"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Wednesday, April 29, 2009

NOTE: AWARD utk kak Ummi Kuantan

besarrrr lah hatiku ini nak bagi AWARD yang tak seberapa nih utk kak ummi kuantan yang telah banyak memberiku inspirasi-inspirasi dalam dunia masakan..hehehe... amik yer kak.. tak cantik jgn marah.. award nih dikasik utk akak coz mH sukee tgk ur happy family.. mH baru setahun jagung membina rumahtangga..mudah-mudahan mH kekal bahagia seperti mana akak sefamily..

syarat2 sunat:

1. copy and paste picture above to ur folder

2. published in ur blog for a week... (nk letak teruss pown tak per..mH tak kecik atii..hehehe)

have a nice day kak ummi...

Yang simple tapi sodappp..


nih antara menu simple mH semalam... mengikut selera hb and stock dalam freg..
  • telur goreng dadar (made by my hubby)
  • sambal ikan bilis taruh itu terung belanda
  • salad+ mayo sket..
  • acar buah..diberi oleh my MIL..

memanggg sodapp bila dimakan bersama nasi panas2 and time2 lapor..kekekeke...

Roti Gulung Sosej


resepi nih rata2 dapur yg mH terjah mmg dah buat pown.. senang baituuu.. pejam mata pown leh buat.. kalu tak caya try la..hehehe.. sebarang kecederaan tanggung sendirik.. k..resepi nih mH dapat dari dapur kak ummi.. satunya pasai kak ummi nih resepi dia semuanya simple..dan menjadik..kalu korang try tak jadik tu mmg ader masalah ngan tangan korang.. lebih baik tak payah wat dah pasnih..kuakuakua... hb punya lah suka nih.. sampai nk jimat sosej tu mH potong 2-- even sket, tp tetap rasa u... ok2..jom salin resepi yang mudah bangett nih...
Bahan-bahan:
  • 5 keping roti gardenia (dibuang kulit tepi, xmo buang pon tak pe)
  • 5 batang sosej daging/ ayam (direbus dahulu)
  • 2 sudu besar tepung gandum+ air sikit
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 1 biji telur - dipukul sikit
  • minyak untuk menggoreng
  • sos - utk hiasan
  • mayonis - utk hiasan

Cara-cara:

  • Tekan roti dengan penggelek, biar roti agak nipis sedikit.
  • Letakkan sosej yang telah direbuh tadi dihujung roti, gulung biar padat sedikit.
  • Sapukan tepung gandum dihujung roti yang digulung tadi.
  • Celupkan ke dalam telur
  • Golekkan pula di atas serbuk roti
  • Goreng di dalam minyak yang penuh
  • Angkat dan hiaskan dengan sos cili dan mayonis (mH paipkan sos dan mayonis biar nmpak menarik, bebudak pun jadi berselera nk makan)

**pstt**: mH ader try gak alternatif sendirik letak jagung dalan tin sikit sebelum gulung sosej tuh..sodappp gaks.. bila makan rasa manis2 jagung sket...

mH dah turunkan resepi nih pada teman ofis mH, mmg menajdi kegemaran anak2nya pown.. hehe..cuba lah!!

PRESENT BUAT HANIN...


haa..nih hadiah spesel untuk hanin dari tok ayahnya.. Hj Fathil... tok ayah dia dok loghat lama dah nak belikan hanin rantai tangan, hb jer duk wat juai mahal takmo susahkan tok ayah hanin nih... tetiba hb dapat call dari FIL soh balik datang umah dia amik gelang utk hanin.. time mana dia ukuq tangan hanin pown mH tataw.. act my FIL nih sronok nk rai budak2.. kat cucu2 dia semua dia bagi.. pakaian, makanan..macam2 lah.. alhamdulillah.. btw, thanx a lot to my FIL coz hadiahkan hanin rantai tangan yang comei nih.. pas bubuh kat tangan hanin, hanin jd sronok dok dengar bunyi loceng..klingg..kling... hehehe.. anak bertuah nih laaa..


hanin (cucu yang ke-15) with tok ayah nya time raya haji 2008

Tuesday, April 28, 2009

TAG : Tugasan Harian

ok.. kat chatbox ader somebody tinggai pesan soh amik TAG.. ngehngehngeh... ghupe2nye dari ibu_umairah :: ibu kepada si kecil yang berambut panjang dan pandai berposing kat depan camera::..hehe..nih berkaitan ngan tugasan harian nih... sekali baca soklan nih mcm tak pasti nak jawab dengan telus atau tak..kekekeke...ok la..jom kita tgkkk kat bawah nih..

