"Mereka Yang Bersifat Pertengahan Dalam Semua Hal Tidak Akan Menjadi Miskin" - Saidina Ali

Wednesday, December 31, 2008

Family Trip to Cameron Highland-1

24/12/2008
maktok, maksu with makngah n family arrived umah mH. memang nampak excited jer maktok ngan beg pakaian dia. hehehe.. ye lah, maktok kata last dia pi cameron in 1980. mH pun takdak lagi time tu.
25/12/2008
arrived cameron around 12.30pm. sementara nak tunggu tuan punya apartment sewa call, kami took lunch dulu kat tanah rata. hujan la time tu, nak ambik mood jalan2 pun jadi terhad. maklumlah, hanin kan kateogari baby lagi, takut demam pulak.
1.30pm we all dapat key masuk rumah. mH mmg puas hati sungguh dengan rumah tu, RM250 jer per night, full with accesories, pinggan mangkuk, periuk belanga, garam kicap, semua ada.. carpet sampai ke dapur.dan yang lagi best, rumah tu hanya disewakan pada muslim sahaja. so, memang tak payah ragu2 la, insyaallah bersih. ada bantal rehat yang besar tu lagi.. herm...apa lagi, mH dah nampak tempat lending yang best untuk hanin training meniarap. lately, dia jadi excited sangat nak meniarap, sampai memalam, mata terpejam pun dia boleh lagi merengek nak meniarap.. hehehe.. lucu betul!.

hanin dan zafran dah pandai berkawan. maktok la yang jadi mangsa, nak kena jaga cucu-cucu yang banyak songeh. suhu kat sana memang sejuk.. bak kata sahabat baik mH, nadia... "mungkin angin2 krismas datang kat malaysia kot, tu pasal cameron jadi sejuk sungguh."...

hanin badmood coz ader 'barang' dalam pampers

akibat daripada tu, hanin asyik muntah susu, tok mH kata kalau budak sejuk dada memang dia jeluak (muntah susu)..maktok dan maklang bila da bersiap lawa2 mesti tak nak dukung hanin.. hehehe, bukan apa, takut hanin kasi hadiah kat depa. satu lagi yang buat mH gerammmm sgt, kalau lambat bagi susu, nangisnya bukan main lagi, macam orang sakit.. heheh..adeiii la bucuk mama nih...


zafran pulak dok belajar2 nak merangkak, kelakar bila tengok dia bertungkus lumus angkat bontot dia tu. hehehe.. walaupun dah boleh duduk, tapi maktok dan ummi dia memang tak harap coz tangan dia tak cukup kuat nak support badan dia.


..we...
petang tu, after semua org dah cover tidor masing2, kami keluar ke ladang teh Bharat. mH sempat beli strawberi coklat macam hantaran dato' siti nurhaliza tu. hehehe.. dah lama mH teringin nak rasa.
after that, kami ke pasar malam brinchang.. wuiyooo... memang sesak... rasa macam tak sanggup nak turun. ye lah, time cuti sekolah nih kira time kritikal lah, ramai sangat pengunjung ke sana. mH sempat jalan2 separuh jalan ja, tak tahan dengan kesesakan+hujan+hanin yang tak tentu arah bila tengok ramai orang sana sini. dia macam teruja jaa... nasib baik tak nangis.. dia start nangis masa mH bawak masuk dalam kereta. dia suka tempat2 yang ramai orang. haduii...
malam tu kami semua jadi ular sawa.. hehehe...makanan terlalu banyak sebab semua jadi gila nak membeli. so apa lagi,...makan..makan... makan...makan...makan... tido..tido..tido.. and ZZZZZzzzzzzzz.....
>>>to be continue<<<

Tuesday, December 30, 2008

Anugerah Buat yang Telah Pergi...

salam...

arini mH sampai opis jam 7.45pagi. since dah sampai awal, sempat la mH selak2 apa yang termuat dalam newspaper hari ni. memandangkan semalam adalah sambutan maal hijrah 1430, so, banyak la crita2 dan muka2 baru yang dinobatkan sebagai tokoh maal hijrah dan tokoh2 lain yang cemerlang dalam jabatan.

tengah syok2 baca, mH tergamam apabila terbaca 1 nama yang mH kenal sangat2. namun beliau baru saja pergi bertemu Ilahi pada 11/12/2008 yang lalu... sesiapa yang membaca salah satu entry mH yang bertajuk "Al-Fatihah buat kak Sal" tentu tahu cerita tentang individu yang mH maksudkan. Arwah dianugerahkan tokoh Individu Berjasa peringkat jabatan mewakili Pejabat MARA negeri Kedah.

sayu betul hati mH bila terkenangkan arwah... tetapi itulah janji Allah.. yang hidup PASTI akan mati.. yang belum PASTI cuma masa dan cara kita mati.. wallahu'alam..

p/s: Hidup seseorang itu terbahagi kepada 3 bahagian: 1/3 daripadanya adalah untuk Allah iaitu rohnya, 1/3 bahagian lagi untuk dirinya iaitu amalannya di dunia dan 1/3 lagi untuk ulat-ulat iaitu sewaktu tubuhnya di dalam kubur kelak.

Congratulations For New Bloggers!

salam..
amboii.. dah lama mH tak update blog nie.. bukan apa, dah mai la tu sindrom yang selalu sgt menyerang mH...sindrom 'M'...

entah le..tetiba ja sindrom tu menyerang hendap mH apatah lagi time-time mH tengah pening ngan buku-buku kat library nih. berkotak-kotak nak kena re-check hanya disebabkan supplier tak masukkan senarai buku dalam kotak. adeii..tak pa..tak pa.. mH akan maintain jugak coz nih semua amanah dari ALLAH..

well, 2,3 minggu nih mH tengok ada kelainan pada teman2 mH kat opis nih.. semua sibuk nak buat blog. amboii...free sgt le tu sampai ada sanggup balik lambat sket... hehehehe... nih yang syok, coz mH ada geng nak kongsi crita..

untuk teman2 mH ; syirah, ina dan noor... WELCOME TO BE ONE OF A BLOGGERS... hopefully banyak benda manfaat boleh dikongsi..

to syirah yang rajin sgt cari resipi2 baru, leh la kongsi ngan mH. to Ina pulak yang rajin dan excited nak blajar jahit baju, turun2kanlah minat dan ilmu tu kat blog nie.. at least boleh share fesyen2 terkini.. and lastly to noor... we will share with u our experience to be a mother... congrats for that news... hope u'll be happy till ur child comes out...



my frens.. LOVE u always... muahhhhh....

p/s: zihan & k.effa, bila lagi u all nak join kami???

Friday, December 12, 2008

Dia Yang Ku Sayang...

"Siapakah insan yang paling kamu sayangi sekarang ini???"
mH pernah ditanya soalan tu... emak ke? suami ke? ayah ke? adik beradik ke?? herm... dalam hati mH terpaut 2 jawapan.. suami & emak... kalaulah mH hanya diberi satu saja pilihan, siapa agaknya mH perlu pilih ye...memang susah nak buat keputusan, tapi itulah hakikat yang perlu diterima bagi insan yang bergelar WANITA, ISTERI dan MUSLIMAH. dalam percaturan kehidupan ini, Allah dah tentukan yang mana Wajib, Harus, Sunat dan sebagainya...


dalam situasi mH sekarang, mH akan pilih SUAMI... why??? sebab Allah dah letak HUKUM, emak dah DIDIK supaya patuh pada HUKUM... HUKUM itu tertulis yang syurga bagi seorang isteri adalah dibawah tapak kaki suaminya.. selagi suami mH tak memaksa atau melakukan perkara-perkara membelakangkan HUKUM, mH akan patuh dan sayanginya seperti emak mH yang menyayangi ayah mH walau dalam apa jua keadaan. semoga peribadi emak mH terukir dalam diri mH yang hina ini.


gambo nih masa 32 hari dalam pantang
Untuk suamiku tersayang... semoga bahtera yang kita bina diberkati dan dirahmati Allah selalu. Teruslah mendidik diri ini dengan kesabaran dan kematanganmu agar diri ini terbentuk dan tidak patah kerana aku dijadikan daripada tulang rusukmu yang rapuh...


nih masa maktok datang tengok hanin -Nov 2008
Kepada Emak yang dirindui selalu, segala jasamu ku sanjung tinggi...selalulah berdoa agar anakmu ini menjadi isteri yang solehah sebagaimana terdidiknya dirimu dengan kesabaran dalam melalui liku-liku dalam rumahtangga dan kehidupan. Ya Allah,hadiahkanlah ibu yang melahirkanku kebahagiaan dunia dan akhirat sekiranya diri ini berjaya menjadi hamba yang TAAT kepada PERINTAH-PERINTAH-MU... insyaAllah... ameen...

Virus 'P'...

Tahun 2008 memang sejarah.. Pengarah KKKB, Penang menyambut hampir 10 orang cucu baru... tapi yang uniknya apabila mH dan 3 orang lagi rakan opis 'terjangkit' dengan 'virus P' nih...

Irdina Safiya, 8/8/2008, 3.06kg




Ummu Hanin, 1/9/2008, 2.8kg




Iqbal Haraaz, 15/9/2008, 2.84kg


Hanin with auntie eina, ibu kepada Iqbal

location: TASCO Seberang Jaya, 29/11/2008

Safiya,Hanin,Iqbal dan Annisa sebaya, tarikh lahir hanya selang 2-3 minggu je. 3 minggu sebelum hanin lahir, safiya, anak kepada auntie syirah lahir iaitu pada 8/8/2008...masa mH 15 hari dalam pantang, Iqbal pula dilahirkan. selang 2 minggu lepas tu, Annisa, anak kepada auntie Effa pula lahir; 1/10/2008 merangkap hari raya lagi tu. (unfortunately mH tak dapat nak upload gambo safiya & annisa coz mH tak snap gambo deorang).
suka mH nak cerita, masa kami 4 orang pregnant, kami semua kuat diusik... maklumlah, kebetulan rezki 4 orang sekali memboyot. cuti berpantang pun merengke sekali... masuk keja pun sekali... beza hari cuti tu tak banyak.. sampaikan Pengarah KKKB kata kami nih ada 'penyakit berjangkit'.. hehehehe... sesekali terfikir macam betul pulak.. mula jer sorang Pregnant, akan ada la jugak org2 terdekat kita yang akan 'terlekat'... so, be careful dengan 'virus P' nih dan hati-hati ketika 'memandu'....

