"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Tuesday, February 15, 2011

6 hari yang indah!

6 hari yang indah!

Pengalaman melahirkan kali ini memang menguji.. namun setiap detik kesakitan yang dilalui zaza hargai kerana ianya kurniaan Allah kepada insan2 yang diingati-Nya. Berbeza saat melahirkan Hanin yang hanya 5 jam di dalam labour room, ‘Asim zaza lalui selama 6 hari (termasuk 12 jam sakit selepas dimasukkan ubat dan 30 minit di dalam labour room).

Mengandung kali ini mmg berbeza kalu nak dibandingkan dengan kandungan pertama dahulu. Zaza alami premature contraction (semasa 7 bulan) akibat ‘sembelit’ (huhuhu.. sungguh menakutkan!). bila kandungan mencecah 7 bulan, perut membesar padat dan zaza mula kurang aktif-asyik tak larat ajer! Huhu.. alhamdulillah, suami amat memahami – tengok2kan hanin.. kesian sangat dekat hanin time nih, dah mula belajar berdikari, nak tidur, masuk tidur sendiri tak perlu ditemankan.. sedar2 dia dah lena diulik mimpi..

3.12.2010 zaza dah dapat sign apabila turun mucus yang bercampur darah. Segera zaza refer dengan doctor June di Hospital Pantai, Sg. Petani dan apabila dibuat VE laluan dah buka 3cm. mengandaikan dari pengalaman terdahulu, zaza estimate dalam 2-3 hari lagi kompom bersalin. Segera zaza singgah ofis dan siapkan segala kerja2 yang tertangguh akibat MC sebelum ini. Hanin.. zaza n hubby dengan berat hati terpaksa membenarkan Hanin dibawa balik kampong sebab takut takder org nk jaga kalu zaza kena admit hospital tengah malam. (sgt sedih! Hanya Allah yang tahu macam mana kami lalui malam2 tanpa hanin disisi.. )

Masa nih, zaza baru terbaca artikel ttg hypnobirthing.. yang mana banyak testimonial yg zaza baca kat tenet kaedah nih mengurangkan rasa sakit bersalin.. apa lagi, tanpa membuang masa, zaza pun gain info lah kat tenet nih pasal hypnobirthing.. wahh.. mcm nk duduki exam PTK ajer.. study sampai pukui 1.00 pagi uuu.. hehe

4.12.2010 zaza rasa sakit yang zaza alami still lemah, tapi mucus still turun dan disebabkan tak sedap hati zaza refer sekali lagi di hospital,but it still 3cm.. memandangkan xder progress lagi zaza tak ditahan.

ntah kali ke-berapa agaknya kunjungan kami ke Pantai Merdeka

pada tahun 2010.. amat kerap sekali..

5.12.2010 – aduhai.. rasa mcm tak larattt sgt dah nk bawak perutku yang berat ni.. hehehe.. tapi apakan daya, takdir Allah bukan lagi zaza melahirkan waktu tu.. maka zaza pun dengan semangat sekali mengajak suami terchenta ke Pantai Merdeka.. zaza nk berjalan kaki biaq cepat sket bersalin. Waahhh.. best nyer, mcm bulan madu plak rasa, tawaf pantai merdeka sambil berpegangan tangan dengan en hubby.. huhuhu.. walaupun nmpak mcm tak larat nk melayan kerenah istri dia nih..dia diam ajer.. huhuhu.. sungguh terharu! tenkiu darling!

uppss.. gambarku harusss diedit.. kurasakan terlalu 'besar' .. ehiks!

6.12.2010 – zaza dah rasa sakit.. sakittt sangat.. bukan sakit nk bersalin, tapi sakit kaki… hua..hua..hua.. mana taknyer.. tawaf satu kawasan pantai merdeka tu.. kekeke.. ntah dibuat org ke idak tak tahu lah..
7.12.2010 – zaza da start rasa contraction almost 30min-1hour.. kalu nk diikutkan masih lambat tu, tapi zaza nk sedapkan hati, zaza ajak hubby ke hospital.. and now.. zaza kena tahan.. bukaan baru 4cm and I’m still not in pain.. boleh p jejalan lagi.. so zaza mintak nk kuar jap g jejalan kat TESCO (mentang2 lah hospital dekat jer dgn TESCO tu).. nurses siap gelak.. yer lah, org lain kalu admitted nk bersalin xdernyer nk g shoping bagai.. zaza cakap ngan doc yang zaza nk bagi cepat bersalin.. doc ader tanya either zaza prefer amik ubat bagi cepat bersalin but kali nih zaza mmg nk rasa the thruth of pain.. masa hanin dulu zaza amik epidural, so tak rasa mana nikmat bersalin tu..

Sepanjang hari nih zaza xrasa kuat sgt sakit tu.. aduhai.. takut jugak la.. mana taknya, dah 5 hari but it still not hard.. nurses bergilir ganti observe my situation and baby’s heart beat.. sampai tengah malam duk syok lena pun misi datang jenguk.. dia tak kejut pun, zaza yang terkejuttt tetiba dalam samar2 lampu tu ader kelibat manusia duk berdiri sebelah katilku.. huhuhu..

