dalam situasi mH sekarang, mH akan pilih SUAMI... why??? sebab Allah dah letak HUKUM, emak dah DIDIK supaya patuh pada HUKUM... HUKUM itu tertulis yang syurga bagi seorang isteri adalah dibawah tapak kaki suaminya.. selagi suami mH tak memaksa atau melakukan perkara-perkara membelakangkan HUKUM, mH akan patuh dan sayanginya seperti emak mH yang menyayangi ayah mH walau dalam apa jua keadaan. semoga peribadi emak mH terukir dalam diri mH yang hina ini.
gambo nih masa 32 hari dalam pantang
Untuk suamiku tersayang... semoga bahtera yang kita bina diberkati dan dirahmati Allah selalu. Teruslah mendidik diri ini dengan kesabaran dan kematanganmu agar diri ini terbentuk dan tidak patah kerana aku dijadikan daripada tulang rusukmu yang rapuh...
nih masa maktok datang tengok hanin -Nov 2008
Kepada Emak yang dirindui selalu, segala jasamu ku sanjung tinggi...selalulah berdoa agar anakmu ini menjadi isteri yang solehah sebagaimana terdidiknya dirimu dengan kesabaran dalam melalui liku-liku dalam rumahtangga dan kehidupan. Ya Allah,hadiahkanlah ibu yang melahirkanku kebahagiaan dunia dan akhirat sekiranya diri ini berjaya menjadi hamba yang TAAT kepada PERINTAH-PERINTAH-MU... insyaAllah... ameen...
No comments:
Post a Comment