhku, bayi kecil itu tidak dapat merasa indahnya sentuhan dan belaian ibunya..

Sungguh kasihan.. tetapi itulah janji Allah padaNya…
Bahawa ibunya akan dijemput Allah selahirnya dia di muka bumi ini.. sebagai keturunan Adam dan Hawa.. Tangisnya…. Hanya ALLAH dan seorang IBU yang TAHU.. apatah lagi IBU yang MENYUSUKAN anaknya..

Buat anakanda Nur Irdina Farisya.. pemergian ibumu menunggumu di sana.. teruskanlah hidupmu dengan kekuatan ahli keluarga yang lain.. semoga Allah memudahkan segala urusanmu dan mereka yang menjagamu di dunia ini.. bonda AMAT YAKIN bahawa Allah yang akan MENJAGAmu kerana DIA lah yang mengatur segala kejadian di muka bumi ini.. DIA lah PEMILIK HAKIKI KASIH (Rahman) dan SAYANG (Rahim)..


Ibu Nur Farisya Irdina telah kembali ke rahmatullah kerana komplikasi selepas melahirkan anaknya di Hospital Sungai Petani, Kedah. Allahyarham sebelum ini bertugas di Kolej Komuniti Darul Aman, Kedah.

Al- Fatihah…

nur farisya bersama kakak susuannya, Khaleesya




alhamdulillah.. tak terhingga rasa syukur dalam hati ini...
semoga zuriat2ku diletakkan bersama hamba2-Nya yang bersyukur...

Wednesday, March 9, 2011

Birthday Boy

08.03.2011 ~ Sweet 3

happy birthday anakanda Nafiz.. semoga sihat dan ceria2 selalu..

mcm dalam gambo nih haa..

muahhhhhhhh!!

lebiu boy!

Sanah Helwah Bonda Tersayang

HAPPY BIRTHDAY TO YOU

Happy birthday to you,
this is your day,
on this day for you we're gonna love you in every way.
this is your day, your day,
happy birthday to you, to you, to you.
Happy birthday to you
You’re still young
Age is just a number
Don’t you stop having fun
this is your day, your day,
happy birthday to you, to you, to you.
This day only comes once a year
Because you’re so wonderful
With each and everything you do
Hey, happy birthday to you
On this day for you
We’re gonna love you in every way
this is your day, your day,
happy birthday to you, to you, to you.



Untuk bonda tersayanggggg… muah..muah..muahhhhhhhhh!!!!
Selamat Hari Lahir
.. yang ke… dot..dot.. hehehe.. xmau btaw figure tu. Biaq la menjadi ingatan pada kita.. sebab di hati kakak dan adik-adik mak tetap maintain dari dulu sampai sekarang.. umur??… it just a number.. right???


Mak,
Biar kedutan di wajahmu bertambah,
Biar angka menganjak berubah,
Itu hanya perubahan masa yang memamah usia
Meninggalkan kenangan terbesar
ketika kami membesar di depan matamu
Pengorbanan terbesar mu itu
Kau bawa bersama-sama hingga kami pula bergelar IBU

Kini,
Kami pula menghitung hari
Menganjak usia,
Mengutip pengalaman-pengalaman yang pernah kau lalui
Dalam mendidik permata-permata hati
Menjadi seperti kami, anak didikan mu ini..

Mak..
Semoga kau sentiasa di bawah lembayung rahmatNya
Membawa usia baru,
Sentiasa dilindungiNya, diberi kekuatan untuk beribadah
Membawa bekal ke akhirat sana..
Penjangkanlah doamu untuk kami anak-anakmu
dan generasi-generasi kami
Agar hidup kami sentiasa dirahmatiNya
Dengan berkat DOA SEORANG IBU

Sajak ciptaan sendiri.. hehe.. kalu ada cikgu2 bahasa melayu yang terbaca, sila beri komen.. hahaha..
Mak punya pasai, perah otak wat ayat yang terbaekkkkk! Muahhh!

Mak.. tunggu kakak balik Jumaat nih, nk bawak balik hadiah besaq kat mak.. ngeee.. :)

Related Posts with Thumbnails