"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Wednesday, June 30, 2010

Knowledge : Alahan


kredit : Mr Google


Pagi semalam, seperti biasa zaza akan layan rancangan favourite zaza Tanyalah Ustaz di TV9-Dekat Di Hati.. sambil iron baju untuk suami dan diri sendiri, sambil tu zaza duk dengar pengisian2 yang diberi oleh ustaz. Semalam punyer tajuk mmg best, "Taat Ibu Bapa".. mmg tak leh nak nafi lah kan, mmg tajuk tu selalu sangat kita dengar dan selalu jugak kita lupa.. kan? Ngeee :)

Ok.. here zaza bukan nk highlight citer/ intipati yang ustaz tu dah ulas, tapi nk share ttg beberapa point yang zaza mmg sangat tertarik, dalam keadaan zaza skrg yang sedang membawa "cinta baru" keluarga kami.. mmg zaza lalui saat2 nih..

Alahan..

mmg tak tahan sebenarnya, tetapi selagi buleh ditahan dan disimpan, I’ll keep it as a beautiful moment in my experience ngandungkan anak kami yang ini.. dah hampir 3 bulan dapur tak berasap, nasib baik la suami amat memahami, dia pejamkan mata jer beli kat luar (walaupun dlm hati dia mmg tak suka makan makanan kat luar) memandangkan isterinya gitu ghupa.. lembikkkk..

This time, zaza tak jadi morning sickness, tapi ‘evening sickness’ .. ntah ler ader ke idak nama tuh, tapi yang zaza perasan, masuk jer jam 5.00 petang ke atas, zaza dah lembik, muntah.. muntah.. dan terus muntah.. bermula dari 4 weeks until 12 weeks… now dah nk masuk 15 weeks, alahamdulillah, dah buleh masak sket2, but still memilih dalam menu harian.. huhuhu.. layan jer lah ek..

Did U know Guys?

Sebenarnya, dalam satu jurnal yang dihasilkan oleh seorang professor di luar Negara (xingat namanya), hasil kajian beliau menunjukkan wanita yang mengalami alahan yang teruk itu sebenarnya menunjukkan anak di dalam kandungan membesar dengan sihat dan risiko untuk anak tersebut mendapat penyakit jantung adalah rendah. Dan anak itu adalah anak yang aktif dan cerdik apabila dia besar kelak. Subhanallah.. Allah Maha Kaya.. Maha Pencipta.. Maha Pengasih.. Maha Penyayang.. apabila diberi kesukaran ibu itu mengandung dengan alahan yang teruk, namun Dia akan gantikan pula dengan anak yang berkualiti di alam dunia nanti..

kesimpulannya, lagi anda alah, lagi baik sebenarnya..

Alahan ini juga terjadi disebabkan pusingan hormone (estrogen kot) dalam badan untuk support baby dalam rahim. Sebab tu, ramai wanita hamil mengalami alahan pada usia kandungan 3 bulan pertama. Ini kerana baby takder support dari uri lagi untuk salurkan zat dan makanan kerana uri terbentuk dan melekat di dinding rahim pada usia kandungan 11-12 minggu. So, the baby akan fully bergantung pada hormone wanita itu sendiri untuk terus membesar.

Kalu u all perasan, most of us kalu dah masuk 4 bulan dah ok sket, dah lalu makan silap2 ngidam macam2 lagik kan? Haa.. so, jgn mengalah dengan alahan nih k, hadirnya (alahan) bukan sahaja menambahkan pahala (sebab SABARRRRR) malahan juga memberi kesan positif pada baby.

Just want to share, masa zaza miscarriage dulu, zaza mmg xalah sangat, rasa alahan tu ada, tapi lightly ia hilang, and suddenly bleeding dan seterusnyaa.. gugur.. zaza ader refer ngan pakar, kenapa buleh terjadinya keguguran nih, and he said salah satu punca keguguran nih (selain dari salah makan or buat kerja2 berat) adalah kekurangan hormone utk support baby (betul jugak.. hormone kurang = kurang alahan = not gud for baby). And most of women yang pernah miscarriage, once they know about their next pregnancy, the doctor akan bagi injection (hormon) untuk kuatkan rahim, and bagi ubat tertentu agar rahim terus boleh support baby.

