"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Wednesday, March 16, 2011

Tabahkan Hatinya...


Ketika coretan ini dibuat, naluri keibuanku amat meruntun sayu… air mata tak dapat ditahan lagi.. Gambar di atas adalah anak saudara kepada teman sepejabat zaza Kamarul & Izyana..

Bayi kecil ini langsung tidak mengerti apa-apa.. Lahirnya ke dunia hanya rindukan belaian tangan ibunya yang suatu ketika dahulu dirasainya.. Namun di alam rahim, si kecil ini hanya mampu berkongsi rasa dengan ibunya namun dia masih tidak mengerti..

Dia seusia Muhammad ‘Asim, anak kecilku itu..
Tatkala Muhammad ‘Asim lena kekenyangan dalam dakapanku berbekal susu anugerah Allah yang mengalir dalam tubuhku, bayi kecil itu tidak dapat merasa indahnya sentuhan dan belaian ibunya..

Sungguh kasihan.. tetapi itulah janji Allah padaNya…
Bahawa ibunya akan dijemput Allah selahirnya dia di muka bumi ini.. sebagai keturunan Adam dan Hawa.. Tangisnya…. Hanya ALLAH dan seorang IBU yang TAHU.. apatah lagi IBU yang MENYUSUKAN anaknya..

Buat anakanda Nur Irdina Farisya.. pemergian ibumu menunggumu di sana.. teruskanlah hidupmu dengan kekuatan ahli keluarga yang lain.. semoga Allah memudahkan segala urusanmu dan mereka yang menjagamu di dunia ini.. bonda AMAT YAKIN bahawa Allah yang akan MENJAGAmu kerana DIA lah yang mengatur segala kejadian di muka bumi ini.. DIA lah PEMILIK HAKIKI KASIH (Rahman) dan SAYANG (Rahim)..


Ibu Nur Farisya Irdina telah kembali ke rahmatullah kerana komplikasi selepas melahirkan anaknya di Hospital Sungai Petani, Kedah. Allahyarham sebelum ini bertugas di Kolej Komuniti Darul Aman, Kedah.

Al- Fatihah…

nur farisya bersama kakak susuannya, Khaleesya




alhamdulillah.. tak terhingga rasa syukur dalam hati ini...
semoga zuriat2ku diletakkan bersama hamba2-Nya yang bersyukur...

No comments:

Related Posts with Thumbnails