"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Wednesday, October 14, 2009

Doakan Nur Fatimah


Nur Fatimah (gmbar dari blog Khadijah)

kasih ayahanda pada Nur Fatimah (gmbar dari blog Khadijah)


Keluarga Bahagia (gmbar dari blog Khadijah)

salam semua..

tatkala menaip entri nih, tak tahu lah nk gambarkan perasaan zaza waktu ini.. masa rehat tadi sempat zaza singgah blog kawan2 blog, dan one of them adalah sahabat zaza Najibah. Entri tu sungguh membuatkan hati zaza mcm nak terjatuh krn terkejut dgn apa yg berlaku pada Nur Fatimah bt Muhammad Ramadhan Fitri (3 Bulan) anak kepada Khadijah, sahabat NISA' zaza masa di KL. Nur Fatimah sekarang berada di ICU Hospital Putrajaya dan bernafas melalui bantuan mesin pernafasan akibat pendarahan dalam otak. zaza tak dapat nak hubungi Khadijah sendiri tetapi sempat berbual dengan kak Mastura ex-Ketua NISA M'sia. khabarnya Nur Fatimah terjatuh di nurseri (tak pasti sama ada jatuh sendiri atau kecuaian pengasuh). pihak nurseri tidak memaklumkan apa2 pada ibu bapa Nur Fatimah. Perkara ini disedari apabila Nur Fatimah sering menangis tanpa henti. Apabila di bawa ke hospital, doktor mendapati yang terdapat 2-3 tanda di dalam kepala Nur Fatimah dan ini disyaki yang Nur Fatimah telah terjatuh. selepas daripada itu, Nur Fatimah telah koma sehingga sekarang.

Ya Allah.. bayangkan baby seusia itu menanggung semua ini.. memang betul semua Takdir Allah, kecuaian seperti ini tidak boleh dipandang sebelah mata. Doktor sendiri menasihatkan ibu bapa Nur Fatimah agar membuat laporan polis atas kecuaian mereka ketika menjaga amanah orang...
ketika bercakap melalui telefon dengan kak mas, hati nih dah tak tertahan rasanya menahan sebak.. zaza menangis.. sedih mengingatkan UJIAN pada sahabat zaza Khadijah sekeluarga dan bersyukur sebab dah setahun Hanin kat nurseri Allah lindunginya dari bencana seperti ini.. Alahmadulillah.. Syukurrrr padaMU ya ALLAH... Kau permudahkanlah juga UJIANMU ini agar derita Nur Fatimah berakhir dan kembali CERIA bersama mama dan babanya..

ini kata2 Khadijah yang zaza copy dari blog Najibah ketika mereka berbual di talian..
(mohon ye jibah)

" Hantar anak ke nurseri ke, pengasuh ke, atau dalam jagaan sendiri..musibah tetap boleh berlaku kalau Allah dah tetapkan. Yang penting, tawakkal kena tinggi pada Allah..hantar ke rumah pengasuh pun, yang 'jaga' dia adalah Allah.."

Ya Allah, memang cekal betul hati mereka2 yang beriman dan mengingati ALLAH... Doa, Redha dan Tawakkal..

wallahu'alam..

7 comments:

my little family / kaftanbatik said...

sedihnya bc....menitik air mata ni. klu kn kat ANis xtau la mcmana akak nk lalui.. semoga baby Nur Fatimah cepat sembuh. Aminnn

ZATIL AZYYATI MUSTAPHA said...

salam..ada dengar juga berita ni semalam.

semoga Allah mengurniakan kesabaran yang tinggi buat mereka.

Ummi Eisya&Amani said...

Ya Allah..sedihnya baca ni..betapa khatijah ni redha dengan ujian Allah..Moga Allah selamatkan Nur Fatimah..amin

ibu_Arifa said...

salam zaza,,,sedih nyer dgn apa yg telah terjadi pd baby Nur Fatimah ni..moga baby ni cepat sembuh yer..bukan senang nak mengandungkan dan melahirkan seseorg anak/baby...

Ya Allah..tabahkanlah keluarga Nur Fatimah ni..kuatkan lah baby ini..

zaza@mamaHanin said...

my little family:
mmg sedih kak, imagine, baru 3 bln bersama mama dan baba dia, tetiba camtu lak jadinya.. Allah Maha Kaya.. dia dah aturkan semuanya.. kalu ingatkan nur fatimah, zaza mmg nangis.. dalam solat doakanlah dia.. keisann kak...

zatil:
yer zatil.. akak baru taw jer semalam, tapi nur fatimah dah kat hospital dekat seminggu dah.. doakan fatimah yer...

mrs adz:
khadijah mmg tinggi nilai agama dalam diri.. kalu mrs adz jumpa ngan dia, mesti suka nk berborak dgn dia.. tu lah janji Allah, dia bagi Ujian pada yang selayaknya.. mgkin sbg kredit utk menambahkan lagi nilai iman di dada.. wwallahu'alam.. doakan fatimah juga yer..

ibu arifa:
salam, thanx min.. doakan fatimah, juga ibu bapanya.. baru sgt khadijah melihat dunia nih. kesian dia..

Najibah Mustaffa said...

Saya setiap detik teringatkan NurFatimah. Hebatnya ujian buat Us. Ramadhan dan Khadijah. Sehebat peribadi mereka yg mulia.

Semoga Allah sembuhkan permata hati mama dan baba ni.

** Rasa nak menangis.

NM said...

siannya..aduis...zaza, boleh bagitau taska mana ni? sbb anak sya kt taska putrajaya gak ni..boleh inform kt kwn2 yg anta anak kt taska sini spy beware sket..

Related Posts with Thumbnails