"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Monday, June 21, 2010

Mereka di Hati Ini...

Hari Bapa datang lagii...

Kami hanya empat beradik... semuanya perempuan... alhamdulillah..
walaupun xder gen 'X' dalam senarai anak-anaknya.. dia tetap gembira.. mengajar anak2nya berdikari.. pernah sekali zaza diajar untuk tukar tayar kereta.. menitis peluh dan air mata.. rasa mcm dibuli.. tp kerana itu zaza ada pengalaman tukar tayar kereta.. tahu apa yang patut dibuat kalu tayar kereta pancit lagii..

sejak sekolah lagi, dia hanya bagi limits.. mesti dapatkan angka bawah daripada 10 dalam peperiksaan.. mmg baik la sikit dari mak yang hanya membenarkan angka 3 kebawah sahaja dalam peperiksaan.. sejak tadika, dia lah yang berulang-alik pergi dan balik menghantar kami adik beradik ke sekolah.. kalu muat, dia akan tumpangkan seorang dua kawan2 zaza kat sekolah tu.. kesian katanya duk tunggu tengah panas.. herm.. :) dengan zaza, dia berhantar sampai zaza tingkatan 6.. walaupun kadang2 ader angin keras kepalaku nk pergi sendiri ke sekolah, berbasikal dengan kawan2..


kini semuanya tinggal kenangan.. yang buruk dan baik.. semuanya indah belaka bagi zaza kerana dia sudah tiada di sisi.. sesekali zaza akan dengar semula rakaman suaranya menjawab panggilan dari seseorang yang dirakamya secara tak sengaja ke dalam telefon bimbit mak suatu masa dahulu.. memandangkan suaranya tidak mungkin lagi kami dengari, namun bingkisan itu membuatkan zaza rasa dia dekat dengan zaza.. suara itulah yang pernah menengking dan memarahi zaza ketika ada buat salah dengannya.. dia mmg terkenal dengan sifatnya yang garang namun ramai kanak2 suka dengannya kerana dari dulu.. dia mmg pandai mengambil hatii budak2..
itu lah pengorbanan AYAH.. tidak tertulis kalu nk dikira.. tidak terucap kalu nk dikata.. terlalu banyak...


...kini...

Allah gantikan LELAKI baru dalam hidup zaza.. yang menjadi pelindung.. penasihat, pendengar, pendamai jiwa dan AYAH kepada anakanda Hanin dan 'Cinta Baru' dalam rahim zaza ini.. alhamdulillah.. Allah gantikan dia seperti ayah... amat berjiwa 'PENJAGA'..
begitu mengambil berat tentang kami anak beranak.. walaupun wajahnya bagai 'orang garang' tetapi jauh di sudut hati, dia lah penghibur hati ini tatkala sedang berduka..


TERIMA KASIH AYAH..

TERIMA KASIH ABANG...

TERIMA KASIH ALLAH...
kerana nikmat kasih sayang-Mu.. aku BAHAGIA bersama mereka..

al-fatihah untuk AYAH...

4 comments:

ainul02 said...

ow...bila suruh buat kerja berat muncung ja mulut hampa ni no..kak cik ni juga yg kenan...huhu..kenangan yg x boleh dibeli..miss him

zaza@mamaHanin said...

hehehe..
kak chik kat hulk... ehehehe..

atin said...

ayah kata "giant"....hahahaha.....

zaza@mamaHanin said...

setujuuuuu...

Related Posts with Thumbnails