"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Friday, May 8, 2009

AWARD SEMPENA HARI IBU



kau sinar rembulan
menyerikan bintang-bintang
kau lah fajar
yang menerbitkan pagi
kau sinari embun
menyegarkan pepohonan
kau bukakakan tabir siang untukku
kau berikan mama
kasih sayang maha suci
betapa agungnya tiada ternilaikan
oh mama oh mamaku
tiada cinta yang murni
setulus cintamu
ku suntingkan mama
sekuntum mawar putih
sebagai lambang kesucian cintaku

amboii..syahduu sungguh lagu nih.. sbb tu mH upload kat blog nih.. ari2 dengar supaya ilang sikit rindu dendam kat mak mH.. aritu mak bukak blog mH.. katanya "awat kakak letak semua lagu zaman2 mak dulu..??".. maknanya mak mH pun layannn la lagu kat blog nih...



tahun 2008 mH da naik pangkat jadi "IBU/MAMA/MAK/UMMI" kepada anakanda yang disayangi selalu Ummu Hanin Abdul Nasir.. mengenangkan perit jerih dok kendong dia 9 bulan sampai la hari dia dilahirkan and sepanjang dalam pantang.. mH rasa sungguh sedih... sedih sbb dulu2 mH pernah melawan cakap mak.. biasa la.. yang sulong nih kekadang kuat memberontak.. bila diri sendirik dah bergelar MAK baru tauuu.. langit tu tinggi rendah..


after kuar dari labour room dulu mH panggil suami dan pegang tangannya.. mH kata kat suami..
"abang.. hari ini iza belajar 2 perkara... yang pertama JANGAN DERHAKA IBU... (sbb susah nak bawak keluaq sorang pon), yang kedua SAYANGI ISTRI ANDA...(sambil senyum kambeng kat somiku itew).. ".. lepas cium dahiku ini lantas lalingku pula kata...jgn lupa.. SAYANGI SUAMI ANDA JUGAKK.. hehehe.. kelako betui.. org dok sakit2 dia wat lawak tora pulak..


mendengar pengalaman MIL mengadungkan kembar lagiiiiii laa... ngerii rasa.. tapi Allah tu MAHA KAYA.. dia jadikan WANITA utk melalui semua itu.. WANITA yang bergelar ISTERI dan IBU.. kalu tak, takder lah pepatah mengatakan TANGAN WANITA BISA MENGGONCANG DUNIA.. kan??? kalu nk baca keindahan kejadian WANITA dijadikan untuk mengandung sila klik sini.


ok.. sempena HARI IBU yang bakal disambut pada hari ahad depan 10 Mei 2009.. mH dengan rasa rendah diri memohon ampun dan maaf terhadap BONDA TERSAYANG sekiranya anakmu ini ader terlanjur kata atau perbuatan.. semoga Allah kurniakan mak segala kebaikan, dipanjangkan umur dan diberikan kekuatan utk beribadah... jazakallah khairan kathiraa utk semua pengorbananmu yang tak terbalas olehku sepanjang 27 tahun menghirup udara dan menapak di bumi Allah nih.




nih AWARD dari ibudalila.. thanx sooooooo muchhhh... may ALLAH bless and shower us with a lot of taufik and hidayah.. doakan anak2 kita kelak menjadi anak yang baik dan taat pada ALLAH.. ameenn...muahhhh utk dalila dan ibunya...

No comments:

Related Posts with Thumbnails