Tuesday, September 28, 2010
*Roti Burger Poket*
salam...
eish.. pestime wat roti cengginih... masa jejalan kat umah Ijan Blogresepi nampak dia wat Roti Burger Poket nih.. maklumlah, makyung g jejalan kat obersea sana time tengah posa 6, kecur jer air liur nih nengoknyer.. balik dari opis petang tu jugak zaza g carik roti burger.. bahan2 yang lain sume dah ader dalam dapur kecilku.. huhuhu.. sungguh teruja!
senanggggg sangattt3x...
sapa xcuba rugi.. sebab bukan senang ajer tp sodap jugee.. en hubby macam pelik jer masa tgk zaza hidangkan dalam pinggan, maklumlah.. tak pernah tgk jual dikedai.. tetiba bini balik masak gitu ghupa.. hehehe.. tapi habis tetap habis taw!.. uhukkk..uhukk.. uhukk... jom tengok resepi... ntah lah resepi asal dari sapa.. tp zaza dapat dari blog mummy comel Ijan tu ha.. katanya kat blog Kak Nor, CMG dan Mama Gerau pun ada.. :)
Resipi : Roti Burger Poket
(resepi kopipes dari blog Ijan yer.. halal yer Ijan.. ngeee :P)
Bahan:
Roti beger (zaza guna 2 biji ajer, bila dibelah dpt 8 bhgian)
Sardin satu tin kecil
Bawang merah satu labu (dimayang)
Cili hidup merah sebiji (hiris nipis)
lada hitam serbuk (yang kasar-kasar tu…)
mayonis sikit
3 biji telur dipukul
minyak untuk menumis
Cara buat inti:
1. tumis sardin yang telah dilenyek, bawang dan cili dengan lada hitam serbuk
2. bila dah sejuk lumur dengan mayonis…
3. Roti beger dibelah dua (zaza belah 4) …bior jadi tiga segi gitew.
4. Buat kocek tengah-tengah (zaza belah 2 tingkat, maklumla.. nak rasa inti lebih) , masukkan intinya…
5. Last sekali, celup hujung poket yang terbukak tu dengan telur dan tekapkan dekat kuali yang telah diletak sedikit minyak…
6. celup ujung je dengan telur dan goreng pun tekan-tekan sikit jer kat kuali supaya tak serap minyak…(kata Ijan, kak gerau guna penyepit makanan untuk sepit roti tu dan terus goreng satu-satu guna penyepit tu…bila dah tertutup poket boleh angkat..
Monday, September 27, 2010
*Kek Coklat Kukus*
Salam..
ini projek ujung minggu baru2 nih.. bangun pagi ajer tekak terasa nk makan kek coklat.. aritu dah skodeng kat dapur k.ummi kuantan dan CMG, tapi kek coklat tu masih blom bley dilaksanakan sbb xcukup bahannya.. so zaza bukak la ‘kitab resepi’ yang zaza salin dari MyR dan otai2 lain.. and.. zaza jumpa laaa rsepi yang veryyyyy the simpleeeee one and niceeeee.. semua bahan2 ader dlm stok.. apa lagi.. proses jer laaa…
Bahan2: (anggaran 10 orang makan)
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil Soda bikarbonat
Bahan B
1 cawan minyak masak
1 cawan gula – zaza letak ½ cawan ajer..
2 biji telur – zaza guna telur gred B, so zaza masukkan 3 biji
(petua buat kek kena guna telur ayam gred A yg mempunyai
kandungan air yang tinggi)
Sedikit esen vanilla
Bahan C
1 cawan susu pekat
1 cawan air masak
Cara2:
1. Panaskan pengukus.
2. Ayak bahan A.
3. Blender Bahan B.
4. Satukan Bahan A dan B ke dalam Bahan C. Kemudian kacau sebati.
5. Masukkan ke dalam Loyang kek dan kukus selama 1-2 jam.
(pengukus zaza 1jam 15 minit ajer).
6. Haaa.. apa tunggu lagi.. sejukkan dan potong lah utk dingappp… ehehehe.. senang kan??
*Sizzling Mee*
salam di pagi Senin yah...
SIZZLING YEE MEE by Lilydvalley MyR
Cara2:
1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
Friday, September 24, 2010
Bihun Singapore
alahai kawan-kawan.. nak makan bihun singapore? xpayah nak terbang sampai sana yer.. kat mesia pun banyak.. lagi sodap agaknya dari resepi deorang di sana.. hik3.. xderlah.. kalu dari Singapore sendirik, tentu ada special recipe yang membuatkan 'Bihun Singapore' tu laris di Malaysia.. :)
nih N3 yang dah basi yer.. zaza buat masa raya ke-4 lalu kalu xsalah.. meraikan saudara sebelah suami.. buat ringkas2 ajer.. makyung dah tak larat.. huhuhu.. very simple dimple menu.. habissshhhh... alhamdulillah...
