"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Friday, October 30, 2009

Kembong Masak Asam

-pesal laa kamera aku nih, wat hal lak..tgk..gambo tak brapa cun laa-


salam semua..
dah lama tekak nih tringin nk makan masakan simple camnih.. tp en hubby tak brapa kena ngan selera dia la pulak..dulu rajin gak makan masakan mcm nih masa dlm pantang. tgk.. ader halia, serai dan lada, bagus utk buang angin segala. takper.. zaza masak jer lauk kegemaran en hubby.. 'KARI', then zaza buatkan lah apa2 yg tekak nih nk makan utk diri sendiri.. kan..?? fair and square..
nih namanya masak asam.. ala.. kat kedai.. pasar malam.. bnyk org juai.. tp biasanya nmpak deorg buat ikan tongkol or ikan senangin. memandangkan stok mmg takder mende tu semua zaza guna la ikan yg suka sakit perut... 'ikan kembung'... hehehe... tambahan plak hubby baru beli, fresh lagi isinya.. manis.. jom skodeng resepi laks..
bahan2:
5-6 ekor ikan kembung - digoreng bersama garam dan kunyit
1sb herba campur
1 tangkai daun kari
1 biji bawang besar - dibelah 4
1 batang serai - dipotong serong
1 inci halia - dipotong memanjang
1/2 sk lada biji - (zaza tak letak)
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan air
1/2 biji lobak merah - dipotong memanjang (ikut saiz)
garam dan gula secukup rasa
3sb minyak utk menumis
cara2:
1. panaskan minyak dalam kuali, tumis herba campur, daun kari, serai, halia dan lada.
2. setelah naik wangi, masukkan air asam jawa dan tunggu hingga mendidih.
3. Masukkan lobak merah, masak sebentar.
4. Masukkan pula air, garam dan gula secukup rasa. tunggu mendidih sekejap.
5. akhir sekali, masukkan bawang besar. bila masak, tuangkan saja di atas ikan yang telah digoreng tadi. Siap utk dihidangkan.

Wednesday, October 28, 2009

UJIAN SEORANG PENEROKA

source


...MENJADI PENEROKA PERLU TABAH...

itulah tagline blog sahabat zaza 'KHADIJAH' yang mana baru2 ini dikalung UJIAN dari ALLAH SWT sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama.
sebak, sedih, dan pilu hati seorang ibu apabila membaca coretan seorang ibu yang baru kehilangan puteri sulongnya hampir seminggu yang lalu...
betul dijah.. menjadi peneroka perlu tabah.. kita tak tahu apa lagi halangan yang akan kita tempuhi dihadapan sana sementara sampai ke destinasi abadi. nak selamat kena selalu ingat padaNya dan berdoa agar kita sentiasa dilindungi sepanjang perjalanan kita sampailah tibanya kita di destinasi kita nanti..
semoga apa yang terjadi dapat menjadi teladan kepada mereka yang TERLUPA agar kembali menyelami erti SYUKUR dan REDHO pada PENCIPTA ASAL manusia..
wallahu'alam..

tenangnya khadijah membaca yasin di sisi allahyarhamah nur fatimah
**ikuti luahan hati Khadijah di sini..

Thursday, October 22, 2009

Kisah Nur Fatimah di Saifulislam.Com

sila klik gambar, pilu sekali...
salam...

layari jugak kisah Nur Fatimah di sini..

suka saya memetik sedikit coretan ustaz hasrizal di dalam blognya... semoga menjadi panduan.

"Tahap toleransi anak-anak yang berbeza terhadap gegaran ini, menjadi iktibar buat saya dan kita semua agar tidak lupa kepada hakikat bahawa seorang bayi amat fragile."