TUGASAN HARIAN...????
1) bila kali terakhir anda cuci toilet?
>>semalam....
2)pencuci apa yg anda guna?
haaa..jgn terkezutt..mH bedalll semua yg tersusun kat dalam toilet tu.. mula2 masukkan air ke dalam baldi, then tuangkan clorox, harpic (betui ka ejaan nih weh??) and pencuci lantai (lupa jenama)..sekali baca macam masak2 la plak kan..main campoq jaa semua... mH nih sukee sgt kalu time masuk toilet nk buang hajat or nk "berulik mayang",toilet bauuuu wangiii jerr.. haa..baru ader mood.. (nk mandi pun perlu mood kaa??)
3) dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai?kenapa?
yang nih yang tak leh nk bgtau jawapan tepat nih... 1-2 kali laa.. tak kerap sgt punn..whyy?? hehehe.. tak dann kottt.. maklumle balik kerja karang nk pegang periuk belanga lagik, nk membasuh lagik, heheh..boleh trima kot noo..
4)apa tugasan terakhir anda sebelum menjelang malam?
memasak lerrr.. cik abang nk makann..kami biasanya amik waktu malam la nk makan sesama punn (makan berjemaah,kekeke)..waktu siang keja, mH kekadang sampai umah lewat..
5) apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?
tak tentu..ikut selera cik abang dan stok dlm freg...
6)minuman selalu anda buat waktu pagi?
teh or milo or horlick
7)sebelum tidur apa yg anda suka lakukan?
salin pampers hanin...kuang..kuang..kuang...
8) harus menjawab tag yg tertera nama di bawah?
...urmhh...nanti mH akan tinggal msg kat chatbox memasing.. nk senaraikan jenuhh wehh..
sesaper yg drop by tu buleh jer nak jawabb.. sekadar nk meriahkan blog ka.. sila..silaa...

Roti Jala Berinti

nih projek untuk bekfast ujung minggu lepas.. tringin nak makan roti jala..tapi malas pulak lah nk buat kuah dalca utk dicicah.. maka dengan itu nih lah hasilnya.. lepas puas menjala kat atas kuali tu haa...buatkan intinya pulak, then gulungggggg..abes crita..kekekeke... siap utk disantap... jgn terkezutttt...mH menjala ikut suke ati jer tuh.. takder la secantik macam yang juai kat kedai tu or mcm kakak2 otai yang terror masak tu..ahaks! layan jer lahh ekk...

Friday, April 24, 2009

Layannn Blues...

aduiii laa haaiii.. mH kalu dengor lagu lama2 nih (80an) mmg terlentokk abesss laa... i sukeeeeee betulllll... time masak2 kat dapor tuh, bukak jer sinar.fm or klasik.fm.. mak aaiiii.. lagu jer tau.. orgnya tak klasikk.. hehehe... meh ler layan sharifah aini kat blog mH nih... merduu tul suara dia.. mendayu-dayu.. tok mH cukup sukaa... bila mH ckp suka lagu klasik nih, bukan la maknanya mH tak suka lagu2 lain seperti nasyeed or else... nasyeed pun suka gaks.. utk basuh hati2 yang berkarat tuh..kekeke... tapi sesekali, layan camnih pun bestt..

NISA' Indoor Games 2009

salam semua...
ok.. biasa dengar tak NISA??

WHO IS NISA'?
*sila klik di sini*

NISA adalah satu badan kecil yang ditubuhkan atas dasar 3K -Kebajikan. Kemanusiaan dan Kemasyarakatan-. Badan ini mempunyai hasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat. Misi Penubuhannya adalah untuk melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia. Semua ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan. Untuk menjadi ahli NISA, anda sudah tentunya haruslah seorang WANITA yang berusia 15 - 40 tahun
kekeke...amboiii...nih mH nak wat promosi secara TERBUKA nih bukan apa.. nk promote sesaper yang dok area Shah Alam, sila2 lah melapangkan diri dan menghadiri NISA INDOOR GAMES (NIG) 2009 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Date: 25 April 2009 (Sabtu)
Time: 7.30 am to 6.45pm
Venue: Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti permainan catur, karom, dart, congkak dan macam2 lagi laa... act Nisa Game dengan jayanya telah dilaksanakan pada tahun 2007 lepas (sila klik di sini).. so kali nih, Nisa Game datang lagi, tapi dalam bentuk or versi baru.. nak buat sukan dalaman pulakk.. so para pencinta sukan.. anda dijemput hadir beramai-ramai... nak tau syok or tak syokkkk.. jom kita piii..baru tauu...

Wednesday, April 22, 2009

Kenapa Wanita Mengandung???

salam... dalam dok menaip kerja2 yg tak penah siap nih, mH saja2 singgah kat blog Ustaz Hasrizal (Saifulislam.Com), mH mmg setia ngan blog dia coz cara pemikiran dia amat terbuka dan mudah dipraktikan ilmu2nya itu... bercerita ttg rumahtanggan, kerja,kawan2... mmg sukee... beliau jugak salah seorang penulis tetap dalam 1 ruangan dalam majalah-i.. terbaca satu artikel yang sgt menyentuh hati... : Kenapa Ummi Mengandung? .... meh baca citer kat bawah nih...

“Ummi, kenapa Ummi penat?” tanya Naurah.

“Ummi bawa adik dalam perut,” jawab Ummu Saif.

“Boleh Naurah pegang?” soal Naurah.

“Yop pun nak pegang,” sampuk abangnya Saiful Islam.

“Imad… pegang!” si kecil Imad itu pun menyibuk sama.