So.. u guys should be proud sebab Allah bagi ‘ALAHAN’ untuk anda laluinya kerana Allah Ya Rahman Ya Rahim akan gantikan u all a healthy baby in ur womb.. :)


psstt : bukankah Wanita ini Allah bagi banyak kelebihan berbanding lelaki.. ?

Tuesday, June 29, 2010

Knowledge : Blighted Ovum

kredit : google

Salam..

Anak adalah anugerah dari Allah yang tidak ternilai.. kehadirannya adalah penyeri di dalam setiap rumahtangga. Zaza terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu tentang ilmu kehamilan ni bila singgah di rakan blogger baru zaza sekejap tadi, Anis. Bukan sebab g belaja, tapi sebab dah melalui proses/ pengalaman baru yang mungkin tak ramai yang tahu.

Beliau baru saja kehilangan kandungan kedua beliau pertengahan Jun yang lalu. Bagi sesetengah orang, mengalami keguguran mungkin satu perkara biasa, tetapi bagi yang memang berkehendak dengannya pasti ia suatu perkara yang amat memilukan.

Zaza telah mengalami 2 kali keguguran yang mana kali pertama, zaza terpaksa melalui proses DnC manakala keguguran kedua – Blighted Ovum- (yang jarang2 kita dengari) , zaza tak perlu lalui proses DnC tersebut, it comes out naturally like monthly period (but in different quantity).

Zaza sedih sangat.. but itulah.. bak kata mak zaza, tu sume bukan hak kita.. takder satu pun kat dunia nih hak kita.. kita ajer duk syok sendiri konon2 kita ader itu.. dan ini.. Allah pinjamkan sume itu kerana dia Kasihkan kita.. kalu Dia ambil pun, Dia akan ganti.. lagipun yang diambil pun HAK-NYA.. bukan hak kita.. Ya Allah, terima kasih kerana kurniakan ibu yang begitu Redho terhadap ujian2 untuknya dan anak2nya..

BLIGHTED OVUM..

Ia dikenali sebagai “anembryonic Pregnancy”, berlaku ketika persenyawaan berlaku di dalam rahim dan membentuk karung (sac), tetapi proses perkembangan embrio tidak berlaku. Blighted Ovum biasanya terjadi pada kandungan trimester pertama dan mgkin ketika wanita itu sendiri belum menyedari bahawa dirinya hamil. Keguguran secara natural/ semulajadi akan berlaku sekiranya abnormality kromosom berlaku pada kadar yang tinggi.

Bagaimana ingin mengesan sekiranya ia (Blighted Ovum) terjadi pada kita?

Ia biasanya terjadi pada kandungan yang terlalu awal. Seseorang wanita akan mengalami tanda2 hamil seperti biasa like alahan, lewat period dan positif ujian kehamilan. Namun, mereka kekadang akan didekati oleh gangguan2 kecil seperti rasa kejang perut atau bleeding. Ini kerana, tindakan kimia dalam badan yang akan menolak ovum itu keluar seperti period namun kuantitinya agak banyak dari biasa.
Namun kebanyakkan wanita jarang/lambat menyedari hakikat ini kerana kadar hormone (hCG) dalam badan mereka masih ada. Karung akan membesar tanpa embrio di dalamnya (for a short time) dan ini akan supported by hormone2 tadi. Masa nih mmg wanita akan rasakan yang kandungan masih ada dan selamat sehinggalah ujian ultrasound/ scanning test dibuat. Masa nih keputusan akan menunjukkan karung itu membesar tetapi kosong atau rahim itu sendiri yang kosong.

Punca2 Blighted Ovum?

Pakar ada bagitahu zaza, semua wanita hamil adalah terdedah kepada 70% risiko keguguran dan kes Blighted Ovum ini pula terjadi adalah disebabkan masalah pembentukan kromosom. Kegagalan ini mungkin disebabkan abnormality pembahagian sel atau telur or sperma yang kurang berkualiti.

