"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Monday, March 29, 2010

Ahlan Wa Sahlan

*saje nk letak gambo hanin tecik2 dulu... see..
dia agak 'malap' tau dulu2.. hehehe*

ahlan wa sahlan kepada insan-insan baru di muka bumi Allah..
Semoga anakanda-anakanda sekalian dipelihara Allah untuk menjadi Khalifah/Muslim(ah) sejati di dunia dan akhirat.. berbakti pada ayahbonda kalian sepertimana dalam syariat.. ameennn...

20.2.2010 - Diniy Hazmie b. Azaluddin (Umie-VVBF kat skolah)

3.3.2010 - Irfan Hadif b. Mohd Shafei (Ina-Officemate)

8.3.2010 - Muhammad b. Mohd. Zaini (Nadia-VVBF dunia akhirat-i.allah)

18.3.2010 - Qalisya bt Kamarul Ariffin (Izyana&kamarul-officemate)

22.3.2010 - Nur Damia bt Shahrul Hisham (Marini-officemate)

Friday, March 26, 2010

Jom Cuci Hati

sekadar perkongsian dari insan yang dipilih Allah ...



menitis air mata saya bila tgk vclip nih..
mungkin cara kita meng-Agungkan Allah berbeza mengikut budaya.. namun kita semua tetap sembah pada yang-Satu.. Allah ya Khaliq..

Ar-RahmaanDengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani[1]

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.[2]

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.[3]

Dia lah yang telah menciptakan manusia; -[4]

Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.[5]
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;[6]

Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.[7]

Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,[8]

Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;[9]

Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.[10]

Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:[11]

Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;[12]

Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;[13]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?[14]

Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,[15]

Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;[16]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[17]

(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.[18]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[19]

Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;[20]

Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; [21]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[22]

Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;[23]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[24]

Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;[25]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[26]

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:[27]

Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:[28]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[29]

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)![30]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?[31]

Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin![32]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[33]

Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)![34]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[35]

Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);[36]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[37]

Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; [tambahan,kejadian bumi-dari 1 atom meletup menjadi langit dan bumi,zaman kita menjadi saksi kebenaran ayat ni kerana kajian saintis telah membuktikan tentang ini-namanya teori big bang-boleh cari maklumat sendiri][38]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[39]

Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);[40]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[41]

Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);[42]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[43]

(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".[44]

Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya![45]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[46]

Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -[47]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[48]

(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -[49]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[50]

Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -[51]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.[52]

Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).[53]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[54]

Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.[55]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[56]

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;[57]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[58]

Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.[59]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[60]

Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?[61]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[62]

Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);[63]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[64]

Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;[65]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[66]

Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:[67]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[68]

Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,[69]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[70]

Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;[71]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[72]

Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;[73]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[74]

(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;[75]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[76]

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.[77]

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?[78]Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Sadaqallahulazim...Maka benarlah kata-kata Allah Yang Maha Agung

sumber : http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

kredit to http://drazwan.blogspot.com/

Thursday, March 25, 2010

*Sanah Hilwah*

salam...

alhamdulillah.. alhamdulilah.. alhamdulillah....

syukur yang tak terhingga kpd Allah SWT kerana panjangkan umur zaza sehingga ke hari ini.. kerana Dia pinjamkan zaza nyawa untuk zaza teruskan perncarian hidup.. berbakti pada suami dan ibu tercinta.. berkongsi kasih sayang anakanda yang dikasihi dan juga saudara mara yang lain.. syukurrr.. atas nikmat kebahagiaan.. nikmat 'ujian' sebagai penghapus dosa2 zaza sepanjang hidup di muka bumi.. bergelar peneroka/ hamba kpd Allah... UJIAN yang membuatkan zaza 'U-turn' semula kpd hakikat hidup yang diletakkan oleh Allah sbg manusia yang lemah.. yang berurusan dengan manusia lemah yang lain..

subhanallah.. tak terucap.. tak terbayang... bagaiaman sayangnya Allah pada zaza....

Ya Allah..

kau ikatkanlah hatiku ini bersama-sama peganganmu yang telah Kau syariatkan dalam Al-Quran melalui Rasul-Mu sebagai pengantara.. agar aku tidak terpesong dengan helah duniawi.. walaupun aku seringkali melupai-Mu samada dengan sengaja ataupun tidak..

Ya Allah..

andai esok tiada lagi untukku.. Kau sempurnakanlah matiku agar sentiasa di dalam agama Islam yang indah ini.. Agar aku menjadi umat Muhammad SAW yang dinanti2kan..