Saya hanya tersenyum memerhatikan gelagat mereka. Kasihan melihat isteri saya yang sering keletihan. Terkenang zaman-zaman di perantauan dulu, Ummu Saif pengsan entah berapa kali di hospital semasa mengandungkan anak pertama kami.

Syukur Alhamdulillah, selepas Saiful Islam berusia 7 tahun, Naurah Sabihah masuk 5 tahun dan Imaduddin mencecah 3 tahun, kami dimurahkan rezeki oleh Allah untuk menyambut cahaya mata keempat yang bakal tiba Julai nanti, Insya Allah.

“Kenapa adik diam sahaja?” Saiful Islam bertanya.


“Dia tidur barangkali. Cuba rasa ini. Teka ini apa?” Ummu Saif mengajukan tangan anak-anak kami ke kiri kandungannya.
“Err, tak tahu,” kata Naurah.


“Kepala?” soal Saiful Islam.
“Bukan. Ini tangan adik. Kakinya di bawah sini!” Ummu Saif cuba mengilustrasikan kedudukan adik baru mereka di dalam perut itu.


“Hahaha!” semua orang ketawa. Terbayang-bayangkan si adik yang sedang baring terlentang di dalam perut Ummi mereka yang semakin sarat itu.
HIBA
Ada titik air mata hiba bergenang di mata saya. Berbau sesal.
Jika semasa Ummu Saif mengandungkan anak pertama dahulu, hampir setiap hari saya akan memegang, bergurau senda dan bercakap-cakap dengan anak kami. Namun dek perjalanan masa, kesibukan kerja masing-masing, keramahan itu ada kalanya terhilang dari mainan kami sekeluarga.


Saya merapatkan diri ke sisi isteri.
Anak-anak pun duduk sama di tepi.


“Assalamualaikum!” saya memberi salam.
“Ha, ha! Dia bergerak!” kata Ummu Saif.


Anak-anak kami pun jadi seronok dibuatnya.
“Susah tak bawa adik dalam perut? Cuba tanya Ummi?” saya bertanya kepada anak-anak.


“Ummi, susah tak bawa adik dalam perut?” tanya Saiful Islam kepada Ummi.
“Tentulah susah. Berat tahu! Boleh tambah 20kg!” kata Ummu Saif kepada anak kami.


Tentu sahaja susah. Tidak ada suatu tugas berat yang dipikul oleh seorang manusia seberat proses mengandung dan melahirkan anak. Hilang selera makan, muntah-muntah, demam, urat berpintal-pintal di kaki (varicose vein), tubuh bengkak air (water retention), sakit pinggang dan serba serbi jadi tidak kena. Itulah realitinya sebuah kehamilan.
“Kenapa Abi tak mengandung? Abi kan kuat?” tanya Saiful Islam.


“Haha, budak ni! Abi mengandung juga, tapi tak ada baby!” saya bergurau.
Anak-anak kebingungan.


Benar sekali…

FIZIKAL, RASIONAL, EMOSIONAL


Jika difikirkan beban mengandung, bukankah lebih wajar Allah Subhanahu wa Ta’aala jadikan para suami yang mengandung. Mereka ada kekuatan fizikal. Mahu mengangkat tong gas di atas bahu kanan dan kiri pun tidak punya masalah. Sepatutnya kekuatan fizikal itu digunakan untuk memikul tugas yang berat ini… hamil dan seterusnya melahirkan anak.

Tetapi saya terkenang kepada kata-kata Imam al-Ghazzali, bahawa
“lelaki diciptakan Allah 9 rasional 1 emosi dan perempuan diciptakan Allah 1 rasional 9 emosi”.
Ya, kekuatan wanita itu adalah pada emosinya. Tinggi EQ!
Emosi itulah kelayakan untuk seorang manusia hamil.
Emosi untuk sabar dengan berat dan payahnya 9 bulan mengandung. Emosi untuk membelai, memberi makan kepada kandungan seperti memberi makan kepada diri sendiri. Emosi yang kerana emosi itulah, alam bayi di dalam kandungan digelar ALAM RAHIM, iaitu ‘alam kasih sayang’. Kasih sayang yang sulit untuk ditemui dalam jiwa lelaki, biar pun fizikalnya sasa dan mentalnya berkuasa.


Aduhai anak-anak, sesungguhnya engkau tidak lahir ke dunia ini, melainkan engkau pernah dipeluk kasih dan sayang seorang ‘ibu yang rahim’ di ALAM RAHIM.
TIBA-TIBA

“Abang, rasanya nak bersalin dah ni!” jerit Ummu Saif.

“Apa???” saya panik dan sesak nafas terkejut dengan jeritan itu. Tercungap-cungap tidak cukup nafas.

“Haa!!!”, aduhai…. rupa-rupanya saya bermimpi. Sudah nak masuk anak keempat, masih ada mimpi-mimpi sebegini lagi?

Peluh di dahi saya kesat.

Segera menoleh ke sisi, terlihat isteri yang tidurnya tidak lena melayan resah badan dengan sarat kandungan.

