"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Friday, September 24, 2010

Bihun Singapore

alahai kawan-kawan.. nak makan bihun singapore? xpayah nak terbang sampai sana yer.. kat mesia pun banyak.. lagi sodap agaknya dari resepi deorang di sana.. hik3.. xderlah.. kalu dari Singapore sendirik, tentu ada special recipe yang membuatkan 'Bihun Singapore' tu laris di Malaysia.. :)

nih N3 yang dah basi yer.. zaza buat masa raya ke-4 lalu kalu xsalah.. meraikan saudara sebelah suami.. buat ringkas2 ajer.. makyung dah tak larat.. huhuhu.. very simple dimple menu.. habissshhhh... alhamdulillah...

Bahan-bahan:

2 bungkus mee hoon – direndam sekejap sampai lembut
1 biji bawang besar – dipotong dadu
Minyak untuk menumis
1 Batang lobak merah - dipotong memanjang
Sedikit Daun Sup (untuk hiasan)
4-5 sb sos tiram

Bahan A
Serbuk lada hitam (kasar)
Isi Daging / ayam
Fish Ball / Fish Cake
1 biji tomato – dibelah 6
Garam dan Gula secukup rasa

Bahan Mesin:
3-4 batang cili padi (mengikut selera masing2)
2 ulas bawang putih
2 sb bawang goreng (untuk mewangikan masakan)
½ cm belacan (mengikut selera, xnak letak pun xpa)
½ cawan air

Cara-cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis bawang besar.
2. Masukkan bahan mesin dan goreng dengan api sederhana.
3. Setelah mendidih, masukkan Sos tiram. Jika agak pekat boleh tambah sedikit air.
4. Tunggu mendidih sekejap, kemudian masukkan bahan A. Masak dengan api sederhana.
5. Apabila ayam/daging telah lembut dan empuk, masukkan pula bihun dan lobak merah. Kacau sampai bihun masak dan lembut.
6. Angkat dan hiaskan dengan potongan daun sup. Sedia untuk dihidangkan. Boleh jugak dimakan bersama sambal kicap.

2 comments:

kak ina kl said...

salam dan selamat hari raya..

dah kurang dah ek alahan kamu ni..sebab dah boleh masak dah..semuga kandungan kamu sehat sehingga kamu selamat melahirkan seorang baby yang comel.

nanti dah gi open house ..joinlah contest akak yer

zaza said...

salam k.ina..
alhamdulillah.. kali nih alahan beransur awal.. boleh la terjah blog akak2 sume tgk menu2 best dari kalian.. hehehe.. doakan saya slalu yer k.ina.. semoga k.ina sentiasa dirahmatiNya juga..

psst: insyaallah.. nanti yer kak.. zaza mmg nk join pun, tgh select gambo2 yang sesoaiii.. :)

Related Posts with Thumbnails