"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Thursday, October 15, 2009

NASI TOMATO LAGI...


makcik2..pakcik2..adik2..kakak2...sila oii..silaa...
hehehe.. arinih nk layan nasi tomato laks.. request from my 'teddy bear' yg cumill kat umah nu ha.. ntah apa hal laa cik abang zaza nih tringin nk makan yg spesel2 katanya.. nk makan nasi tomato ayaq tangan bini dia.. mcm la sblm nih tak pernah dimasak oleh bini dia nih kan.. heheh..
tak pe bang.. utk abang.. apaaaa jaaa akan iza buatkan.. jgn mintak telinga kanggaroo goreng dah na.. hehe.. nasi nih zaza masak terlebih ayaq.. lembik sket.. ntah duk berangan apa laa time nih..lagipun zaza guna beras biasa, bukan basmati. then, zaza guna tomato yang dipotong dadu 4-5 biji sbg rempah dia... mmg ader kelaianan.. ader gak org guna tomato puree kan.. sedapp gak tu..

ok.. nih plak guu (pasangan) dia laa.. ayam masak merah Awesome.. hehehe.. peberet somiku nih..jgn korang taktaw!.. buat banyak mana pun pasti licin.. pasnih pakat2 try la noo.. nk jamu suami ker, mertua ker.. haaa... baru org cayanggg...

Nasi tomato

4 pot beras (basuh dan toskan)
2 sb mentega
2 sb minyak sapi
Rempah 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
2 helai daun pandan
3 sb sos tomato
4 biji tomato dicincang halus
½ tin susu cair
Air secukupnya
Sedikit buah kismis

Cara2nya:


1. panaskan mentega dan minyak sapi dalam periuk. (guna periuk rice cooker terus pn tak per)
2. tumiskan 4 sekawan, bawang besar dan daun pandan sehingga wangi.
3. masukkan sos tomato dan tomato cincang, gaul rata dan tggu hingga sekejap.
4. apabila pecah minyak, masukkan susu cair dan air mengikut sukatan,(air kena pandai agak takut lembik plak nanti, kalau kurang mentah pulak kang).
5. kacau lagi, kemudian masukkan buah kismis dan beras. Kacau sekita.
6. angkat periuk dan masak dlm rice cooker mcm biasa.

Tips: pernah sekali zaza masak dlm rice cooker mcm biasa, tapi mentah sikit. Then zaza alihkan semula periuk ke dapur biasa, masak dengan api perlahan..pastu ok jer.. enjoy makan tak hengat dunia.. muahahaha.. (mcm mana laaa nk kurus neh! Eish3x…)


AYAM MASAK AWESOME

½ ekor ayam – dibersihkan dan dipotong kecil, goreng sekejap dgn garam dan kunyit tp jgn sampai garing
4 sudu minyak masak
Rempah 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
2 helai daun pandan
1 btg serai - dipotong 3
1 biji bawang besar * * kisar hingga halus
1inci kunyit hidup *
2 inci lengkuas *
2 ulas bawang putih *
5 ulas bawang merah *
2 inci halia *
2-3 senduk cili kisar – zaza guna cili boh jer
2 keping asam gelugor/ asam keping
¼ cawan susu cair – boleh tambah kalu suka
Garam dan gula secukup rasa (zaza gntikan gula dengan gula melaka 2 ketul)
Sedikit air

Cara2nya:


1. panaskan minyak dalam kuali. (guna minyak yang goreng ayam tadi)
2. tumiskan rempah 4 sekawan, daun pandan dan serai hingga wangi.
3. masukkan bahan kisar. Kacau hingga mendidih masukkan pula cili kisar dan asam keping..
4. masukkan susu cair, masak dgn api perlahan hingga pecah minyak.
5. masukkan sedikit air, gula dan garam secukup rasa.
6. bila mendidih masukkan ayam yg digoreng tadi.
6. biar seketika hgga ayam masak dan kuah agak pekat, tutup api dan taburkan bawang besar yang dipotong bulat setebal ½ cm sbg hiasan.
7. sedia utk dihidangkan.

2 comments:

Najibah Mustaffa said...

Zaza,

Nak resepi!! =)

zaza@mamaHanin said...

selamat mencuba yer jibah... :)

Related Posts with Thumbnails