“Tidurlah sayang. Biar abang bancuhkan susu Imad itu,” saya bingkas bangun meraba gelap untuk melayan tangisan Imad yang terkejut oleh kejutan saya tadi.

Semoga Allah limpahkan seluas-luas cinta dan kasih-Nya buat bondaku dan bonda isteriku yang telah mengandung dan membesarkan kami dengan kasih sayang, semoga cinta dan kasih-Nya juga disiramkan ke hati dan jiwa isteriku, yang bermujahadah dalam cinta dan kasih kami, untuk mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak penyejuk mata.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung keletihan demi kekeletihan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)” [Luqman 31: 14]

Selamat Hari Ibu

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com/
68000 Ampang

Atap Rumbia

..nih citer agak basi la.. tapi mH nk citer gaks..kot2 korang nk try.. k,a few weeks ago, my nephew admit ward (Putra Medical Center) coz of high fever.. then doctor detect plak dia nih tak sembuh2 demam coz kuman dalam darah.. so mmg take time utk dia sembuh sepenuhnya.. so dah my nephew jadi camtuh kami pun balik la menjenguk dia kat aloq Staq nuh..

time tu dah tghari, so our tummy pown berdangdut sakan la... hb ternampk bnyk keta berhenti kat satu gerai nih..biaser je..tp nmpak klasik... ghupenyer restoren tu baru jer bukak.. nama dia RESTORAN ATAP RUMBIA.. mmg best laa.. makan mcm suasana kampung gitu.. bawah atap rumbia. makanan plak mcm2 dan bnyk pilihan... terutamanya masakan ala2 kampung. mH taksempat nk snap papan tanda dia coz hanin dok merengek nk susu... so, sesaper yg tersinggah kedah or balik kanmpung kat aloq staq nih singgah la restoran nih..mmg berbaloii...
venue: area menara alor star

memang menyelerakan... kerabu macam2 jenis ader, mH pilih kerabu mangga..sambal belacan dia..aduii..menyengattt ko...

my nephew.. zafran... pity of him...

Tuesday, April 21, 2009

KLIBF 09

as everybody know.. last weekend ader pesta buku kat PWTC.. kami ditaja penginapan kat hotel Legend kat depan pwtc.. mH involve ari sabtu (18/4/09).. orang..masyaallah.. punya lah ramai.. naseb baik tak bawak hanin ke pesta buku tu,hb bwk dia ke umah my SIL kalu tak, jenuh dok kepung dia... masa dok wat selection tu, aderlah 5-6 kali announcement dibuat tentang kehilangan anak..anak murid tertinggal bus dll.. eish2..mH heran sungguh, sampai anak pun boleh hilang... mcm mana la agaknya mak ayah dia pilih buku kan, sampai tercicir anak ntah kat mana.

kalu tak salah mH, pameran terlibat di setiap 4 tingkat termasuklah groud floor. mcm2 aktiviti disediakan.. memang best laa... mH berjalan sampai crem kaki nih.. mana taknya.. setiap booth utk publisher local dan international kami singgah.. itu peraturan pembekal bagi menjamin semua buku yg dipamerkan tidak terlepas pandang... adeii la.... penatnya mokcik berjalan.. naseb baik disediakan makan dan tempat rehat, boleh la rebah2 sat..

kumpulan kami membuat selection bermula jam 10.00pagi hingga 6.00 petang.. mH sempat la beli buku masakan mami dan majalah resolusi keluaran telaga biru.. siap dapat sign dari ustaz zahazan lagi u.. jgn jeles tau.. bukan sonang nk jumpa org2 alim yang hebat dalam ceramah dan bicara ttg agama.. bagi mH, mH tak teruja sgt nk jumpe artis2 kat mesia nih, tapi kalu dapat jumpa ngan tokoh2 ilmuan mmg mH nakk sgtt... erm... so..jom layan gambo sepanjang kat 3 ari kat kl bebaru nih...

...wajah2 ceria my dotter masa kat hotel...

..cantekkan design dalam dia...lampu dia mH berkenan betui..tapi tak leh snap,ntah naper.. nih cik abg I tgh pulun nasi goreng kg baru.. dia mkn sebungkus jer tau, satu gi utk buah ati dia nih..heheh...yg warna pink kat atas katil tu my dotter tergolek tido tak sedar kabo..

nih la kot panglima2 melaka dulu... mH zoom yg sorang tu.. nmpk handsome... hang tuah tu.. gambo diambil masa break kat pwtc...(betul ke gambo nih ekk???)

...nih gambo pembangunan2 dari dulu hingga kini...

..tokoh2 terdahulu...

..pak lah nmpak mude gi mase nih..

nisa n kak hanizah.. muka penat tuuu...

nisa, sue (from pembekal leader demension merangkap pengiring kami), kak izah

alhamdulillah da selesai.. mintak2 budget turun la yer.. dah penat2 gi wat selection nih.. bukan aper.. nk cari yang kualiti utk pembaca2 di kolej.. ini lah pengorbananya... muga2 ader hasil yang baik dikemudian hari.. insyaallah...

