"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Thursday, July 30, 2009

DAGING REMPAH LADA SEMANGGOL



Salam...
Hari nih mH nk share resepi utk berbuka bersama family ptg nanti.. duk belek2 majalah RASA tahun lepas kat opis tadi, trus rasa tringin nk buat masakan mcm kt atas nih...nih buat masa rehat luch tadi.. insyaallah sodap kut noo....(takleh rasa, maklum la..puase..)

Resepi asal dari Majalah RASA Julai 2008

Bahan-bahan:
500g daging (dihiris nipis)
10 biji bawang merah* *bahan-bahan ini dikisar
5 cm halia*
2.5 cm lengkuas*
5 sudu mkn rempah kari daging (dibancuh dengan air) - mH guna 1 paket kecil rempah kari daging Baba's
5 sudu makan sos tiram
5 sudu teh lada hitam # #digoreng dan dikisar - mH letak 3 sudu kecil jer
5 sudu teh jintan manis # - pun sama, mH letak 3sk
5 sudu teh rempah biji # - tak letak sbb xder dlm stok
250ml jus asam jawa - agak2 / sesedap rasa
3 biji bawang besar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 sudu makan kicap pekat
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya

Cara-cara:

1. Daging diperap dengan bahan kisar, kicap dan sos tiram seketika.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
3. Kemudian masukkan daging yang diperap dan rempah daging. Kacau rata sehingga mendidih dan pecah minyak.
4. Kemudian masukkan jus asam jawa, gula dan garam secukupnya. Kacau rata sehingga daging empuk.
5. Sedia utk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails