"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Wednesday, February 23, 2011

Alhamdulillah...

Melayan kerenah permata hati memang seronok.. macam2 ragam.. kadang2 pening jugak.. hehe.. tu baru 2 orang, kalu 5 orang mcm mana lah ragam agaknyer yer..

jom tengok apa dah jadi dengan Muhammad 'Asim baru2 nih..


Kakak Hanin kalu dapat tengok apa2 sticker (termasuk lah tanda harga pada barangan yang baru dibeli) dia akan koyakkan sticker tu dan lekatkan pada badan dia..

tapi kali nih dia cuba buat testimonial pada adiknya pulak.. nih lah jadiknya.. urghhh...


..macam biasa.. adik dia releks ajer.. buatlah apa pun, lagi tak sakit tak teriak lah.. hehe..


~sekadar hiasan.. sungguh seronok hati mama deorang ni tengok putera dan puteri terbongkang ghupa ini.. hehe~

Nota: Alhamdulillah.. syukur pada-Mu Ya Allah.. pinjamkan kepada kami permata hati ini..

Tuesday, February 22, 2011

Enjoybreastfeed...

Berkat doa kesungguhan dan azam untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak.. zaza decided untuk menyusukan Muhammad 'Asim secara ekslusif.. jeles tengok kawan2 dan teman2 blogger yang capai target untuk breastfeed anak mereka sehingga 2 tahun..

jadi... apa yang zaza buat adalah...

..order full set of breastfeeding equipment..

(wahh.. macam barang pejabat pulak ek.. )

walaupun agak mahal, tapi insyaallah berbaloi-baloi-baloiii dan baloii...

hasil survey menyatakan yang Spectra 3 adalah set yang

agak bagus dengan harga yang mampu dimiliki.. :)

Wardina Safiyah juga menggunakan produk ini.. :)

Alhamdulillah.. mudah-mudahan rezki

Muhammad 'Asim terus melimpah ruah..

psst: zaza harus tingkatkan lagi ilmu tentang BF nih.. masih cetek pengetahuan dan pengalaman.. bagi pembaca yang sudi berkongsikan pengalaman... sila kongsikan dengan zaza..

"Sampaikan walaupun satu.."..
itulah sunnah dari kekasih Allah, Muhammad SAW.. :)

nota lagik:
Terima kasih kepada teman2 yang sudi berkongsi ilmu ngan zaza
especially Nadia, Jibah and
Pn Suraya Lunatots-mendidik melalui telefon sahaja.. :)

Monday, February 21, 2011

*The Rest Of My Life*

"special for my beloved wife.."

itulah mesej suami tercinta di dalam fb zaza dengan attachment yang begitu menyentuh hati.. zaza kongsikan dengan rakan2 di luar sana untuk buat perkara yang sama kepada pasangan anda.. semoga hidup kita sentiasa dirahmatiNya.. bahagia,, kekal hingga ke syurga..

Thank you Allah.. for sending me a lovely person like him..

Who love me because of You (Allah)..

"Bercinta Sampai Syurga.. insyaallah.."

Tuesday, February 15, 2011

6 hari yang indah!

6 hari yang indah!

Pengalaman melahirkan kali ini memang menguji.. namun setiap detik kesakitan yang dilalui zaza hargai kerana ianya kurniaan Allah kepada insan2 yang diingati-Nya. Berbeza saat melahirkan Hanin yang hanya 5 jam di dalam labour room, ‘Asim zaza lalui selama 6 hari (termasuk 12 jam sakit selepas dimasukkan ubat dan 30 minit di dalam labour room).

Mengandung kali ini mmg berbeza kalu nak dibandingkan dengan kandungan pertama dahulu. Zaza alami premature contraction (semasa 7 bulan) akibat ‘sembelit’ (huhuhu.. sungguh menakutkan!). bila kandungan mencecah 7 bulan, perut membesar padat dan zaza mula kurang aktif-asyik tak larat ajer! Huhu.. alhamdulillah, suami amat memahami – tengok2kan hanin.. kesian sangat dekat hanin time nih, dah mula belajar berdikari, nak tidur, masuk tidur sendiri tak perlu ditemankan.. sedar2 dia dah lena diulik mimpi..

3.12.2010 zaza dah dapat sign apabila turun mucus yang bercampur darah. Segera zaza refer dengan doctor June di Hospital Pantai, Sg. Petani dan apabila dibuat VE laluan dah buka 3cm. mengandaikan dari pengalaman terdahulu, zaza estimate dalam 2-3 hari lagi kompom bersalin. Segera zaza singgah ofis dan siapkan segala kerja2 yang tertangguh akibat MC sebelum ini. Hanin.. zaza n hubby dengan berat hati terpaksa membenarkan Hanin dibawa balik kampong sebab takut takder org nk jaga kalu zaza kena admit hospital tengah malam. (sgt sedih! Hanya Allah yang tahu macam mana kami lalui malam2 tanpa hanin disisi.. )

Masa nih, zaza baru terbaca artikel ttg hypnobirthing.. yang mana banyak testimonial yg zaza baca kat tenet kaedah nih mengurangkan rasa sakit bersalin.. apa lagi, tanpa membuang masa, zaza pun gain info lah kat tenet nih pasal hypnobirthing.. wahh.. mcm nk duduki exam PTK ajer.. study sampai pukui 1.00 pagi uuu.. hehe

4.12.2010 zaza rasa sakit yang zaza alami still lemah, tapi mucus still turun dan disebabkan tak sedap hati zaza refer sekali lagi di hospital,but it still 3cm.. memandangkan xder progress lagi zaza tak ditahan.

ntah kali ke-berapa agaknya kunjungan kami ke Pantai Merdeka

pada tahun 2010.. amat kerap sekali..

5.12.2010 – aduhai.. rasa mcm tak larattt sgt dah nk bawak perutku yang berat ni.. hehehe.. tapi apakan daya, takdir Allah bukan lagi zaza melahirkan waktu tu.. maka zaza pun dengan semangat sekali mengajak suami terchenta ke Pantai Merdeka.. zaza nk berjalan kaki biaq cepat sket bersalin. Waahhh.. best nyer, mcm bulan madu plak rasa, tawaf pantai merdeka sambil berpegangan tangan dengan en hubby.. huhuhu.. walaupun nmpak mcm tak larat nk melayan kerenah istri dia nih..dia diam ajer.. huhuhu.. sungguh terharu! tenkiu darling!

uppss.. gambarku harusss diedit.. kurasakan terlalu 'besar' .. ehiks!

6.12.2010 – zaza dah rasa sakit.. sakittt sangat.. bukan sakit nk bersalin, tapi sakit kaki… hua..hua..hua.. mana taknyer.. tawaf satu kawasan pantai merdeka tu.. kekeke.. ntah dibuat org ke idak tak tahu lah..
7.12.2010 – zaza da start rasa contraction almost 30min-1hour.. kalu nk diikutkan masih lambat tu, tapi zaza nk sedapkan hati, zaza ajak hubby ke hospital.. and now.. zaza kena tahan.. bukaan baru 4cm and I’m still not in pain.. boleh p jejalan lagi.. so zaza mintak nk kuar jap g jejalan kat TESCO (mentang2 lah hospital dekat jer dgn TESCO tu).. nurses siap gelak.. yer lah, org lain kalu admitted nk bersalin xdernyer nk g shoping bagai.. zaza cakap ngan doc yang zaza nk bagi cepat bersalin.. doc ader tanya either zaza prefer amik ubat bagi cepat bersalin but kali nih zaza mmg nk rasa the thruth of pain.. masa hanin dulu zaza amik epidural, so tak rasa mana nikmat bersalin tu..