Friday, April 17, 2009

lagii AWARD..from MamaAnis..

k..nih lagik award yg mH dapat.. dari MamAnis (MA)... yang cute..kecik molek... nice to know her u know.. tak caya..cuba la kenai dulu..kekeke... btw, thanx a lot kak ayu... tuan punya blog cute ker??..heheh.. montel ader laa.. dok nak kurus memanjang... tp makan segala... adeii..dei..laa...

ok..takdan nk celoteh panjang dah.. ptg nih nak bertolak ke kl, utk book selection di Pesta Buku Kebangsaan 2009 kat PWTC, mH bawak 6-8 org pensyarah utk book selection.. sesaper yang dekat2 tuh, turun ler PWTC.. besssttt..buku banaykk dan murah.. masa nih la nk beli pun..hehe so.. tinggal dulu yer semua... asslamualaikum..

AWRAD dari kuwaiitt gaks..

okieszzz... nih pun dari tuan yang bagi TAG kat bawah tu haa.. timer kasih lerr kakk.. nanti balik mai umah naa.. kita belanja makan nasi kandaQ... gamak tak lalu.. kite masak utk akak.. speselll.. i love ur blog tooo... sbb tu ari2 jengukk...

my 1st TAG from Kuwait...

okies kawan-kawan... nieh 1st TAG yang mH dapat tau semenjak bergelar blogger..huhuhu..
terharu sungguh bile nengokkan mesej kak wawa dalam chatbox soh dtg amik award dan TAG.. dolu2 tatau pown FUNGSI sbenor TAG nih, slepas merujuk pada yg pakar, ghupe2nyer untuk memeriahkan blog jer... hehehe... pasnih nak mH akan aktif ler menTAG org..nk bagi blog meriah kann??? jom kita berpesta...kekekeke... okies... nieh la soklan TAG tuh... jom kita tgk k...

1. Letakkan gambar anak (or anak2) yg baru lahir..Gambar kalau boleh mestilah yg masih dalam wad maknanya gambar anak hari yg PERTAMA.

emmm..gambo dalam ward tak dak lah.. nih kira boleh la ekk... gambo baru bawak balik dari osptal.. masa nk pi "serah diri" kat ward tak ingat pown nk amik camera, ingat kain baju jer..hehehe... masa nih baba yg snap pix, nk bawak balik kat tok n tokyah kat penang. mama dia kena tinggai kat aloQ StaQ.. huhuhu.. cedihh tau berjauhannn... kecikk jer hanin time nih... usia 2 minggu pown mama dia tak branih nk mandikan lagik... nangis pown perlahan jer.. sungguh sopan santunn ankku ini... heh..

2.Letakkan butir ini:
  • Nama penuh:
  • Ummu Hanin bt Abdul Nasir
  • Nama Panggilan:
  • Hanin
  • Jantina:
  • Orang Dapoq @ Perempuan
  • Tarikh Lahir:
  • 1/9/2009 merangkap hari pertama puasa-selepas buka puasa @ 8.14 malam
  • Tempat Lahir:
  • INS Meternity Specialist - Bayaq zakat kat depa..hehehe... nk buat camna, pi osptal depa suruh balik
  • Berat Lahir:
  • 2.8kg... keluaq pun tak nangis sgt..nmpk mata dok liaq ja perati keliling
  • Kelahiran:
  • normal...

3. Harapan korang pada anak ni. Jadi ape besar nanti n KENAPA?

setiap mak bapak mesti la nk anak deorg jadi yang terbaik kan.. so harapan mama dan baba dia nih.. supaya hanin akan jadi orang yang berguna..yang TAAT pada ALLAH dan HORMAT ibubapa or org yang lebih tua daripadanya... apa2 pun yang dibuat (yg baik jer lah ekk), semoga dipermudahkan Allah... besaq nanti impianku ingin nengok anakku itew jadi PENGAJAR.. tak kira la..cikgu kaa... pensyarah kaa.. kaunselor ka.. (mcm dato fadzilah kamsah tue...).. bukan paa.. tok hanin (my MIL) kata suara besaq sok besaq eh jadik cikgu..hehehe.. lagipun kerjaya pendidik nih besaq pahalanya... dah dapat pahala coz ikut sunnah nabi "...sampaikan walaupun satu..."... memang.. nk menyampaikan ilmu, bukannya senang... tapi sekurang2nya dapat ikut jejak baba dia.. tu harapan la.. sok besaq pepandai la pilih sendirik apa yg dia minat.. kalu dia tak minat nk ngajaq takkan nk paksa.. ada masa PAKSAAN memang elok utk anak2, tp adakalanya bertoleransi dgn impian mereka adalah yang terbaik dalam segala keputusan selepas dikira pro & con nya..

herm...bebel panjang sungguh maklong nih... nenaip tak sedaq diri... okey lah.. TAG seterusnya diterbangkan plak kat

*kak CT*

*kak CT Zura*

*MamaAnis*

*Ibu Arifa*

*Syirah*

*Iena*

sila la yea.... kalu dah penah dpt buat la sekali lagi, nih tujuan nak kenai-kenai.. maklumler.. bersembang melalui cyber jer kan...

