"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Monday, November 8, 2010

Sepi kali ini kerana...

credit to mr google

Salam..

Lately zaza mmg diruntun dengan macam-macam perkara sehingga tidak berkesempatan untuk update cerita2 terkini kat blog nih.. cerita tentang masakan, anakanda Hanin, contest yang zaza dipilih sebagai pemenang ke-9 (wahhh.. teruja taw even no. 9) dan lain-lain (mcm banyakkk jer nk diceritakan kan???)..semua nih kerana kesibukan kerja, tugasan harian di pejabat dan rumah dan yang terkini rumah mak zaza di Alor Setar turut ditenggelami air.. disamping itu jugak macam2 hal berlaku hanya kerana kerenah INSAN yang tak pernah sunyi dengan sifat-sifat lemah yang Allah SWT pinjamkan kepada hamba yang bergelar ‘MANUSIA’.. wallahu’alam.. pening.. sedih.. pilu..

Doakan agar semuanya pulih seperti sediakala.. walaupun tragedi seperti ini tidak berlaku pada zaza ketika ini, namun jauh di sudut hati tetap menginsafi setiap satu UJIAN dari Allah ini.. peringatan yang diberikanNYA bukan sahaja untuk mereka2 yang melaluinya tetapi untuk kita yang lain-lainnya mengambil ikhtibar dengan ujianNya HANYA melalui ‘AIR’..

SEJARAH BERULANG.. MANUSIA MUNGKIN LEKA..

Penghujung tahun 2004 lalu peristiwa Tsunami di Acheh telah memusnahkan hampir keseluruhan negara Indonesia dan kesannya turut dirasai di negara kita Malaysia dan India.. Pada penghujung tahun 2005 pula, utara semenanjung Malaysia telah diuji dengan banjir besar yang meneggelamkan ¾ negeri-negeri sebelah utara termasuk Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. masyaallah.. semuanya diuji dengan ‘AIR’.. iktibar demi ikhtibar.. peringatan demi peringatan Allah lantunkan kepada manusia kerana kecuaian kita menjaga IMAN di dada dan kerakusan anggota2 kita dalam memelihara alam ciptaan Allah..

Allahuakbar..
sesungguhnya hanya DIA mengetahui setiap hikmah dari kejadian yang diturunkan kepada hamba-hambaNya.. zaza sering mengingatkan diri sendiri dan ahli keluraga zaza agar menerima dugaan Allah ini dengan berlapang dada.. bersangka baik dengan Allah dan bersyukur kerana kejadian ini tidak mengorbankan sanak saudara cuma harta benda dan keperluan asas dirumah sahaja yang banyak rosak. Yang rosak insyaallah Allah akan gantikan yang lebih baik.. sekurang2nya kita masih ada rumah untuk didiami, masih ada duit untuk membeli, masih ada air untuk berwudhuk menyembahkan diri kepadaNya.. bayangkan mereka2 diluar sana yang tinggal sehelai sepinggang dan kehilangan rumah, harta benda termasuk sanak saudara.. wallahu’alam..

Nota: Takziah untuk mangsa-mangsa banjir dan tragedi gunung merapi di Indonesia.. semoga kalian dilindungi Allah.. terharu dan ngeri bila baca dan tengok kejadian letusan Gunung Merapi .. betullah.. dunia dah terlalu tua untuk menampung manusia-manusia yang rakus terhadap IMAN dan ALAM seperti kita sekarang ini.. Kiamat sudah dekat.. berbaliklah kita kepadaNya.. wallahu’alam.. :(

5 comments:

fildza's said...

banjir kali ni memang teruk.. mudah2an di permudahkan segalanya

Unknown said...

semuga semuanya di permudahkan. Kena ingat semula kepada Allah swt dan beramallah sebanyak mungkin

10 said...

Tu la umah mak teh kat perlis pun masuk air jugak... sabar byk2 & ingat Allah selalu...

zaza@mamaHanin said...

fiza:
tu la fiza.. jaga2 utk gelombang kedua.. wallahu'alam..

kak ina kl:
thanx kak ina.. doa2kan kami sekeluarga da mangsa2 banjir dikuatkan semngat utk hadapi dugaan ini..

10:
thanx aten... Allah dah aturkan semuanya.. bersabar dan berdoa.. :)

Ummi said...

Salam rindu Zaza...apa khabar? Akak tumpang sedih atas musibah yg melanda parents Zaza..harap bersabar la yea..ada hikmah di sebaliknya...Moga Zaza dan family semua cekal selalu..salam sayang dr akak..

Related Posts with Thumbnails