Perlukah DnC atau Tunggu Ianya Gugur Secara Natural?

Ia bergantung kepada individu itu sendiri. Kebanyakkan doctor tak recommend DnC sebab tisu2 itu terlalu halus dan kecil berbanding dengan prosedur DnC yang biasanya berhadapan dengan risiko tertentu. Berbincanglah dengan doctor anda.

Bolehkah ia dicegah?

Wallahu’alam.. setakat sekarang, banyak kajian mengatakan ia tidak boleh dicegah! Seeloknya pasangan membuat peperiksaan genetic sekiranya kehilangan kandungan pada trimester pertama terjadi berulangkali. Biasanya doctor akan menasihati pasangan agar tunggu 1-3 bulan regular menstrual cycles utk kandungan berikutnya.


more info @ google..

Monday, June 28, 2010

Suspen Jer...

salam..
suspen betul dengan gambar nih.. kan? masa nih zaza otw nk ke butik avon kat alor star. adik yang drive keta, suddenly sampai kat traffic light, kami tgk ader org terdampar cengginih.. adeii.. ingatkan accident dek langgar larii.. ghupa2nyaaaaa...

... hamba Allah yang xbrapa nk ok laa.. kesian dia..

kerana masalah mental, otaknya mmg tak buleh nk tafsir rasa lagi dah.. panas terik membakar badan ker.. malu dek kerana org duk tgk dia ker.. even dia tido kat tepi jalan raya camnih dan buleh membahayakan nyawa dia pun dia tak taw...
walaupun dia macam tu, dia tetap hamba Allah.. semoga dia dilindungi-Nya..

Hanin @ Water Day

last thursday, Sekolah hanin wat Water Day or Hari Bermain Air.. mmg syok la anak dara zaza nih kalu dapat berendam dalam air.. weekend sebelum tu pun kami dah p berendam kat air terjun Tupah, kat Merbok.. mmg syok betul dia..
sempena hari bermain air nih, kanak2 akan diajar cara gosok gigi dan pelbagai aktiviti lain yang melibatkan air.. mama dia yang teruja lak.. yer laa.. mcm best jer aktiviti2 deorg wat tu.. teacher Hanin siap pesan soh bawak swimming suit.. unfortunately, zaza mmg xbelikan (mmg xmo dia pakai mcm tu) langsung utk dia.. so, pakai lah pakaian biasa aja.. hehehe..

little Chef adalah aktiviti utk kanak2 3 tahun


haaa.. tgk.. bnyak swan tu. kalu zaza pun tringin nk main camneh!

haaa.. sblm pape kena gosok gigi dulu taw sayang.. mcm mama selalu nyanyikan tu...
bangun pagi.. gosok gigi.. cuci muka.. pakai baju.. makan roti.. minum susu.. saya mahu.. pergi sekolah.. haaa... pandai pun anak mama...


waaa... besy nyerrr....

belajar siram pokok bunga pulakkk yer.. air pasang dalam surut pukul lima.. nyonya bangun pagi siram pokok bunga.. pokok bunga melur tanam tepi kolam, itik bertelur ayam mengeram... lalalalalala....

eishhh.. nmpak sgt rambut anak mama dah panjang.. siap la ujung minggu neh..

eating time... dah penat main air laa tuh...

hanin mmg suka tiup bubble neh! kat umah sampai kena sembunyi...

haaa.. nih sukee sgt mesti dah berjaya tiup bubble tu banyak2..

hanin with harith.. her best friend kat skul..

Monday, June 21, 2010

Mereka di Hati Ini...

Hari Bapa datang lagii...

