Pengalaman melahirkan kali ini memang menguji.. namun setiap detik kesakitan yang dilalui zaza hargai kerana ianya kurniaan Allah kepada insan2 yang diingati-Nya. Berbeza saat melahirkan Hanin yang hanya 5 jam di dalam labour room, ‘Asim zaza lalui selama 6 hari (termasuk 12 jam sakit selepas dimasukkan ubat dan 30 minit di dalam labour room).
Mengandung kali ini mmg berbeza kalu nak dibandingkan dengan kandungan pertama dahulu. Zaza alami premature contraction (semasa 7 bulan) akibat ‘sembelit’ (huhuhu.. sungguh menakutkan!). bila kandungan mencecah 7 bulan, perut membesar padat dan zaza mula kurang aktif-asyik tak larat ajer! Huhu.. alhamdulillah, suami amat memahami – tengok2kan hanin.. kesian sangat dekat hanin time nih, dah mula belajar berdikari, nak tidur, masuk tidur sendiri tak perlu ditemankan.. sedar2 dia dah lena diulik mimpi..
3.12.2010 zaza dah dapat sign apabila turun mucus yang bercampur darah. Segera zaza refer dengan doctor June di Hospital Pantai, Sg. Petani dan apabila dibuat VE laluan dah buka 3cm. mengandaikan dari pengalaman terdahulu, zaza estimate dalam 2-3 hari lagi kompom bersalin. Segera zaza singgah ofis dan siapkan segala kerja2 yang tertangguh akibat MC sebelum ini. Hanin.. zaza n hubby dengan berat hati terpaksa membenarkan Hanin dibawa balik kampong sebab takut takder org nk jaga kalu zaza kena admit hospital tengah malam. (sgt sedih! Hanya Allah yang tahu macam mana kami lalui malam2 tanpa hanin disisi.. )
Masa nih, zaza baru terbaca artikel ttg hypnobirthing.. yang mana banyak testimonial yg zaza baca kat tenet kaedah nih mengurangkan rasa sakit bersalin.. apa lagi, tanpa membuang masa, zaza pun gain info lah kat tenet nih pasal hypnobirthing.. wahh.. mcm nk duduki exam PTK ajer.. study sampai pukui 1.00 pagi uuu.. hehe
4.12.2010 zaza rasa sakit yang zaza alami still lemah, tapi mucus still turun dan disebabkan tak sedap hati zaza refer sekali lagi di hospital,but it still 3cm.. memandangkan xder progress lagi zaza tak ditahan.
ntah kali ke-berapa agaknya kunjungan kami ke Pantai Merdeka
pada tahun 2010.. amat kerap sekali..
uppss.. gambarku harusss diedit.. kurasakan terlalu 'besar' .. ehiks!
Sepanjang hari nih zaza xrasa kuat sgt sakit tu.. aduhai.. takut jugak la.. mana taknya, dah 5 hari but it still not hard.. nurses bergilir ganti observe my situation and baby’s heart beat.. sampai tengah malam duk syok lena pun misi datang jenguk.. dia tak kejut pun, zaza yang terkejuttt tetiba dalam samar2 lampu tu ader kelibat manusia duk berdiri sebelah katilku.. huhuhu..
...sempat ber'fb'...
Pagi tu, ader patient admit nk deliver, dia masuk pukul 8.00pagi pukul 10.00 pagi dah bersalin.. huishhh.. cepat gilos.. anak nombot-2 gak.. zaza nih dah berhari2 taw.. 11.00 pagi doc datang check and decide utk masuk ubat so that I can deliver on the same day.. sbb dah lama sgt duk sakit tu, takut something happen to my baby. Dari jam ke jam sakit dah mula rasa sampai zaza tak tahan sgt zaza request ubat utk kurangkan rasa sakit.. menunggu dari 11.00 pagi hingga 9.00mlm mmg suatu perkara yang tak dapat digambarkan dengan kata2.. sakitnya ketika itu Allah saja yang tahu.. sampai hubby tergelak tgk mimic muka yang macam2 bentuk sepanjang menunggu saat melahirkan..hehe..
9.30 mlm nurse dtg wat VE, but it still 5-6cm.. mcm tak percaya.. dari pagi zaza duk tahan sakit takkan bukaan baru banyak tu.. mmg menakutkan bila misi cakap
10.43 pm my little boy selamat dilahirkan.. kuuu semangat bila dengaq nurse cakap
Dalam hati nih..
“what?? Mak aii.. patuttt la berat benor mama duk bawak kamu nih nakk..”
Doctor pun terkejut taw..
“haa.. 4.0?? I estimate not more than 3.2.."
Sebenarnya, masa lahirkan my baby baru dapat taw yang dia cord round neck x1 (tight)- tali pusat terbelit.. tu pasal lama.. dia tak boleh turun sebab tersangkut dengan tali pusat walaupun pintu rahim dah lembut and ready to push him out.. hermm.. kuasa Allah taala.. he is still breathing hingga ke saat ini.. Alhamdulillah.. rahmat yang tak terhingga buat kami sekeluarga.. my baby kena bantuan oksigen utk tempoh 24 jam untuk pastikan dia boleh bernafas sendiri dengan sempurna..
my little boy fresh from an original oven
Jutaan terima kasih utk petugas2 Hospital Pantai Sg Petani yang banyk membantu sepanjang zaza admitted. And tak lupa juga pada doctor June, servis yang terbaik dari ur team (Pn. Roziyana and Siti) malam tu.. :)
wajah ceria orang2 yang "sabar" menunggu.. hehehe
Nota: Rupa2nya mengamalkan hypnobirthing mmg amat berkesan.. zaza dapati even tak sampai 24 jam lepas bersalin, zaza dah kuat sket untuk uruskan diri and jahitan pun mmg sikit ajer.. and one more thing, it’s better to us utk tahu hak2 kita sbg patient supaya takder kejadian ‘seluk-menyeluk’ sesuke ati. Study jugak proses kelahiran secara semulajadi agar proses itew menjadi mudah dan patient tidak stress.. bab2 nih, ilmu yang zaza kutip dari blog kak Hasue.. tenkiuuuu so much to kak Hasue.. Jibah and kak Suraya Lunatot’s atas sumbangan ilmu di blog anda.. (^_^).. I likeee…
4 comments:
suka bc celoteh zaza.. leh bt panduan. apa2 petua tu share la ekk... akak pun dah mula risau bila ingat sakit nk bsalin nih..huhu
subhanallah kak iza...
MA:
thanx kak... yang penting study the process so that kita tak terkejut dan stress... especially bila berhadapan dengan prob mcm zaza.. huhuhu..
semoga akak pun dipermudahan nanti yea.. :)
psst: da scan blue or pink??
isz:
maha suci Allah.. semua telah diaturkan.. kita hanya mampu berdoa agar Allah letak yang terbaik utk kita.. :)
Post a Comment