Thursday, April 16, 2009

Lala Goreng Bercili


smlm hubby pergi pasar malam.. dibelinya stok kat atas nih haa.. lama betul mH tak makan sbenornya... nk wat rebus sama air asam, tekak nih tak terasa nak makan plak.. tgh hubby dok belek2 majalah, dia terbaca resepi dalam majalah masakan kampung keluaran karangkraf, haa..nih lah hasilnya.. mH edit sket resepi asal tu mengikut selera tekak mH... tapi okey la tuh.. sodappp sampai bertambah cik abang i... siap soh buat lagi tu pasnih.. eishhh..biler lah nak berdiet kan.. kami dua sama naik jaa la nih... paperpun..jom salin resepi dulu k...

Bahan-bahan:

  • 1 kg lala (dibasuh bersih dan ditoskan)
  • 10 batang cili kering* *dikisar(mH ganti ngan 5 sudu besar cili boh)
  • 6 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 batang serai (resepi asal tak letak)
  • 1 cawan air
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • air asam jawa secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • 2 sudu besar bawang goreng * (yg nih petua nk bagi masakan wangi) (resepi asal tak letak)
  • 3 sudu besar gula merah (nak bagi sambal rasa sedap, petua dari org melako dan MIL) (resepi asal tak letak)

Cara Memasak:

  • panaskan minyak dalam kuali
  • tumis bahan *kisar tadi sehingga naik wangi
  • masukkan serai
  • apabila sambal pecah minyak, masukkan air asam. tunggu sekejap.
  • apabila kering sikit, masukkan air. tunggu sampai mendidih.
  • masukkan pula gula merah (ikut kesukaan tekak masing2), gula, garam, tunggu sampai kering sedikit.
  • masukkan lala dan kacau sebentar .
  • tudung masakan dan biar seketika dengan api sederhana.
  • apabila kulit lala sudah terbuka, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

selamat mencuba.. bestttt....

Wednesday, April 15, 2009

Bukak Puasa Semalam...

semalam bukak posa makan nih jer..balik lambat..huhuhu..jadi lah tu labuuu...
  • roti arab sama kari daging
  • ikan masak garem asem... sodappp.. berpinggan2 somiku makenn... tak percayer cuber lah ekkk... mH gune iken bawel.. tu jer yang aderr.. resepi dari kak ummi kuantan... salin resepi kat sini yer...

Tuesday, April 14, 2009

Jalan-jalan kat penang

sabtu lepas hubby bawak kami pi jalan-jalan kat tanjung.. kononnya nk makan pasembor padang kota la...terlanjur sampai hubby bawak pi kat batu feringgi dulu. saja nk tgk suasana malam.. tiba di padang kota jam 8.30 malam..aiyooo...punya la ramai manusia bertebaran kat situ..parking tarrakkk..mcm mana mau turun makan..?? nampaknya simpannn jer lah nawaitu nk makan pasembor padang kota.. len kali tak leh mai ari minggu dah..
tak dapat nk rakamkan gambo pasembor padang kota..jom layan gambo2 kat bawah nih... cuci2 mata.. mana tau ader kengkawan kat luaq sana nak mai jalan penang..haa..nih lah sket2 view dia.. pada kak wawa.. jgn nagis plak na..tringat kg halaman...

nih view masa atas feri..cantekk kan...

..dari jauh nampak komtar...

.. apa la yang hanin tgk sampai mcm tu..meleleh pulak air liur anak aku nih...

...kelako betui rambut hanin kat atas nih..macam2 bentuk dan gaya tersendiri... muahahaha

amboiii..sentimental value gitusss... bapak n anak dengan view laut kt belakang

cHICKEN cHOP


kat atas nih projek hujung minggu lepas.. hubby asyik bunyiii jaa nk makan chicken chop.. so apa lagi, kak Hana tak dak kat umah time tu, mH geledah la dapoq dia cari menu chicken chop..hehehe..mintak halal ye kak... memang sedappp... tak rugii wat sendirik...cubalah kalu tak percaya... bak kata kak Hana, sonang baitu jek...jom salin menu yer...kopipes jerk nih...

Bahan Utk Chicken
2 keping dada/peha ayam tanpa tulang
garam
serbuk lada itam
rempah kari
bread crumb
telur
tepung tempura / tpg ayam kfc (perap ayam sebentar ngan garam, serbuk lada itam dan rempah kari.)


cara memasak:
panaskan minyak. celup ayam ke dalam tepung, ratakan keseluruhan. then celup ke dalam telur.last skali dlm bread crumb. tutup rata. goreng hingga kekuningan or masak. gune api kecil jer bior ayam bhgn dlm tuh msk rata.

Bahan utk Sos Cendawan/ Sos Lada Hitam / Gravy:
2 cawan stok ayam@daging - hana gune stok ayam (air+kiub ayam)
1/2 cawan susu segar
serbuk lada hitam
2cm btg salery - cincang
1/2 biji bwg besar - cincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/ marjerin
1/2 tin cendawan butang - dhiris
2 sudu besar tpg gandum - bancuh ngan air
garam dan gula - jika perlu

Cara Penyediaan:
panaskan stok ayam, susu segar, bawang n juga btg salery. didihkan. then tapis. buang bwg n juga salery. didihkan smula.. masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu. last skali masukkan bancuhan tpg gandum utk mendptkan kepekatan yg dkehendaki. bleh la dcurahkan ke atas ayam atau mashed potato.