"Gegaran boleh berlaku dengan timangan kasih sayang yang sederhana, henjutan buaian malah ada kes yang membabitkan anak yang dihimpit seketika oleh ibu atau selalunya bapa semasa tidur bersama."

jazakumullah khairan pada pengunjung2 blog zaza.. pada ibu_arifa (min), thanx for the n3 yg sungguh menyentuh jiwa.. betull.. hanya IBU yang akan memahami HATI seorang IBU..
Allah jualah yang akan membalas rasa simpati kalian kepada saudara kita yang diujiNya..


loves,
zaza

psst: sila layari jugak coretan menyentuh jiwa dari sahabat kami Najibah.. sila klik sini.
Ya Allah.. semoga setiap ketentuanmu adalah yang terbaik buat kami makhlukMu yang lemah.. amin..

"Ya Allah, pinta kami padaMu, Tuhan sekalian alam, bukan untuk dikecilkan ujian yang bertandang, namun cukuplah dibesarkan jiwa untuk menghadapinya dengan iman.".... -jibah

Nur Fatimah Kembali ke Rahmatullah

salam...

berat hati ini nak menulis suratan yang telah Allah tetapkan pada sahabat zaza, Khadijah dan suami, Muhammad Ramadhan Fitri.. Nur Fatimah 3 bulan, yang juga puteri kepada pasangan ini telah kembali ke rahmatullah lebih kurang pukul 6.20 pagi tadi.. setelah hampir 2 minggu bertahan dan berjuang utk hidup seperti bayi2 lain, namun ketetapan Allah itu jualah yang menjadi jawapan di akhir cerita..

sedih.. sayu.. walaupun zaza bukan ibu kandungnya, namun jauh di sudut hati masih mengharapkan yang mana akan ada KEAJAIBAN berlaku pada nur fatimah.. walaupun dia mmg disahkan kritikal dan hanya bernafas melalui mesin. kegagalan oksigen sampai pada otak membuatkan bayi kecil ini semakin lemah utk bertarung nyawa demi ayah dan bonda tercinta..

Allahuakbarrr!!!... sesungguhnya hanya Engkau lah sebaik2 Pencipta dan Pemilik Bumi dan segala isi-isinya.. Pada-Mu jualah akan kami menyerah diri dalam istilah 'Kematian' yang tidak kami ketahui tika dan masanya.. Semoga Nur Fatimah ditempatkan bersama kanak2 yang terpelihara dan menunggu ayah dan bondanya di syurga.. Allah akan 'menjaganya' di sana.. wallahu'alam...

al-Fatihah...

..nur fatimah.. tidurmu utk selamanya...



pst: pada yang belum tahu kisah nur fatimah sili baca di sini dan sini

Tuesday, October 20, 2009

NASI AYAM PAK AJI

salam semua...
haaa.. nih nk kongsi lagi resepi simple dimple yang dah dicuba.. mmg best.. baca jer tajuk tu jgn korang ingat 'Pak Aji' tu 'AJINOMOTO' lak yer.. haa.. org tu digelar 'pak aji'..
al kisahnya..
A few month ago, kat kolej ader wat majlis, tak hengat dah majlis apa.. as usual bila ada majlis nih tentu ada makan2.. (haa.. time nih yang syok.. dapat makan free,, hehehe). Jamuan tu seperti biasalah akan dimasak oleh sifu kat kolej nih Pak Aji.. Pak Aji nih nama dia En Suhaili, cleaner kat kolej nih.. mgg tera (terror) la bab2 masak nih.. setiap kali yg makan pasti ramai yang memuji.. ilmu Allah pinjamkan tu mmg tak sia2.. sbb ada org seperti zaza yang dapat blajar kat dia.. haaa.. betui dak?
So, bebaru nih zaza berpuasa , so tetiba tringin nk makan nasi ayam.. so tanya la pak aji nih camna nk wat nasi ayam cara dia masak aritu.. salin punya salin.. balik umah apa gii.. cepat2 arr masuk opis..

