"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Monday, May 4, 2009

Marble Cheese Brownies

urmhhh....yummyyy.... layan gambo dulu ekk..esok citer lagik... soo yummy and delicious.. slruuppp....walaupun takder kuah.. tapi mantopppp...

nih projek nk bawak balik kat mak kat kampung masa mak wat kenduri arwah untuk ayah khamis lalu.. since mH dah cuti, hapa lagik.. berasap la dapoq mH..hehe.. satu lagi projek wat puding laici dangdut.. resepi asal dari dapoq kak lieza, tp mH copy dari dapoq kak ummi. puding laici dangdut tu tak smpat lak nk snap..lupaaa daa... da 2 kali mH wat..memang sedapp..

k, nih nk citer pasai brownies nih.. mmg sedapp..tak caya buat la sendirik.. tak rugi. resepi asal tatau dari saper.. kak Rinn kot.. tapi ramai da otai2 memasak da buat, so mH pun ikut serta la membuatnya. yang mudahnya kek nih, main masak atas dapor jer, kaedah double-boiler.. guna mixer time pukul cheese jer.. masak pn tak lama.. tapi yg sepoii nya, den tak pandai nk lorekk.. jd tak berapa nk menarik la mcm otai2 memasak kita yg lain.. paperpown..habisss tetapppp habiss... kepingin lagik nih nk makan kek tuh.. hehehe.. ok..jom salin resepi pulak.. mH c&p from dapur kak hana jepun ja ekk... moh salin... (nk tgk kaedah betul buleh g tgk kat dapur kak Rinn).

Bahan Brownies

  • 250 g mentega
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu cair1
  • 1/2 cawan gula halus
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cawan tepung gandum*1 camca teh baking powder*1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Bahan Cheese
  • 250 g cream cheese
  • 1 cawan gula halus (hana guna 1/2 cawan) - mH letak 1/4 cwn jer, (tu pun ader org kata manis..huhuhu...)
  • 1 biji telur gred B *mH tambah jus oren sikit spy hilang bau telur and sedikit susu segar (fresh cream asalnya).
  • Cara-cara
  • Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega.
  • Panaskan oven pada suhu 175C.
  • Untuk brownies:
  • Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukkan serbuk koko dan kacau hingga rata.
  • Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati.
  • Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata.
  • Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata.
  • Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  • Untuk Cream Cheese : Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...

3 comments:

Ummi Salsabila said...

MH..wa,sedapnyer..mantop!nak resepi boleh..:)

zaza@mamaHanin said...

memang sedapp US..
nak resepi nnti mH publishkan ekk..
cuba la...pasti tak mengecewakan..

NizA said...

sedapnyer....bilalah hubby nak belikan mixer nih...leh la gak try2 nih...

Related Posts with Thumbnails