Bahan utk Mashed Potato
3 biji kentang
susu segar
lada hitam
garam sedikit

Cara-caranya:
rebus kentang dengan sedikit garam sehingga empuk. kupas kulit dan lenyekkan dengan sedikit susu segar dan juga lada hitam. scoop kentang ke atas pinggan dan curahkan gravy/ sos lada hitam tadi.

Bahan sampingan
kentang goreng/ wedges
coleslow
beans
salad,jagung dan lain2

jom layannn.....

takmo sedih lama2..tak baikkk.. hidup tak der peningkatan.... kan??
sooooo..jom layan gambo menu2 menarik masa mH kursus kat Crystal Crown Hotel, PJ bebaru nih... yg meriahnya meja mH dan roomate coz semua kami amik utk rasa... dannnnnnn semuaaaa makanannya very tasteful... berasa sungguh ketika di ngapppp... eish2.... tak dapat den nak gambarkan.... jom skodeng.....


urmhhhh...windunyerrr makanan sedap kat atas nih...


kawan-kawan makan tak hingat donia..

wif my roomate..wif kak ros-penceramah..wif dhiah..PSA

Semoga Dicucuri Rahmat


14 APRIL 2009

hari nih genab sudah 3 tahun pemergian ayahanda dikasihi Allahyarham Zakaria bin Man. Arwah meninggal pada 14 April 2006 (Jumaat)... ketika ini mH sedang dengarkan bacaan Quran dari quranexplorer..sungguh menyentuh hati...

sekejap jaa masa berlalu.. kubur arwah pun jarang2 mH dan suami ziarah dek kerana jarang2 balik ke Alor Star. cuma bacaan fatihah dan sekalung doa setiap kali sudah sembahyang dikirim sebagai ingatan yang tak pernah lekang.

masa arwah 'pergi',mH tengah berkursus di negeri 9,just a few days ja mH nk complete kursus tu..then nak balik jumpe arwah n celebrate besday ayah yang ke-53. arwah meninggal 10 hari selepas hari lahirnya yg ke-53... sakitnya sekejap sgt..2 jam jer.. pastu arwah jd sesak nafas,mak bawak la pi Kedah Medical Center (private hosp yg arwah selalu pi). then doktor trus masukkan arwah ke ICU, n bagi ubat penenang... perlahan-lahan arwah tertidur... 30 minit pastu pihak hosp call mak n bgtau arwah da "tak der" (meninggal).. terdiamm mak... apapun, alhamdulillah, arwah pergi menghadapNya dalam keadaan sempurna jasad. tak susahkan sesapa untuk jaga dia.. mak sampai sekarang fobia nk pergi hosp tu.. ye la..isteri hantar suami yang hampir mati... apa perasaan anda.. cuma kematian itu tiada tanda2 yg nyata yg dapat dilihat oleh mak sebagai seorang manusia yang lemah dan kerdil.

betul kata org... sedangkan pokok muda pun boleh mati.nih kan pulak manusia. jika diberitahu org, ayah nih kateogari org yg meninggal awal.. FIL mH pun now dah 75 tahun.. alhamdulillah masih kuat... tokwan mH kt kg pun dah 84..alhamdulillah masih kuat, boleh dok pi menoreh getah lagi..

hermh... tu lah kehidupannn.... Allah da letak semuanya dah baik dan teratur... untuk dapatkan apa yang kita minta, dia akan tarik sket apa yg kita ada.. wallahua'alam...

**alhamdulillah, hubby dan BIL (mie-suami kepada adik perempuan mH) sempat berjumpa dgn arwah sblm majlis perkahwinan kami... sempat berkenal... cuma arwah tak berkesempatan menatap wajah cucu2nya...(arwah mmg sukakan budak2)**

Friday, April 3, 2009

::My Wonderful Life::

haaa...sapa penah tengok citer nih... best..best sgttt222...
mH dulu masa bujang mmg hantu citer korea..dapat lak roomate satu kepala (dik Jaa Jerr) yg jugak otai dalam citer korea nih..adoiii..boleh banjir oo bilik kami kalu dapat citer2 yg layannn syahdu dan tangkap lentokk nih... tajuk lagu yg korang dengar nih dipetik dari korea movie "my wonderful life".. kisah cinta tak berbalas.. dapat lak anak masa muda trang tang-tang... mmg sedihh.. pulak tu ada xinbei..si kenit yg mmg petah bercakap... eishh...tak leh ingat la... rinduuu sgt kat citer nih...
emhh..takmo berleter panjang,da nak balik nih.. nk pi amik hanin lagi..kang pukui baper nk sampai umah..next week 1 minggu tak dpt nk update blog, mH kena g kursus kat PJ. so..sesaper yg singgah umah mH nih, layan la lagu nih k.... bubbyesss...