Haaa… nih la hasilnya.. tadaaa…. Simple and easy.. mcm kacang putih kat dalam mulut.. sedap.. tasty.. semua cukup… Cuma ayam tu keras sket.. maybe sbb goreng lama kot.. so next time goreng kejap jaa lah ehh.. apa gii.. jom makannn…

nasi ayam nih mmg sonang baitu beb.. tak cuba rugii...

nih la ayam yang 'ter'goreng lama.. hitam bukan hangit yer kak long.. mak long.. sbb letak madu.. sifu tak cakap soh letak pun, sendirik yg cari pasal.. haa.. cengginih la hasilnya...

Bahan2 utk nasi:

3 1/2 pot beras (tak tau nk agak cara kilo, soriii)

2 helai daun pandan

2-3 sudu besar mentega

garam dan gula secukup rasa

air rebusan ayam

1 kiub pati ayam (sebatikan dengan sedikit air agar tidak berketul)

cara:

1. masukkan semua sekali dalam periuk, masak seperti biasa. (sukatan air rebusan ayam ikut sukatan masak nasi seperti biasa)

Bahan2 utk ayam:

1/2 kilo ayam- dibersihkan

kicap manis/ soya - secukupnya

lada hitam secukupnya - ditumbuk

gula - sikit jer (tabur atas ayam)

minyak utk menggoreng

cara2:

1. rebus ayam hingga empuk. asingkan ayam. (air rebusan digunakan utk masak nasi)

2. gaul semua bahan, dan goreng sekejap. (jgn terlalu lama, takut ayam jadi keras)

3. hidangkan dgn hiasan tomato, timun dan salad.

sambal nasi ayam:

bahan:

10 biji cili merah - buang biji dan bersihkan

garam dan gula secukup rasa

1-2 sudu cuka makan

cara:

1. blender cili, garam dan gula hingga hancur.

2. panaskan periuk, masak dgn api perlahan. masukkan cuka.

3. masak lagi hingga cili nampak berkilat. tutup api dan hidangkan.

psstt: kuah sup buat sendiri la eh.. tak tanya pulak kat pak aji cara dia buat camna..

selamat mencuba!

Monday, October 19, 2009

KUETEOW SUP


SLRUPPPPP... urmmhhhh...
hehehe.. eksyen je tuh... idak ler sedap sgt pun.. org baru belajaq la katakan.. haa.. dengan terhasilnya kueteow nih atas smgt baru yang mula timbul bila munculnyaaaaaaa.................
................taaaadaaaaaaaaaaaaa............

haa.. presure cooker.. mmg dah lama mengidam nak beli periuk nih.. duk jeles ja kat mak sendiri ngan MIL sbb bab2 masak daging nih mmg cepat dan hasilnya memuaskan.. hehehe..

so, alkisahnya hari raya ke-5 yang lepas, my SIL cuti panjang, dia ajak kami pi soping2 kat langkawi.. heheh..dengan 'lajuu' jer zaza jwb 'BOLEH JUGAK'. then duk pujuk2 en hubby spy join skali. haa.. beratus habis dlm satu hari.. bukan beli apa pun.. banyak barang umah je la.. periuk nih dan pinggan mangkuk buat tetamu yang datang (tak tringat lak nk snap gambo). zaza beli yang biasa2 jer.. yang lagi mahai harga mencecah RM500.00, tapi zaza nyer area RM200 lebeh jer. yang nih pun dah kira OK, coz yg kat umah mak zaza pun camnih gak.. puaih hati sbb fungsi dia tu..