Sepanjang hari nih zaza xrasa kuat sgt sakit tu.. aduhai.. takut jugak la.. mana taknya, dah 5 hari but it still not hard.. nurses bergilir ganti observe my situation and baby’s heart beat.. sampai tengah malam duk syok lena pun misi datang jenguk.. dia tak kejut pun, zaza yang terkejuttt tetiba dalam samar2 lampu tu ader kelibat manusia duk berdiri sebelah katilku.. huhuhu..

...sempat ber'fb'...

8.12.2010 – pagi yang sejukkk.. maklumla ujan semalaman.. lepas usai solat subuh, zaza terus mandi and hubby balik umah jap amik barang.. hairan betul, bila dapat berehat kat hospital, rasa sakit semakin berkurang pulak.. hairan tul!

Pagi tu, ader patient admit nk deliver, dia masuk pukul 8.00pagi pukul 10.00 pagi dah bersalin.. huishhh.. cepat gilos.. anak nombot-2 gak.. zaza nih dah berhari2 taw.. 11.00 pagi doc datang check and decide utk masuk ubat so that I can deliver on the same day.. sbb dah lama sgt duk sakit tu, takut something happen to my baby. Dari jam ke jam sakit dah mula rasa sampai zaza tak tahan sgt zaza request ubat utk kurangkan rasa sakit.. menunggu dari 11.00 pagi hingga 9.00mlm mmg suatu perkara yang tak dapat digambarkan dengan kata2.. sakitnya ketika itu Allah saja yang tahu.. sampai hubby tergelak tgk mimic muka yang macam2 bentuk sepanjang menunggu saat melahirkan..hehe..

9.30 mlm nurse dtg wat VE, but it still 5-6cm.. mcm tak percaya.. dari pagi zaza duk tahan sakit takkan bukaan baru banyak tu.. mmg menakutkan bila misi cakap
“Just pray to God so that u don’t have to ceaser”..

mak aiii.. sepantas kilat zaza call kat mak nangis2 dlm tepon.. hubby pun terkejut lantas tepon kat FIL kalu2 ader petua2 last2 minit nih.. hubby watkan ‘air’ yang dibaca ayat al-quran.. sempat zaza minum.. doc datang soh tolak masuk labour room and she said that I can deliver cara normal.. wahh.. macam nk lompat jer time tu.. syukur tak terhingga pada Allah!

10.43 pm my little boy selamat dilahirkan.. kuuu semangat bila dengaq nurse cakap
“doctor.. weight 4.0 cukup..

Dalam hati nih..

“what?? Mak aii.. patuttt la berat benor mama duk bawak kamu nih nakk..”

Doctor pun terkejut taw..

“haa.. 4.0?? I estimate not more than 3.2.."

Sebenarnya, masa lahirkan my baby baru dapat taw yang dia cord round neck x1 (tight)- tali pusat terbelit.. tu pasal lama.. dia tak boleh turun sebab tersangkut dengan tali pusat walaupun pintu rahim dah lembut and ready to push him out.. hermm.. kuasa Allah taala.. he is still breathing hingga ke saat ini.. Alhamdulillah.. rahmat yang tak terhingga buat kami sekeluarga.. my baby kena bantuan oksigen utk tempoh 24 jam untuk pastikan dia boleh bernafas sendiri dengan sempurna..

my little boy fresh from an original oven

Jutaan terima kasih utk petugas2 Hospital Pantai Sg Petani yang banyk membantu sepanjang zaza admitted. And tak lupa juga pada doctor June, servis yang terbaik dari ur team (Pn. Roziyana and Siti) malam tu.. :)

semoga kalian dipermudahkan segala urusan!



wajah ceria orang2 yang "sabar" menunggu.. hehehe

Nota: Rupa2nya mengamalkan hypnobirthing mmg amat berkesan.. zaza dapati even tak sampai 24 jam lepas bersalin, zaza dah kuat sket untuk uruskan diri and jahitan pun mmg sikit ajer.. and one more thing, it’s better to us utk tahu hak2 kita sbg patient supaya takder kejadian ‘seluk-menyeluk’ sesuke ati. Study jugak proses kelahiran secara semulajadi agar proses itew menjadi mudah dan patient tidak stress.. bab2 nih, ilmu yang zaza kutip dari blog kak Hasue.. tenkiuuuu so much to kak Hasue.. Jibah and kak Suraya Lunatot’s atas sumbangan ilmu di blog anda.. (^_^).. I likeee…

