"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Wednesday, April 14, 2010

Belasungkawa Ayahanda Zakaria

hari ini 14.4.2010.. genab sudah 4 tahun pemergian ayahanda tersayang mengadap Allah SWT.. menunaikan janji yang telah termaktub di luh mahfuz.. yang mana tidak akan sesaat pun dilewatkan atau diawalkan.. ajal menanti semua kehidupan di muka bumi ini.. hatta bumi juga akan hancur sepertimana yang termaktub dalam al-Quran..


mengingati kematian adalah satu perkara yang paling dituntut dalam Islam.. agar kita tidak terleka dengan mainan dunia.. matlamat hidup adalah mati.. itulah hakikat.. kerana di penghujung perjalanan hidup setiap makhluk di muka bumi adalah kematian/ kehancuran..


Maka.. beramal lah kita selagi hayat dikandung badan.. meneroka dan mencari RAHMAT Allah.. Syurga menanti BUKAN kerana AMALAN tetapi kerana RAHMAT ALLAH pada kita.. beribadahlah seolah-olah kita akan mati selepas ini.. itulah kata2 dari pejuang2 Islam suatu ketika dulu.. semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan HidayahNya kepada kita semua.. terpelihara dari sifat2 mazmumah.. i.allah..


terima kasih kepada ahli keluarga yang mengingati pemergian ayahanda zaza.. sahabat2 semua.. ingat lagi masa kalian datang mengunjungi arwah.. ader adik2 kat Uitm yang sanggup datang dari jauh dan hantar jenazah hingga ke kubur.. Sahabat2 IMAM (Arau) - k.ana, nadia dll.. Sahabat2 IMAN(Kedah) - Naimah (pandabulat), bob, naziah, habibah, dan ramai lagiii.. ana xtersebut nama antum semua.. semoga kalian diberkati Allah dunia dan akhirat..


al-fatihah untuk ayahanda..
al fatihah untuk mereka2 yang telah pergi dulu menunaikan janji mereka bertemu Allah..
al-fatihah untuk roh2 kita semua...


semoga mereka semua dirahmati Allah... ameennn...

2 comments:

ibu_Arifa said...

al-fatihah yer Zaza.. semoga rohnyer dicucuri rahmat dan tenang di sisi-Nya di sana.

zaza@mamaHanin said...

thanx min... sedih sgt bila kehilangan tempat bergantung...

Related Posts with Thumbnails