"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Thursday, February 11, 2010

Lasagna

salam 'alaik..

pekabar semua.. harap2 sehat la yer.. nk smbut 'raya' nih kan.. haa.. time2 cengginih la nk kena sehat sepenuhnya.. kenape??? haaa... sebab time nih la kita kena banyak habiskan masa ngan ahli keluarga tersayang.. dengan suami tercinta.. dan anak2 yang dikasihi.. jgn laks time2 nih ader laks yang 'tombang' sbb kesan bebanan keja kat opis.. hehehe.. tu bukan nasehatkan org lain tu.. nasihat utk diri sendiri...

hermm.. kali nih lambat upload resepi weekend lepas.. sibuk memanjang kan??? boring dah dengar kan..hehehe.. nk wat camner... gitu lah hidup.. lagik xpejam mata, kena wat keja utk teruskan kehidupan...

nih resepi dari sifu zaza (memang tabik springggg la!).. sapa g... kak Ummi Kuantan laa... pepagi buta dah tepon dia.. tanya camner nk wat lasagna nih.. lupa nk salin la kak ummi oiii.. mahap ler ye... btw.. tqsm yer... seb baik abg misai xmarah kaco 'mam' dia pepagi buto.. hehehe... zaza taw.. abg misai baik orgnya.. kan kak kan..kan..kan...???

haaa.. jom layan lasagna zaza kali nih.. pestime buat.. ok laa.. tp kalu tgk yg k.ummi wat lagi berselera... zaza wat sos dia pedas2 sket.. tu pasai merah2 tu... jom salin resepi.. k.ummi.. mohon kopipes na.. maleh nk salin laaa... mintak halal yer sis... muahhhhhsss!!!

Bahan-bahan:-
5-7 keping lasagna (akak guna jenama San Remo) - sama laa

#Bahan Sos tomato:-

2 ulas bawang putih-ketuk
1 ½ bawang besar -dipotong dadu ( 100 gram)
4 biji tomato ( 300 gram)dipotong dadu
100 gram tomato puree - zaza xletak, ganti ngan sos tomato
200 gram daging cincang
½ biji lobak merah-disagat halus
1 helai daun bay - x letak jugk, xde stok
1/2 sudu teh italian herbs - oregano pn ok kan?
½ sudu besar garam1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar gula

# Bahan Sos Putih:-

2 cawan susu segar
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar mentega
sedikit serbuk lada hitam

Untuk topping:-
Keju mozzarella secukupnya

Cara-cara:-Untuk sos tomato:-

1. Panaskan minyak.
2. Masukkan bawang putih,kemudian bawang besar.Biarkan sehingga layu.
3. Kemudian masukkan daging,biarkan sehingga ia menjadi putih dan masukkan tomato,tomato puree dan air.
4. Masukkan garam,gula,daun bay,serbuk lada hitam, italian herbs dan lobak merah. Kacau dan biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat. Keluarkan daun bay. Seimbangkan rasanya dan bolehlah ditutup.

Untuk sos putih:-
Masukkan susu segar,tepung gandum,mentega,serbuk lada hitam dan sedikit garam ke dalam periuk.kacau menggunakan whisker ballon.
Letakkan periuk ke atas api dan teruskan mengacau supaya ia tidak bergentel. Kacau sehingga kuahnya menjadi pekat.Kemudian tutup api.

Cara menyediakan:-
Ratakan sos tomato ke dalam sebuah bekas.
Susunkan sekeping lasagna ke atasnya.
Lapiskan dengan sos tomato, diikuti dengan sos putih. Kemudian susunkan lagi lasagna,sos tomato dan sos putih sehingga ke lapisan ke 5.
Taburkan keju mozzarella ke atasnya dan bakar dalam oven yang telah di panaskan, pada suhu 170 darjah.

TIPS KAK UMMI: # Kebanyakan lasagna yang dijual dilabelkan no pre-cooking required (tidak perlu direbus terlebih dahulu). Saya lebih suka rebus dahulu kepingan lasagna sebelum dilapiskan dengan sos kerana ia mengurangkan masa membakar. Selain itu ia memastikan tiada permukaan lasagna yang terkeras dan tidak masak. Jadi saya tidak perlu mencucuk lasagna dengan garfu untuk pastikan samada ia dah masak atau belum. Untuk merebus, pastikan lasagna direbus di dalam air mendidih yang banyak.Masukkan sedikit minyak ke dalam air rebusan dan jangan lupa untuk mengasing-asingkan kepingan lasagna sejurus selepas di angkat supaya ia tidak melekat antara satu sama lain. - (akak basahkan sedikit lasagna dengan merendam sebentar di dalam air panas)

5 comments:

ainul02 said...

nanti kak cik balik kak buat na..tp sedap ka??? awat x macam kat pizza hut pun..lain ja..x tebaiii..

ainul02 said...

kekeke...kritikan membina tuhh

Ummi said...

Salam Zaza,
Wah dah menjadi yaa..alahaii memuji sakan wat malu akak jek..xpalah, x tebal pun, akak pun camtu..tp mmg sedap kan..kalu nk tebal, kena cari caserol kecik je la, leh lapis byk2 sikit..xpa janji leh makan, lawo no. 2..hehe...Actually tips semua tu dari Zaliana - Journal Rasa yg akak ceduk dari resepinya...memang berguna tips tu kan..kredit gak tuk Zaliana..hehe

zaza@mamaHanin said...

ainul02:
mu nih la chik.. kalu x komplen mmg tak sah! xpa... balik dulu sini.. nanti kakak watkan kat cheq naa... yang paling best punyerrrrr!

zaza@mamaHanin said...

ummi:
a'aa la kak ummi.. at least bila org duk sembang pasai lasagna nih.. kita dah biasa cuba wat sendirik nyer.. hehehe.. lawa no 2, janji sedapp dulu... tq so much k.ummi.. muahhhh!

Related Posts with Thumbnails