"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Saturday, August 22, 2009

ULANGTAHUN PERTAMA UMMU HANIN...

ALHAMDULILLAH... itu sahaja semula-mulia kepujian kepada Allah SWT atas rahmat dan kasih sayangNya meminjamkan anakanda kami Ummu Hanin sebagai cahaya mata penyeri hidup kami suami istri... tak tahu nk gambarkan rasa syukur pada Allah.. rasa keriangan hati melihat anakanda yang dikasihi membesar dengan sihat seperti kanak2 lain...


-merenung masa hadapan...-

Ummu Hanin kalu mengikut bulan Islam, hari nih dah genap 1 tahun.. mH lahirkannya pada 1 Ramadhan jam 8.14mlm.. elok2 pas semua umat islam kat mesia nih berbuka...
alhamdulillah..dah besar anak mama.. dah pandai macam2.. merajuk. mengusik sama naik ngan mama dan baba dia.. waktu mH tgh menaip n3 nih, Hanin tgh sedang beradu dalam buaian.. tgk wajahnya, sayu ja rasa.. bukan pasaipa, terharu.. ummu hanin di anugerahkan sebagai permata hati mH.. cukup2 menyerikan hidup mH dan suami.. semoga anak mama terus membesar dengan sihat, diberkati Allah, membesar sebagai hamba Allah yang taat dan patuh/hormat pada ibubapa dan org yang lebih tua darinya..
Ya Allah... makbulkan segala doa dan impianku terhadap rumahtanggaku, dan anak-anakku... hanya padaMu tempat aku meluah rasa, memohon segalanya sebelum aku dijemput menghadapMu.. wahai tuhan maha Pengasih lagi maha Penyayang... Ameenn...

1 comment:

ibu_Arifa said...

selamat hari lahir hanin..bulan islam pun kita sambut jugak.. sib baik tak hari merdeka yer tahun lepas..

semoga membesar dgn sihat dan selamat yer hanin..jd anak yg solehah yer sayang..

Related Posts with Thumbnails