"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Friday, December 12, 2008

Ayam Masak Kuzi & Nasi Beriyani




Nasi Beriyani:
1 bungkus perencah nasi beriyani (nak cap apa pun boleh)
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
(Kuantiti ketiga-tiga di atas mengikut citarasa)
Sedikit Gee untuk menumis
Bawang besar dipotong nipis
Lobak merah dipotong kecil panjang 1 inci.
Kismis (ikut citarasa)
Beras yang sudah dibasuh dan ditoskan.
Cara-cara:
Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bawang. Apabila dah naik bau, masukkan perencah nasi beriyani, tambah air ikut sukatan, tambah garam (jika perlu sahaja). Apabila dah naik bau masukkan lobak merah dan beras, tunggu hingga masak.
Ayam Masak Kuzi
Bahan A (dimesin sekali)
4 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
2 biji bawang besar
Jintan Manis
Jintan Putih
Cili Hijau/ Cabai melaka 3 biji
Bahan B (ditumis)
2 biji bawang besar (dimayang halus)
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Buah Pelaga
Gee untuk menumis
Tomato Puree (ikut citarasa)
Rempah Kuzi (senang didapati di kelantan, kalau tak dak boleh ganti dengan rempah beriyani)
Sedikit Gajus
1/2 tin susu cair
1/2 ekor ayam yang dibersihkan
Garam & Gula mengikut citarasa
2 biji ubi Kentang dipotong dadu (ikut suka nak masukkan atau tak)
Cara Memasak:
Tumis bahan B. Apabila naik bau masukkan bahan A. Masukkan pulak rempah kuzi/ rempah beriyani dan tomato puree. tunggu hingga pecah minyak dan naik bau. masak dengan api yang perlahan. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa. Masukkan susu cair, bila mendidih masukkan ayam dan gajus. Tunggu hingga masak. Lepas tu bolehlah dihidangkan untuk keluarga...
mH baru try sekali, babaHanin kata sedap.. cubalah! mana tau menu anda lebih sedap daripada menu mH... kalu lebih sedap nanti kongsikan menu terbaru k... selamat mencuba....


No comments:

Related Posts with Thumbnails