Bahan-bahan:
2 bungkus mee hoon – direndam sekejap sampai lembut
1 biji bawang besar – dipotong dadu
Minyak untuk menumis
1 Batang lobak merah - dipotong memanjang
Sedikit Daun Sup (untuk hiasan)
4-5 sb sos tiram
Bahan A
Serbuk lada hitam (kasar)
Isi Daging / ayam
Fish Ball / Fish Cake
1 biji tomato – dibelah 6
Garam dan Gula secukup rasa
Bahan Mesin:
3-4 batang cili padi (mengikut selera masing2)
2 ulas bawang putih
2 sb bawang goreng (untuk mewangikan masakan)
½ cm belacan (mengikut selera, xnak letak pun xpa)
½ cawan air
Cara-cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis bawang besar.
2. Masukkan bahan mesin dan goreng dengan api sederhana.
3. Setelah mendidih, masukkan Sos tiram. Jika agak pekat boleh tambah sedikit air.
4. Tunggu mendidih sekejap, kemudian masukkan bahan A. Masak dengan api sederhana.
5. Apabila ayam/daging telah lembut dan empuk, masukkan pula bihun dan lobak merah. Kacau sampai bihun masak dan lembut.
6. Angkat dan hiaskan dengan potongan daun sup. Sedia untuk dihidangkan. Boleh jugak dimakan bersama sambal kicap.
Thursday, September 23, 2010
*Spicy Hot Dog*
salam...
lama terpaksa menyepi.. dek kesibukan menyambut aidilfitri di rumah dan di ofis.. tak terkata lagi dah melantak musim raya nih.. jarum penimbang duk pusing sebelah kanan ajer.. xmo nak pusing sebelah kiri lagi dah.. huhuhu.. siap badan la g check-up kat klinik nanti... mau taknya.. da dekat 2 kg naik nih.. adusss...
walaupun pemberat merajuk xmo 'u-turn'.. agenda kat dapur harus diteruskan jugak.. kali nih wat menu ringkas.. xtahulah pulak berapa kalorinya.. yang penting perut mr hubby dan anak berlapik.. hikhikhik...
sonang baitu sgt2.. semua beli yang sedia untuk dimasak.. daging hotdog zaza masak ikut selera hubby yang mmg sukakan pedas.. so selain letak perasa maggie,zaza letak lada n oregano sket.. kasi bau menyentap gitu.. then makan bersama salad, tomato, bawang dan kubis (yang comel2 tu, xtahu nama apa). paipkan sos dan mayonis mengikut selera.. daaa siappp... sedia untuk dinikmati.. :)
psstt: kalu buat sendirik, lebih untung dari beli kat kedai haa.. selain boleh ikut selera tekak sendiri, da jimat banyak taw.. kalu beli kat burger stall maunya RM3.00 nih..
Wednesday, September 15, 2010
Salam Aidil Fitri
Tuesday, September 7, 2010
Nasi Daging Imaan
Salam..
wahhh.. dah dekat seminggu terdiam kerana gara2 en Nikon wat hal.. huhuhu.. xpa..xpa.. kampoi balik hat mana sempat..
jom layan Nasi Daging Imaan..
~maaf yer, gambo blur2 sket, En Nikon sakit tenat dah~
Wednesday, September 1, 2010
Happy Birthday Sweet 2..
1.9.2010 genab la hari jadi hanin yang ke-2 (menurut kiraan tahun masihi).. kalu tahun hijrah Hanin dah pun masuk 2 tahun mcm coretan zaza yang lalu..
Macam biasa.. buat anakanda montel mama sorang nih.. doa mama dan baba agar Hanin dapat menjadi anak yang solehah dan taat pada perintah Allah dan taat ibu bapa.. Menjadi penyeri hidup mama dan baba, dimurahkan rezki selalu.. muahhhsss..
**tak lama lagi Hanin dah nak jadi kakak, jadi kena selalu dengar cakap mama tau.. jgn nakal2.. jgn kuat nangis kalu mama lambat buatkan susu k.. hehehe..
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri (pasangan) dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
ameennn...Nota: Happy Birthday jugak untuk anakanda Mikael (putera sulong Ijan).. birthdate Mikael dan Hanin sama, cuma beza tahun ajer.. :)