rebus jer daging tu, masuk segala rempah sup siap2.. ha, tggu jer sampai dia masak.. celur kueteow, masak sambal utk sup.. haa.. pa lagi.. slruuppppp je laaa nnti... hehehe...
RESEPIIII??? ADUHHH.. nih zaza update atas permintaan MamaAnis (MA) nih.. try la no.. kalu jadi buleh wat lagi.. lalu tak jadik itulah pertama dan terakhir.. muahahaha...
Bahan2 sup:
1/2 kg daging lembu (dipotong besar2)
10 biji bawang merah - dimayang halus
4 biji bawang putih - dimayang halus
1 biji bawang besar - potong 4
bunga lawang
bunga cengkih
buah pelaga
kulit kayu manis
air secukupnya
lada secukupnya (ikut tahap pedas yg dikehendaki)
garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar perencah sup (kalau dapat yg dari Kelantan tu lagi best!)
daun sup
daun bawang
2 batang serai - diketuk
halia 3 inci - diketuk
cara-cara: (kaedah ni guna pressure cooker yer)
1. isikan air secukupnya dalam pressure cooker.
2. masukkan daging dan rempah 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis).
3. tutup dan masak sehingga pressure cooker bunyi 2-3 kali. (jgn terlalu lama, takut daging terlalu lembut).
4. tutup api dan biarkan sehingga sejuk.
5. apabila periuk sudah sejuk, dan tudung dah dpt buka, panaskan semula, masak seperti biasa tanpa tungkannya lagi.
5. masukkan garam dan gula, lada, bawang besar, rempah sup, halia, serai, daun sup dan daun bawang, boleh juga kalu nk bubuh cili padi.
6. and last sekali buat tumis darat.
kaedah tumis darat:
1. panaskan minyak dalam kuali.
2. goreng bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang halus sehingga kuning keemasan.
3. tuangkan hasil gorengan beserta minyak ke dalam kuah sup tadi.
4. siap utk dihidangkan.
sambal:
10 biji cili merah (dibuang biji)
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cuka
garam dan gula secukupnya
secubit belacan
sedikit air
sedikit minyak utk tumis - sikit jer, kalu banyak jadi berlinang
cara-cara:
1. kisarkan cili merah, belacan dan bawang putih sehingga halus.
2. tumiskan bahan kisar dan masak dengan api kecil
3. kacau sampai bahan jadi pekat, tutup api dan hidangkan.
kueteow:
celurr jer lahh ehhh... hehehe..
sblm hidang, daging yang direbus tadi bolehlah dipotong kecil.

Thursday, October 15, 2009

KETAM OH KETAM

psstt..psstt... mai..mai... jom tgk cik Tam nih... ada best kaa??

ketam gorang pedas...

fuhh... waallaah!!.. dengan wangi serai dan daun limau.. tengokk..berpalit kuah tu ko.. makan ngan nasi panas2 mmg terangkatzzz laaa.. hehehe..tak caya?? cuba lah...

haa... nih sup ketam.. untuk anakanda yang cumel tu.. huhuhu.. beshhh...

haa.. nih bukan ketam naa.. kalu ader yg tak kenai lagi kena antor g sekolah balik.. belajo sampai reti.. hehehe.. sayur goreng campur.. colorful.. i likeee...

TERKINI TENTANG NUR FATIMAH

gambar dari sikidal.blogspot.com, -mohon copy ye akh nazri

semalam zaza sempat bersembang sendiri dengan Khadijah, ibu kepada Nur Fatimah.. mmg tabah.. dengar suaranya di hujung talian seperti tiada apa yang berlaku.. namun sebagai seorang ibu, zaza mmg tahu dalam hatinya PASTI ada rasa sedih yang menoreh. cuma ukiran SABAR dan REDHO pada Allah yang terpahat dalam hati membuatkan ibu muda itu tenang bila berdepan dengan panggilan sahabat2 yang bertanya khabar tentang puteri sulongnya itu.

tadi, zaza tetap bertanya khabar kerana setiap masa hati ini teringatkan anak kecil yang dilingkari wayar2 itu.

"salam, dijah..pkbr? fatimah mcm mana arini? ada perkembangan +ve tak? zaza n kwn2 blog doakan yang terbaik buat nur fatimah, insyaallah..
- zaza, png "
15 okt 09, 10.29 pagi

" stakat ni baby smakin lemah n kritikal. tlg doa, jazakumullah." - Dijah
15 okt 09, 14.46pm

Ya Allah... Ayuhlah kawan2 sekalian... panjatkan doa pada yang MAHA PEMBERI.. tak sanggup rasanya zaza membalas mesej itu.. berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul...
Allahuakbarr!!!