...sempat ber'fb'...

8.12.2010 – pagi yang sejukkk.. maklumla ujan semalaman.. lepas usai solat subuh, zaza terus mandi and hubby balik umah jap amik barang.. hairan betul, bila dapat berehat kat hospital, rasa sakit semakin berkurang pulak.. hairan tul!

Pagi tu, ader patient admit nk deliver, dia masuk pukul 8.00pagi pukul 10.00 pagi dah bersalin.. huishhh.. cepat gilos.. anak nombot-2 gak.. zaza nih dah berhari2 taw.. 11.00 pagi doc datang check and decide utk masuk ubat so that I can deliver on the same day.. sbb dah lama sgt duk sakit tu, takut something happen to my baby. Dari jam ke jam sakit dah mula rasa sampai zaza tak tahan sgt zaza request ubat utk kurangkan rasa sakit.. menunggu dari 11.00 pagi hingga 9.00mlm mmg suatu perkara yang tak dapat digambarkan dengan kata2.. sakitnya ketika itu Allah saja yang tahu.. sampai hubby tergelak tgk mimic muka yang macam2 bentuk sepanjang menunggu saat melahirkan..hehe..

9.30 mlm nurse dtg wat VE, but it still 5-6cm.. mcm tak percaya.. dari pagi zaza duk tahan sakit takkan bukaan baru banyak tu.. mmg menakutkan bila misi cakap
“Just pray to God so that u don’t have to ceaser”..

mak aiii.. sepantas kilat zaza call kat mak nangis2 dlm tepon.. hubby pun terkejut lantas tepon kat FIL kalu2 ader petua2 last2 minit nih.. hubby watkan ‘air’ yang dibaca ayat al-quran.. sempat zaza minum.. doc datang soh tolak masuk labour room and she said that I can deliver cara normal.. wahh.. macam nk lompat jer time tu.. syukur tak terhingga pada Allah!

10.43 pm my little boy selamat dilahirkan.. kuuu semangat bila dengaq nurse cakap
“doctor.. weight 4.0 cukup..

Dalam hati nih..

“what?? Mak aii.. patuttt la berat benor mama duk bawak kamu nih nakk..”

Doctor pun terkejut taw..

“haa.. 4.0?? I estimate not more than 3.2.."

Sebenarnya, masa lahirkan my baby baru dapat taw yang dia cord round neck x1 (tight)- tali pusat terbelit.. tu pasal lama.. dia tak boleh turun sebab tersangkut dengan tali pusat walaupun pintu rahim dah lembut and ready to push him out.. hermm.. kuasa Allah taala.. he is still breathing hingga ke saat ini.. Alhamdulillah.. rahmat yang tak terhingga buat kami sekeluarga.. my baby kena bantuan oksigen utk tempoh 24 jam untuk pastikan dia boleh bernafas sendiri dengan sempurna..

my little boy fresh from an original oven

Jutaan terima kasih utk petugas2 Hospital Pantai Sg Petani yang banyk membantu sepanjang zaza admitted. And tak lupa juga pada doctor June, servis yang terbaik dari ur team (Pn. Roziyana and Siti) malam tu.. :)

semoga kalian dipermudahkan segala urusan!



wajah ceria orang2 yang "sabar" menunggu.. hehehe

Nota: Rupa2nya mengamalkan hypnobirthing mmg amat berkesan.. zaza dapati even tak sampai 24 jam lepas bersalin, zaza dah kuat sket untuk uruskan diri and jahitan pun mmg sikit ajer.. and one more thing, it’s better to us utk tahu hak2 kita sbg patient supaya takder kejadian ‘seluk-menyeluk’ sesuke ati. Study jugak proses kelahiran secara semulajadi agar proses itew menjadi mudah dan patient tidak stress.. bab2 nih, ilmu yang zaza kutip dari blog kak Hasue.. tenkiuuuu so much to kak Hasue.. Jibah and kak Suraya Lunatot’s atas sumbangan ilmu di blog anda.. (^_^).. I likeee…

4 comments:

my little family / kaftanbatik said...

suka bc celoteh zaza.. leh bt panduan. apa2 petua tu share la ekk... akak pun dah mula risau bila ingat sakit nk bsalin nih..huhu

sanisahsabu said...

subhanallah kak iza...

zaza@mamaHanin said...

MA:
thanx kak... yang penting study the process so that kita tak terkejut dan stress... especially bila berhadapan dengan prob mcm zaza.. huhuhu..
semoga akak pun dipermudahan nanti yea.. :)

psst: da scan blue or pink??

zaza@mamaHanin said...

isz:

maha suci Allah.. semua telah diaturkan.. kita hanya mampu berdoa agar Allah letak yang terbaik utk kita.. :)

Related Posts with Thumbnails