Monday, January 25, 2010
Daging Masak Halia (extra Oyster Sauce)
Nasi Minyak Lobak Merah
Salam rindu-rinduan pada kawan2 semua..
last week zaza tak sempat nk hupdate sbb attend bengkel ISO (Itu Susah Ooo a.k.a Ikut Suka Orang.. etc..).. audit dalaman akan dijalankan pada awal bulan 2 seterusnya dari SIRIM.. huhuhu.. mmg takut.. tapi tu lah caranya nk menguji sejauh mana efektif dan efisyennya kerja2 seharian kita.. ecewahhhh.. macam org SIRIM laks!
so.. nak tak nak terpaksa lah zaza update resepi yang last week punya ke minggu nih.. dah jadi resepi basi pun.. dah siap 'diproses' pun! hahaha.. ye laa... dah seminggu pun ko...takkan duk 'simpan' lagi kot!!
yang nih spesel utk cik abang sayanggg.. (muah!).. asik komplen lama dah bini dia tak masuk dapoq.. ye laa.. asyik balik keja lambatt jer, kang malam dah letih2 mula lah nk menagmpuj cik abang ajak makan kat luaq.. hehehe...
ni resepi sendiri.. resepi nasi minyak biasa ja.. cuma ditambah lobak dan petua2 org lama agar nasi lembut dan tak pecah.. tapi zaza guna beras biasa (bukan basmati), mmg tak berapa nk menjadi la.. bukan tak jadi pasai pa, cuma beras dia ada yang patah. sedappp tu tetapppp sedapppp... hanin makan sambil tgk ceplos lagi tuh! hahaha... jom layannn...
PETUA ORG LAMA:
- basuh beras terlebih dahulu dan toskan sehingga betul2 kering.
- sebelum masukkan beras, pastikan air/ rempah betul2 panas dan mendidih supaya beras tak patah.
- sekiranya nasi agak mentah, letakkan satu cawan berisi air kosong di tengah2 nasi yang sedang dimasak. -masak dengan api yang kecil.
Tuesday, January 12, 2010
Hanin Loves To Watch....???
kalu dapat nyanyi, siap goyang badan lagi.. tgk.. sambil makan ngadap TV, jari pun dah tersangkut dalam mulut.. aduhaiii la anakku sayangggg...
Monday, January 11, 2010
memori Disember 2009
DATE : 6-8 Disember 2009
VENUE : Melaka, Bandaraya Bersejarah
NOTE : Transit di KL, then ke Melaka, Nilai, balik semula ke KL, then balik terus ke penang.. (otw balik singgah di Ipoh jap).
ummu hanin.. Nilai 2..
hari pertama sampai, kat bandar hilir.. hanin baru bangun tido..
muka seposen jer..hehehe
luvs thiz pic very much!
jom pi Melaka!
Friday, January 8, 2010
Hanin is growing up...
alhamdulillah... tak terkira banyaknya syukurku padaMu Allah.. cahayamata yang Kau kurniakan pada kami sememangnya penyeri hidup kami suami istri.. namun kepada sesiapa yang Allah belum kurniakan cahaya mata.. sabarrrr... kerana ANAK @ CAHAYAMATA adalah REZEKI dari Allah.. sekiranya Dia belum memberi.. maknanya bukan lagi rezeki kita.. Redho dan yakinlah bahawa Rezeki Allah taala nih tersangatlah murah kepada hamba-hambanya cuma belum sampai waktu kita..
Ummu Hanin..
sekarang dan mcm2 pandai sebut... kak chik.. adik.. kakak.. baby.. baba.. gigi.. kaki.. nana (anak jiran,budak tu namanya amna, tapi si hanin sedap pulak memanggilnya Nana) dan banyak lagii... asal nmpak gambar baby jer, mula lahh.. sampai gambar baby kat plastik pampers pun dia nk sayang..
tak kurang jugak bab 'mereka'..bukan refer to 'orang ' yer.. tapi 'kerenah'.. yer la.. panjat memanjat mmg tak letih la.. time mama dia duk sibuk memasak, dia pun mula lah kalut nk memanjat kat dapur tu.. apa yang dia buat, dia susun segala besen dari kecik sampai beso, dia panjat atas tu.. punya lah nk tgk amender la ada dlm sinki tu..selain itu.. la nih tiap2 hari before p school, hanin akan mandi dulu.. nk gosok gigi.. (wpun pada peringkat awal kena air tu dia akan menjerit dan menjengketkan kakinya.. hehehe...)
haa...yang nih paling zaza berhati2.. pernah satu hari duk kalut bersiap nk pi kerja.. ada satu dua barang dalam handbang zaza hilang.. pandai dia nk nyorok barang mama dia.. kalu jumpa lipgloss zaza, dia dah pandai action nak sapu kat bibir dia, nampak compact powder, dia pun nk sapu kat muka.. nampak roll-on.. nk bubuh kat ketiakkk.. hahahah.. mmg parktis make perfect la hanin oiiii... gerammmm betull.. sebab tu hari2 kena gigit ngan mama dia... hehehe
Thursday, January 7, 2010
Daging Kandar
sedappppp oooo..... mau terangkat kalu taruh sama nasi panas..
resepi??? biasa laaa.. diceduk dari buku Senangnya Memasak kak Liza Cayang tu..
yang nih menu diet yer tuan-tuan dan puan-puan... dan menu kesihatan.. sebab lepas pekena ikan nih pasti akan anda 'berdentum-dentam'.. pesal?? sbb halia yang bersepah2 tu... hahahahha!
Four Rules of Communication
salam..
sharing is caring.. kan?? sumber asal dari crescentlife.com yang zaza amik dari comment pembaca di blog saifulislam.com.. sekadar berkongsi.. memang menarik..
Four Rules of Communication:
1… Is it true?
2… Is it necessary?
3… Is the motive pure?
4… Is it beneficial?
If you can’t say ‘yes’ to all of them, zip your mouth!
Ketika Cinta Bertasbih
Tak tahulah kenapa.. lately zaza mcam tersampuk dek penangan cerita KETIKA CINTA BERTASBIH.. zaza mmg cukup2 teruja dengan karya HABIBURRAHMAN.. sejak terhasilnya AYAT-AYAT CINTA pada tahun 2007, zaza bukan sahaja khatam bukunya tetapi juga tidak terlepas untuk menyaksikan VCDnya.. tengok pada thriller sudah cukup mengujakan..
KCB pada kali ini pula menampilkan filem berlatarkan konflik-konflik pelajar Indonesia yang berjuang menuntut ilmu di timur tengah …
Tengok pada cerita ni zaza tertarik dengan semangat (Abdullah) Khairul Azzam yang cuba mencari cinta nya di dunia sepertimana fitrah kurniaan Allah pada seorang hamba biasa.. Bagaimana Khairul Azzam merawat kecewanya pada wanita impian yang memandang rendah pada pemuda yang menjual temped dan lempeng.. sikapnya yang mendahului orang yang memerlukan pertolongan.. sikap ke’abang’an.. (kepimpinan).. dan tanggungjawab pada keluarga yang berada di kampong..mmg menyentuh hati.. bukan apa… jalan cerita tu nak seakan jalan penagalaman suami zaza masa dia di Bumi ambiaya dulu.. tapi takder la sampai mencecah 9 tahun.. dia kat sana 3 tahun jer.. kemanisan anak perantau itu mmg menarik hati zaza.. latarbelakang dalam cerita ini jugak ada terakam didalam album2 suami zaza kat umah… teringin sgt nak ke sana….
Psst:.. best la dengar deorg duk ckp dlm bhsa arab.. sedap tull…