"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Thursday, April 16, 2009

Lala Goreng Bercili


smlm hubby pergi pasar malam.. dibelinya stok kat atas nih haa.. lama betul mH tak makan sbenornya... nk wat rebus sama air asam, tekak nih tak terasa nak makan plak.. tgh hubby dok belek2 majalah, dia terbaca resepi dalam majalah masakan kampung keluaran karangkraf, haa..nih lah hasilnya.. mH edit sket resepi asal tu mengikut selera tekak mH... tapi okey la tuh.. sodappp sampai bertambah cik abang i... siap soh buat lagi tu pasnih.. eishhh..biler lah nak berdiet kan.. kami dua sama naik jaa la nih... paperpun..jom salin resepi dulu k...

Bahan-bahan:

  • 1 kg lala (dibasuh bersih dan ditoskan)
  • 10 batang cili kering* *dikisar(mH ganti ngan 5 sudu besar cili boh)
  • 6 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 batang serai (resepi asal tak letak)
  • 1 cawan air
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • air asam jawa secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • 2 sudu besar bawang goreng * (yg nih petua nk bagi masakan wangi) (resepi asal tak letak)
  • 3 sudu besar gula merah (nak bagi sambal rasa sedap, petua dari org melako dan MIL) (resepi asal tak letak)

Cara Memasak:

  • panaskan minyak dalam kuali
  • tumis bahan *kisar tadi sehingga naik wangi
  • masukkan serai
  • apabila sambal pecah minyak, masukkan air asam. tunggu sekejap.
  • apabila kering sikit, masukkan air. tunggu sampai mendidih.
  • masukkan pula gula merah (ikut kesukaan tekak masing2), gula, garam, tunggu sampai kering sedikit.
  • masukkan lala dan kacau sebentar .
  • tudung masakan dan biar seketika dengan api sederhana.
  • apabila kulit lala sudah terbuka, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

selamat mencuba.. bestttt....

No comments:

Related Posts with Thumbnails