NASI TOMATO LAGI...


makcik2..pakcik2..adik2..kakak2...sila oii..silaa...
hehehe.. arinih nk layan nasi tomato laks.. request from my 'teddy bear' yg cumill kat umah nu ha.. ntah apa hal laa cik abang zaza nih tringin nk makan yg spesel2 katanya.. nk makan nasi tomato ayaq tangan bini dia.. mcm la sblm nih tak pernah dimasak oleh bini dia nih kan.. heheh..
tak pe bang.. utk abang.. apaaaa jaaa akan iza buatkan.. jgn mintak telinga kanggaroo goreng dah na.. hehe.. nasi nih zaza masak terlebih ayaq.. lembik sket.. ntah duk berangan apa laa time nih..lagipun zaza guna beras biasa, bukan basmati. then, zaza guna tomato yang dipotong dadu 4-5 biji sbg rempah dia... mmg ader kelaianan.. ader gak org guna tomato puree kan.. sedapp gak tu..

ok.. nih plak guu (pasangan) dia laa.. ayam masak merah Awesome.. hehehe.. peberet somiku nih..jgn korang taktaw!.. buat banyak mana pun pasti licin.. pasnih pakat2 try la noo.. nk jamu suami ker, mertua ker.. haaa... baru org cayanggg...

Nasi tomato

4 pot beras (basuh dan toskan)
2 sb mentega
2 sb minyak sapi
Rempah 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
2 helai daun pandan
3 sb sos tomato
4 biji tomato dicincang halus
½ tin susu cair
Air secukupnya
Sedikit buah kismis

Cara2nya:


1. panaskan mentega dan minyak sapi dalam periuk. (guna periuk rice cooker terus pn tak per)
2. tumiskan 4 sekawan, bawang besar dan daun pandan sehingga wangi.
3. masukkan sos tomato dan tomato cincang, gaul rata dan tggu hingga sekejap.
4. apabila pecah minyak, masukkan susu cair dan air mengikut sukatan,(air kena pandai agak takut lembik plak nanti, kalau kurang mentah pulak kang).
5. kacau lagi, kemudian masukkan buah kismis dan beras. Kacau sekita.
6. angkat periuk dan masak dlm rice cooker mcm biasa.

Tips: pernah sekali zaza masak dlm rice cooker mcm biasa, tapi mentah sikit. Then zaza alihkan semula periuk ke dapur biasa, masak dengan api perlahan..pastu ok jer.. enjoy makan tak hengat dunia.. muahahaha.. (mcm mana laaa nk kurus neh! Eish3x…)


AYAM MASAK AWESOME

½ ekor ayam – dibersihkan dan dipotong kecil, goreng sekejap dgn garam dan kunyit tp jgn sampai garing
4 sudu minyak masak
Rempah 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
2 helai daun pandan
1 btg serai - dipotong 3
1 biji bawang besar * * kisar hingga halus
1inci kunyit hidup *
2 inci lengkuas *
2 ulas bawang putih *
5 ulas bawang merah *
2 inci halia *
2-3 senduk cili kisar – zaza guna cili boh jer
2 keping asam gelugor/ asam keping
¼ cawan susu cair – boleh tambah kalu suka
Garam dan gula secukup rasa (zaza gntikan gula dengan gula melaka 2 ketul)
Sedikit air

Cara2nya:


1. panaskan minyak dalam kuali. (guna minyak yang goreng ayam tadi)
2. tumiskan rempah 4 sekawan, daun pandan dan serai hingga wangi.
3. masukkan bahan kisar. Kacau hingga mendidih masukkan pula cili kisar dan asam keping..
4. masukkan susu cair, masak dgn api perlahan hingga pecah minyak.
5. masukkan sedikit air, gula dan garam secukup rasa.
6. bila mendidih masukkan ayam yg digoreng tadi.
6. biar seketika hgga ayam masak dan kuah agak pekat, tutup api dan taburkan bawang besar yang dipotong bulat setebal ½ cm sbg hiasan.
7. sedia utk dihidangkan.

