"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Friday, August 14, 2009

Ayam Masak Merah Awesome



resepi kali nih dibuat atas request from my hubby.. tetiba plak dia nk makan masak merah ayam.. bukan per, bebaru nih ader org bagi nasi kenduri, so..dok makan tu dia rasa tak lengkap kalu takdak masak merah ayam.. so nk bagi kena dgn selera dia, dia mintak mH sediakan menu nih..
kenapa namanya cenggitu ek?? Ayam Masak Merah Awesome.. haa.. al kisahnya mH main campak2 jer based on resepi asas ayam masak merah dan stock yg available dlm freg.. menjadik laa jugak.. bila suami pulang umah, dia bukak periuk jer... "waaahhh... best.. awesome..".. asik duk ulang "AWESOME" tu sampai la masak merah ayam nih masuk dalam mulut.. hehehe.. sedap sungguh la kot no.. jom salin resepi kat bawah na... selamat mencuba!



bahan2:
ayam 1/2 ekor - digoreng dgn garam n kunyit (jgn sampai garing)
2 senduk cili kisar - mH guna ciliboh ajer
1 biji bawang besar* (*dikisar)
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
2cm lengkuas*
3cm halia*
3cm kunyit hidup*
100ml santan - buleh kurangkan jika mahu (mH guna santan kotak jer)
2 biji buah keras - dihiris halus
2 keping gula kabung
2 keping asam gelugor
garam secukup rasa
air secukupnya
minyak utk menumis

Bahan Tumis:
5 kelopak bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
serai 2 batang - dititik

Cara2:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar dan tunggu hingga mendidih dan naik wangi. Masukkan pula cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan santan dan sedikit air, tunggu hingga mendidih. Masukkan ayam, buah keras, gula kabung, garam secukup rasa dan asam gelugor.
4. Masak sehingga ayam empuk sepenuhnya. sedia utk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails