"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Tuesday, September 28, 2010

*Roti Burger Poket*


salam...

eish.. pestime wat roti cengginih... masa jejalan kat umah Ijan Blogresepi nampak dia wat Roti Burger Poket nih.. maklumlah, makyung g jejalan kat obersea sana time tengah posa 6, kecur jer air liur nih nengoknyer.. balik dari opis petang tu jugak zaza g carik roti burger.. bahan2 yang lain sume dah ader dalam dapur kecilku.. huhuhu.. sungguh teruja!

senanggggg sangattt3x...

sapa xcuba rugi.. sebab bukan senang ajer tp sodap jugee.. en hubby macam pelik jer masa tgk zaza hidangkan dalam pinggan, maklumlah.. tak pernah tgk jual dikedai.. tetiba bini balik masak gitu ghupa.. hehehe.. tapi habis tetap habis taw!.. uhukkk..uhukk.. uhukk... jom tengok resepi... ntah lah resepi asal dari sapa.. tp zaza dapat dari blog mummy comel Ijan tu ha.. katanya kat blog Kak Nor, CMG dan Mama Gerau pun ada.. :)

Resipi : Roti Burger Poket
(resepi kopipes dari blog Ijan yer.. halal yer Ijan.. ngeee :P)

Bahan:

Roti beger (zaza guna 2 biji ajer, bila dibelah dpt 8 bhgian)
Sardin satu tin kecil
Bawang merah satu labu (dimayang)
Cili hidup merah sebiji (hiris nipis)
lada hitam serbuk (yang kasar-kasar tu…)
mayonis sikit
3 biji telur dipukul
minyak untuk menumis

Cara buat inti:

1. tumis sardin yang telah dilenyek, bawang dan cili dengan lada hitam serbuk
2. bila dah sejuk lumur dengan mayonis…
3. Roti beger dibelah dua (zaza belah 4) …bior jadi tiga segi gitew.
4. Buat kocek tengah-tengah (zaza belah 2 tingkat, maklumla.. nak rasa inti lebih) , masukkan intinya…
5. Last sekali, celup hujung poket yang terbukak tu dengan telur dan tekapkan dekat kuali yang telah diletak sedikit minyak…
6. celup ujung je dengan telur dan goreng pun tekan-tekan sikit jer kat kuali supaya tak serap minyak…(kata Ijan, kak gerau guna penyepit makanan untuk sepit roti tu dan terus goreng satu-satu guna penyepit tu…bila dah tertutup poket boleh angkat..

2 comments:

armouris said...

info tentang mayonis di SIHAT SELALU - Khasiat Mayonis Rawat Kecantikan

K.Nor said...

salam zaza, dah bertukar nama la pulak resipi ni ya.. :)

Related Posts with Thumbnails