Ya Allah..

kau ampunkanlah dosa2ku.. suamiku.. anak2ku.. seluruh ahli keluargaku.. sahabat2ku.. guru2ku.. dan semua yang pernah mengenaliku.. agar mereka sentiasa menjadi hambaMu yang taat dan sentiasa mengingati mati.. agar mereka tidak lekang dari mengingatiMu dan Rasulullah SAW...

ameennn...

jazakumullah khairan pada suami tercinta atas ingatan pada hari kelahiran zaza.. Cinta, Kesabaran, Pengorbanan dan Kesetiaan yang kau semai dalam rumahtangga menjadi kenangan yang paling manis sepanjang bergelar isteri kepadamu... walaupun dalam hatimu, ini hanyalah hadiah kecil untukku, namun ingatan dan doa yang tak lekang dari bibirmu menjadikan ia hadiah yang paling istimewa.. barang..harta.. bukan ukuran untuk aku memilihmu, namun kesabaranmu atas setiap kerenahku bergelar isteri menjadi harta yang paling berharga dalam hidupku.. terima kasih sayang.. setiap detik kita bersama akan kuabadikan dalam doa dan jiwaku selagi nyawa dikandung badan.. insyaallahhh....



hadiah kecil.. tapi bermakna.. kerana ianya datang dari ingatan dan hati yang ikhlas seorang suami...


** sebenarnya zaza mmg terlalu sibuk minggu itu, hari lahir sendiri pun zaza lupa.. sampailah malam hari lahir zaza suami dan hanin ada bagi surprise untuk zaza.. hubby ader belikan something utk makan2 mlm tu.. walaupun sederhana, tapi hati zaza cukup tersentuh.. hanin pulak sibuk jer nk 'hidang sama' time makan... hehehe...

pas makan, hubby soh g amik 'barang' dia dalam drawer... ingatkan barang apa.. tengok2 ader bungkusan berbalut elok jer.. Ya Allah.. menitis air mata ni.. tersentuh hati sbb hubby ingat n standby hadiah on my besday.. act. my hubby bukannya romantik sgt mcm org lain.. even he's not, but he try to create a 'beautiful' moment on my besday.. tu yang touching tu... huhuhu...

TAK LUPA JUGA FOR MY FAMILY YANG CELEBRATE BESDAY ON MARCH...
@ Zafran... 8.3.10 (anak sedara)
@ Mak.... 9.3.10
@ Me.... 20.3.10

Wednesday, March 24, 2010

Antaranya adalah...

salam...

ya ampuuunnnnn.. teramatttt le bz lately.. banyak prog, kertas kerja dan planning nk kena study.. maklumla.. dah nama pun kolej komuniti, now kami bnyk involve ngan komuniti setempat... so, banyak citer yang tak sempt nk published.. kalu ader pun dah basi laa... huhuhuhuhu...
today nyer story.. sukeee sgt zaza nk share...
....antara fesyen rambut hanin yang zaza tak jemu-jemu nk tgk sokmoo...

nih masa kat melaka.. umah sedara sebelah suami..



pesalll la hanin wat muka serius nihhh... dah cantik2 posing kat pokok bunga baba tuu... eish3x... rambut hanin 'terconget' sket sebelah kiri.. perasan x?.. heeeee...

nih pun masa kat melaka.. hanin baru bangun titun... rmbut dia zaza dah sikat pun masih cenggitu jugakkkk.. heeeee... macam woody wood pecker pun ader..

haaa.. nih yang latest.. mmg rajin betui cikgu Ina nih.. dandan rambut hanin cengginih.. jampi aper la agaknya.. buleh pulak si kecik nih duk diam2... kalu mama dia yang nk ikat.. jangan harapppp!! mmg tak bagiii...

nih hanya selingan yer kawan2.... gamba muka budak demam kena cucuk yang last nyer.. pasnih hanin umur 7 tahun pulak laaa baru kena cucuk...

cayanggg baba nih!

cakkkkkk!!!
pss: banyak lagi gamba lain dari kecik, tp xsempat nk upload.. kena g wat tugasan luar lak nih.. herm.. till met again...
asslamaualaikum wbt...

Friday, March 5, 2010

Deep Fried Sardine Bread

...cuci mata yer kawan-kawan...
...buat minum petang...
...best gakk...
...idea dari adikku yang tecik sekali- Atin Bucuk...(orgnya xder la tecik sgt yerrr.. hehehe)
...bley try g nih...
...tq so much dear...
Related Posts with Thumbnails