Wednesday, October 14, 2009

Doakan Nur Fatimah


Nur Fatimah (gmbar dari blog Khadijah)

kasih ayahanda pada Nur Fatimah (gmbar dari blog Khadijah)


Keluarga Bahagia (gmbar dari blog Khadijah)

salam semua..

tatkala menaip entri nih, tak tahu lah nk gambarkan perasaan zaza waktu ini.. masa rehat tadi sempat zaza singgah blog kawan2 blog, dan one of them adalah sahabat zaza Najibah. Entri tu sungguh membuatkan hati zaza mcm nak terjatuh krn terkejut dgn apa yg berlaku pada Nur Fatimah bt Muhammad Ramadhan Fitri (3 Bulan) anak kepada Khadijah, sahabat NISA' zaza masa di KL. Nur Fatimah sekarang berada di ICU Hospital Putrajaya dan bernafas melalui bantuan mesin pernafasan akibat pendarahan dalam otak. zaza tak dapat nak hubungi Khadijah sendiri tetapi sempat berbual dengan kak Mastura ex-Ketua NISA M'sia. khabarnya Nur Fatimah terjatuh di nurseri (tak pasti sama ada jatuh sendiri atau kecuaian pengasuh). pihak nurseri tidak memaklumkan apa2 pada ibu bapa Nur Fatimah. Perkara ini disedari apabila Nur Fatimah sering menangis tanpa henti. Apabila di bawa ke hospital, doktor mendapati yang terdapat 2-3 tanda di dalam kepala Nur Fatimah dan ini disyaki yang Nur Fatimah telah terjatuh. selepas daripada itu, Nur Fatimah telah koma sehingga sekarang.

Ya Allah.. bayangkan baby seusia itu menanggung semua ini.. memang betul semua Takdir Allah, kecuaian seperti ini tidak boleh dipandang sebelah mata. Doktor sendiri menasihatkan ibu bapa Nur Fatimah agar membuat laporan polis atas kecuaian mereka ketika menjaga amanah orang...
ketika bercakap melalui telefon dengan kak mas, hati nih dah tak tertahan rasanya menahan sebak.. zaza menangis.. sedih mengingatkan UJIAN pada sahabat zaza Khadijah sekeluarga dan bersyukur sebab dah setahun Hanin kat nurseri Allah lindunginya dari bencana seperti ini.. Alahmadulillah.. Syukurrrr padaMU ya ALLAH... Kau permudahkanlah juga UJIANMU ini agar derita Nur Fatimah berakhir dan kembali CERIA bersama mama dan babanya..

ini kata2 Khadijah yang zaza copy dari blog Najibah ketika mereka berbual di talian..
(mohon ye jibah)

" Hantar anak ke nurseri ke, pengasuh ke, atau dalam jagaan sendiri..musibah tetap boleh berlaku kalau Allah dah tetapkan. Yang penting, tawakkal kena tinggi pada Allah..hantar ke rumah pengasuh pun, yang 'jaga' dia adalah Allah.."

Ya Allah, memang cekal betul hati mereka2 yang beriman dan mengingati ALLAH... Doa, Redha dan Tawakkal..

wallahu'alam..

Vege Sandwich


uh.huhuhu... veri delicia one maa...
terharu tau when it prepared by my beloved hubby.. bukan terharu saipa.. tetiba rajin nak menjengah kat dapo tu.. selongkar dalam freg.. and tadaaa.. hasilnya..
idea mencurah2 agaknya.. tetiba buatkan hanin and me such this delicia sandwich.. simple and nice look. btw, tenkiu daling.. len kali kalu tgk mama terbongkang kat tengah umah tu, watkan la lagi yer.. sbb per dah tak lalu nk masuk 'opis' tu dalam keadaan letih.. hehehe..
(alasan la tuh!ngeh..ngeh,,ngeh..)


