"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Thursday, October 15, 2009

TERKINI TENTANG NUR FATIMAH

gambar dari sikidal.blogspot.com, -mohon copy ye akh nazri

semalam zaza sempat bersembang sendiri dengan Khadijah, ibu kepada Nur Fatimah.. mmg tabah.. dengar suaranya di hujung talian seperti tiada apa yang berlaku.. namun sebagai seorang ibu, zaza mmg tahu dalam hatinya PASTI ada rasa sedih yang menoreh. cuma ukiran SABAR dan REDHO pada Allah yang terpahat dalam hati membuatkan ibu muda itu tenang bila berdepan dengan panggilan sahabat2 yang bertanya khabar tentang puteri sulongnya itu.

tadi, zaza tetap bertanya khabar kerana setiap masa hati ini teringatkan anak kecil yang dilingkari wayar2 itu.

"salam, dijah..pkbr? fatimah mcm mana arini? ada perkembangan +ve tak? zaza n kwn2 blog doakan yang terbaik buat nur fatimah, insyaallah..
- zaza, png "
15 okt 09, 10.29 pagi

" stakat ni baby smakin lemah n kritikal. tlg doa, jazakumullah." - Dijah
15 okt 09, 14.46pm

Ya Allah... Ayuhlah kawan2 sekalian... panjatkan doa pada yang MAHA PEMBERI.. tak sanggup rasanya zaza membalas mesej itu.. berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul...
Allahuakbarr!!!

1 comment:

ummi muiz said...

Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah kekuatan kepada anak ini agar dapat terus bertahan dengan ujianMU..aminnn

Related Posts with Thumbnails