Kami hanya empat beradik... semuanya perempuan... alhamdulillah..
walaupun xder gen 'X' dalam senarai anak-anaknya.. dia tetap gembira.. mengajar anak2nya berdikari.. pernah sekali zaza diajar untuk tukar tayar kereta.. menitis peluh dan air mata.. rasa mcm dibuli.. tp kerana itu zaza ada pengalaman tukar tayar kereta.. tahu apa yang patut dibuat kalu tayar kereta pancit lagii..

sejak sekolah lagi, dia hanya bagi limits.. mesti dapatkan angka bawah daripada 10 dalam peperiksaan.. mmg baik la sikit dari mak yang hanya membenarkan angka 3 kebawah sahaja dalam peperiksaan.. sejak tadika, dia lah yang berulang-alik pergi dan balik menghantar kami adik beradik ke sekolah.. kalu muat, dia akan tumpangkan seorang dua kawan2 zaza kat sekolah tu.. kesian katanya duk tunggu tengah panas.. herm.. :) dengan zaza, dia berhantar sampai zaza tingkatan 6.. walaupun kadang2 ader angin keras kepalaku nk pergi sendiri ke sekolah, berbasikal dengan kawan2..


kini semuanya tinggal kenangan.. yang buruk dan baik.. semuanya indah belaka bagi zaza kerana dia sudah tiada di sisi.. sesekali zaza akan dengar semula rakaman suaranya menjawab panggilan dari seseorang yang dirakamya secara tak sengaja ke dalam telefon bimbit mak suatu masa dahulu.. memandangkan suaranya tidak mungkin lagi kami dengari, namun bingkisan itu membuatkan zaza rasa dia dekat dengan zaza.. suara itulah yang pernah menengking dan memarahi zaza ketika ada buat salah dengannya.. dia mmg terkenal dengan sifatnya yang garang namun ramai kanak2 suka dengannya kerana dari dulu.. dia mmg pandai mengambil hatii budak2..
itu lah pengorbanan AYAH.. tidak tertulis kalu nk dikira.. tidak terucap kalu nk dikata.. terlalu banyak...


...kini...

Allah gantikan LELAKI baru dalam hidup zaza.. yang menjadi pelindung.. penasihat, pendengar, pendamai jiwa dan AYAH kepada anakanda Hanin dan 'Cinta Baru' dalam rahim zaza ini.. alhamdulillah.. Allah gantikan dia seperti ayah... amat berjiwa 'PENJAGA'..
begitu mengambil berat tentang kami anak beranak.. walaupun wajahnya bagai 'orang garang' tetapi jauh di sudut hati, dia lah penghibur hati ini tatkala sedang berduka..


TERIMA KASIH AYAH..

TERIMA KASIH ABANG...

TERIMA KASIH ALLAH...
kerana nikmat kasih sayang-Mu.. aku BAHAGIA bersama mereka..

al-fatihah untuk AYAH...

Friday, June 18, 2010

Hanin Loves This Song Very Much

I-L.O.V.E-U

I love you

You love me

We're a happy family

With a great big hug and

A kiss from me to you

Won't you say you love me too?

I love you You love me

We're best friendsLike friends should be

With a great big hug And a kiss from me to you

Won't you say you love me too?

Melawan Kesepian

salam...

lately mmg xder mood sgt nk berceloteh kat blog nih..
ntah la.. mgkin sbb pembawakan 'cinta baru' sama kot..

macam2 zaza lalui dengan famili akhir2 nih.. kesian sgt dkt bonda..
dia tak sebut, tapi zaza faham sgtttt.. sbb kami pun 'kehilangan' org yang sama..
namun bonda kuat semangatnya.. menyembunyikan apa yang tersurat..
menyimpan rasa dengan berdoa.. bertawakal.. demi kami semua...

kekadang zaza sendiri tak mampu lihat bonda lalui semua nih..
tapi inilah janji Allah pada setiap manusia yang masih bernyawa..
meneruskan hidup..
menelan segalan pahit manis kehidupan..
mengorak langkah mencari berkat dan rahmat Allah..
sementara nyawa di kandung badan..

sebagai anak..
doa dan tawakkal sahaja yang mampu dikongsi..
menceriakan sisa2 hidup bonda..
selagi matanya mampu melihat kecantikan pelangi dan birunya awan di langit..
sementara waktu masih ada untuk kami bersama..
sebelum menjejaki ayahanda di sana...

Mak.. lot's of loves, huggs and kisses from us (anak2, menantu2 n cucu2)..
Semoga Allah bersama kita selalu...
ameen..

~al fatihah buat ayahanda di sana~
Related Posts with Thumbnails