HaSue Giveaway:'Saya telah melahirkan bayi 2010'



Last week g jejalan kat umah kak Hasue nun jauh di Sarawak nu haa… ada contest/GA yang k.hasue anjurkan.. cam menarik ajah.. dah lam duk bertangguh nk upload entri ni, asyik tak sempat jer.. malam nih dah last day.. mudah2an sempat..

zaza nih bukan lah org yg suka sgt join2 contest nih.. kalu ader yg terbekenan nk join tu kira bersungguh lah tu.. hehe…nih merupakan contest kedua yg zaza join selepas contest dengan k.ina kl tahun lepas.. contest kak ina zaza dapat hadiah saguhati.. ok lah kan.. sapa yang nak bagi hadiah free camtu.

Jom join contest k.Hasue lak.. cerita dan gambar yang dipertaruhkan adalahhh...

Detail about my lil prince...

Muhammad 'Asim bin Abdul Nasir... delivered on 8 December 2010 (Wednesday), 22:43pm at Pantai Hospital Sg Petani, Kedah.. Wt. 4kg, normal delivery. Alhamdulillah.. hari nih dah 70 hari.. dah pandai membalas senyuman apabila diagah oleh mama, baba dan kakaknya.. so far perkembangannya memang mengikut peringkat umur baby seusianya.. semoga sume baby yang lahir pada tahun 2010 sesihat dan seceria 'Asim.. :).. peace.. (^_^)

lagi cerita 'Asim pada entri lepas ini yea.. :)

nota: Tq k. Hasue.. semoga contest kali nih dapat mngeratkan lagi silaturrahim sesama blogger.. :)

CHECKLIST:

Syarat-syaratnya:

  1. Anda telah melahirkan bayi tahun 2010> 1.1.2010-31/12/2010 -done
  2. Buat entri bertajuk > HaSue Giveaway:'Saya telah melahirkan bayi 2010' -done
  3. Copy n paste banner kat atas tu ..link kan entri anda ke blog ini - done
  4. Gambar bayi anda(tak kisah la gambar masa baru lahir atau yg terkini,nak letak lebih dari 1 pun boleh) >cerita la sikit nama bayi,tarikh lahir dan perkembangan terbaru bayi anda secara ringkas.. - done
  5. Tinggalkan link entri anda di ruangan komen entri ini yer..agar senang saya nak jejak entri tersebut..-done
  6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Februari 2011 jam 11.59pm - hopefully done.. hehe

Cleaning

Cleaning!

Aduhai..lama sungguh laa xduk kesah kat umah ku nih.. dah bersawang berhabuk tebai.. nk kena cuci-cuci lap2 sket nih… mood pun xdak nk ngadap.. huhuhu..

Mai anak 2orang nih, masa tu mcm xcukup jaa.. tu baru 2 org, camner la kalu 4-5orang.. huhu.. kalu ada sedkit masa terluang tu, time tu la nk rebahkan badan yang penat nih.. sekarang nih zaza masih dalam zon baru.. belajar utk sesuaikan diri dengan ‘sistem pengurusan baru’.. apatah lagi baru seminggu masuk keja, time table masih belum serasi.. i.allah, bila dah maintain nanti, boleh la masukkan waktu berblongging kat timetable baru nih,.. hehe..

Psst: sekarang kalu masak2 pun xsempat nk posingkan lauk paukku itew, takut duk makan nnt anak teriak, so nk cepat, masak2 tu, hiding n terus makan jer.. hehe.. winduuu nk upload cerita2 baru dlm diari hidupku utk tatapan anak2 kelakk.. :)

Related Posts with Thumbnails