Thursday, October 8, 2009

SYAWAL KIAN MELABUHKAN TIRAINYA

Pejam celik, pejam celik.. tak berapa hari lagi dah nak masuk Bulan Zulkaedah 1430.. Ya Allah, cepat betul masa berlalu.. berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal baru beberapa hari.. rasa mcm lambat lagi, tapi tu dia.. calendar depan mata sebagai bukti yang syawal kian melabuhkan tirainya..

CHECKLIST!

1. puasa sunat 6 hari di bulan syawal dah complete?? Asyik duk completekan jemputan raya dan open house ajer kan…?

2. dah ziarah pusara2 org2 yang kita sayang? Maklum la.. Syawal kan bulan kemenangan bagi seluruh umat Islam yang berpuasa.. apa salah kalu kita ziarah mereka yang telah pergi mengadapNya.. esok lusa ntah2 kita pula akan dijemputNya.. siapa tahu..

3. dah bermaaf-maafan ker antara kita semua?? –huhuhu.. mcm ader lagiii yang belum jer aku nih..

4. dah ziarah sedara mara ker? Tak kira la sebelah mertua or sebelah keluarga kita sendiri..

5. banyakkan sedekah pada mereka yang tak dapat merasa beraya seperti kita semua…

6. banyakkan berdoa.. sebab bulan SYAWAL nih bulan kemenangan bagi setiap umat Islam yang berpuasa.. moga Allah raikan kita sepertimana kita meraikan kehadiran Ramadhan yang lalu dan menunaikan segala perintah-perintahNya…

wallahu’alam..
pss: tahun nih beraya kat umah mertua di Kepala batas jugak.. Sedih sgt pagi raya tu.. ingat kat mak beraya bersama adik2 di kampung sana.. huhuhu.. tapi apa kan daya..

hanin tgh bad mood.. ngantuk lah tuu..



my lovely little family.. (tgk..hanin tgh monyok nak tido..)

apart of family sblh mertua.. yang 'set' baju kuning tu kakak ipar zaza yang tinggal kat UIA.. tgk gambo nih, komfius lak.. apsal kami suami istri duk jauh2 ehh..?? heheh.. tangkap muat jer tu.. kat mana kosong situlah duduk.. hahaha...

pss: tahun nih tak sempat nk bergambo dgn family kat alor star.. ntah apa yg duk kalut pun tataw.. kalu tak mesti best.. raya kedua semua pakai sedondon secara kebetulan.. hehehe

Monday, October 5, 2009

I'M BACK!



..salam semua..
..salam aidilfitri..
rasa kekok pulak jari nih nk mencoret rasa di hujung papan kekunci nih.. dah lama sesangat sebenarnya.. hampir sebulan menyepi diri..
Dalam sebulan nih, macam2 cerita, sedih dan gembira bersilih ganti.. menginsafi hakikat diri yang lemah melalui ujian dariNYA.. belajar erti REDHO dan SABAR.. belajar erti CINTA dan SAYANG.. dan yang paling penting zaza belajar erti SYUKUR pada ALLAH atas nikmat dariNYA.. walaupun ia pahit untuk ditelan, tapi ada jugak rasa manisnya bila kita ingat pada yang ESA.. Allahuakbar!!.. besarnya kuasaMu tak terjangkau dek akalku sebagai hamba yang lemah.. segala percaturanMu PASTInya adalah yang terbaik bagi hamba2 Mu di dunia yang sementara ini.. Moga aku menjadi tetamuMu yang sempurna dengan bekalan di'sana' kelak.. Peliharalah diriku dan seluruh ahli keluargaku dari api neraka.. ameen.. ya rabbal 'alamin..
ps: to ibu_arifa (min)... thanks so much!.. moga Allah rahmatimu dengan kebahagiaan berpanjangan.. love u!
Related Posts with Thumbnails