Wednesday, April 1, 2009

macam tak percaya jer....

hari nih 1 April 2009...
genap sudah Hanin 7 bulan.. rasa macam dok dalam perut jer lagik..hikhikhik... duk terbayang lagi suasana melahirkan anakku ini... kelakar pun ader tau masa si hanin nih lahir dulu. mH due 10.9.08 tapi 31.8.08 (HARI MERDEKA) da sakit2 tak bley nak duduk.. petang tu da turun tanda. sblm deliver nih, 3kali pergi hospital 'serah diri' tapi pihak hospital suruh balik. katanya tunggu sampai sakit. nak bersalin nih kena sakit, baru boleh m*****n..huhuhu.. the problem is.. 'laluan' bukak, sakitnya plak tidak..amacam tu kawan???

1.9.08, 8.30 am (1st day puasa)
mH mmg rasa tak selesa, hb pulak dah tak tentu arah (tak sabar nak tengok anak dia tu).. mak pulak duk riso menengok keadaan anaknya nih.. mH pun pi kat Private Hospital. after jumpa doc, dia ckp dah buka 4cm, but i still tak rasa sakit..hati da mula risau..campur plak berdebar nak sambut org baru yang akan ku keluarkan dari perutku ini. fikir punya fikir, i decided utk delivered kat swasta ja.. (serik teringatkan pengalaman kat GH suruh balik jer..). sebelum tuh, mH teringin nak makan pisang tanduk yang paksu kirim dari Shah Alam. sempat lagi mak dok menggoreng. siap soh makan sampai kenyang... hehehe..thanx mom, love u so much! (time semua org puasa, mak selamber je masak sampai berbau kat umah jiran.. mH laks selamber jer makan..dah tak boleh nak puasa..melantak jer lah kan..kuikuikui!)

1.9.08, 3.30pm
mH admit labour room terus. waiting...and waiting.... and waiting... until the time came...

1.9.08, 8.14pm (after semua muslim bukak puasa termasuklah nurse yang jg aku time tuh..)
lahirlah permata hatiku dan hb... she's a gurl..2.8kg..baik jer..tak nangiss pun..eishhh3x..tergamam agaknya dapat lihat lampu bilik tu... mata hanin liar jer perhatikan sekeliling. dah la bulat..hitam jer mata dia...lepas doc tepuk 2-3 kali, baru lah nangis sket, tapi tak lama pun..baikk jer dia...

1.9.08, 8.30pm
nurse panggil hb masuk utk qamatkan hanin.. b4 hanin lahir, kami pernah bincang utk test dulu nama yg bakal diberi tu sesuai ke tak dgn tuan badan..ada petua dari ustz siti norbahyah. hb pun bagi salam pd baby dan panggil namanya 3 kali di telinga sebelah kanan. kalu dia respon baik (xnangis) maknanya nama tue sesuai lah ngan dia.. hb pun panggil lah nama dia... UMMU HANIN (nama diberi oleh tok ayah dia).. lawak betui si kecik nih.. org nak panggil kat telinga dia, dia asyik dok kalih kat baba dia..mcm tau2 ja org nak panggil nama dia..hehehe...

menangis gak mH nih tanda syukur yg tak terhingga sbb semuanya selamat.. nampak baby tu hilang jap sakit2 tu.. masa dlm pantang pun baik jer, nangis suara pun tak kuat. sampai tok mH tegur anak mH nih tak nangis sgt ka.. walhal org tatau dia nangis gak..tapi sloww jer..
la nih jgn harap la beb!..lambat susu jer, nangis bukan main lagik.. mcm sakit2... haduiii.. mama dia nih sampai terkial2 menuang susu dan air dalam botol.. baba plak kelam kabut dok pujuk spy jgn nangis kuat-kuat..hehehehe.... penattt..tapi cukupppp bahagia... muahhhhhsssss....

TO HUBBY...
thanx for ur love... ur cares.. ur jokes..(lawakmu penyeri hidupku..ahaksss!!)...and all the happiness u brings into my life... doa2 selalu untuk kebahagiaan mahligai yg kita bina kekal hingga ke syurga... I LOVE U... hehehee..tak malu dah nak wat statement kat sini... sbb semua istri of coz CINTA kan suaminya kan...


jom layan gambo hanin dari dalam perut sampai dia tujuh bulan dah la nih...


...nih masa hanin 35 minggu, scan 4D's kat private hosp.



... 1 month..very the tiny one..



..2 months..dah nak semakin bulat tu..

...3 months.. dah pandai senyum... muahhh...

...4 months...dah pandai blajar pegang botol susu sendirik... tocang tu maklang dier punya projek la tuh...


...5 months... dah meniarap dan menyulur..laju jer, mcm ulat kuang..hikhikhik...


..6 months (early)... get a new car from baba...tengkius...



...7 months (near to act).. da pandai nak runtun baba pegang stereng keta..asal masuk keta ja mula lah nak melangkah ke seat driver.. tarik wiper..bunyikan hon...macam2 betul si kecik nih... mcm nak babab bontot tuh..hehehehe...
semoga sayang mama sihat selalu...
Related Posts with Thumbnails