Ayam Masak Kuzi & Nasi Beriyani




Nasi Beriyani:
1 bungkus perencah nasi beriyani (nak cap apa pun boleh)
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
(Kuantiti ketiga-tiga di atas mengikut citarasa)
Sedikit Gee untuk menumis
Bawang besar dipotong nipis
Lobak merah dipotong kecil panjang 1 inci.
Kismis (ikut citarasa)
Beras yang sudah dibasuh dan ditoskan.
Cara-cara:
Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bawang. Apabila dah naik bau, masukkan perencah nasi beriyani, tambah air ikut sukatan, tambah garam (jika perlu sahaja). Apabila dah naik bau masukkan lobak merah dan beras, tunggu hingga masak.
Ayam Masak Kuzi
Bahan A (dimesin sekali)
4 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
2 biji bawang besar
Jintan Manis
Jintan Putih
Cili Hijau/ Cabai melaka 3 biji
Bahan B (ditumis)
2 biji bawang besar (dimayang halus)
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Buah Pelaga
Gee untuk menumis
Tomato Puree (ikut citarasa)
Rempah Kuzi (senang didapati di kelantan, kalau tak dak boleh ganti dengan rempah beriyani)
Sedikit Gajus
1/2 tin susu cair
1/2 ekor ayam yang dibersihkan
Garam & Gula mengikut citarasa
2 biji ubi Kentang dipotong dadu (ikut suka nak masukkan atau tak)
Cara Memasak:
Tumis bahan B. Apabila naik bau masukkan bahan A. Masukkan pulak rempah kuzi/ rempah beriyani dan tomato puree. tunggu hingga pecah minyak dan naik bau. masak dengan api yang perlahan. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa. Masukkan susu cair, bila mendidih masukkan ayam dan gajus. Tunggu hingga masak. Lepas tu bolehlah dihidangkan untuk keluarga...
mH baru try sekali, babaHanin kata sedap.. cubalah! mana tau menu anda lebih sedap daripada menu mH... kalu lebih sedap nanti kongsikan menu terbaru k... selamat mencuba....


Al-Fatihah buat Kak Sal

semalam jam 8.15 malam mH terima mesej daripada kawan lama mH masa keja kat Pejabat MARA Negeri Kedah.

"Assalamualaikum, nak bagi tau kak Sal MARA Kedah meninggal pagi tadi, barah paru-paru, simpan lepas asar tadi"
-Abg Jamil, 11 Dec 2008, 8.14pm-

mH terkejut sgt sbb tak dengar berita langsung yang arwah sakit selama nih. Puan Salmah Ya atau lebih disenangi dengan panggilan kak Sal amat baik orgnya, peramah dan betul2 komited dalam kerja.

terduduk mH dengar berita kematian tu. pertama memikirkan tak sempat nak ziarah dia sakit, kedua memikirkan bekalan pada diri ini yang masih sedikit untuk dibawa mengadap yang MAHA ESA.

terfikir jugak ... arwah pergi segala jasa dan kebaikannya amat dikenang dan pemergiannya begitu dirasai sahabat handai apatah lagi ahli keluarga tersayang. macam mana pulak pemergian mH nanti, adakah akan dikenang kebaikan, atau diingati keburukan, atau org tak ingat langsung....????? wallahu'alam...

..last jumpa kak sal masa kenduri mH tahun lalu...




My Baby


Thursday, December 11, 2008

Semoga Cepat Sembuh


...kat Putra Medical Center...
hari raya korban bebaru nih, nafiz zafran (sepupu hanin) tak sehat.. sekejap demam, sekejap baik, dah tu cirit birit lagi. so, maktok dan ummi dia bawak la pi klinik sebab sakit dia dah berlarutan hampir 3 minggu. sebelum nih ader gak pi jumpa doktor, tapi tak baik jugak. lepas check nafiz kena tahan ward.. kesian dia.. nangis jaa.. muka pun pucat lesi.

nafiz zafran
kesian gak kat maktok, ummi dan abah nafiz. tidur tak cukup dan tak dapat nak sertai kenduri aqeqah yang dibuat bebaru nih.
to nafiz... semoga cepat sembuh, maklong sayangggg sgt kat nafiz..

maksu hanin, ummi nafiz, ummu hanin dan kak farihah

Anakku Sayang...

Salam...
arini rasa sedikit 'M' bila masuk keja... letih menyimpan masa buat kenduri kat hanin tak habis lagi. badan pun sakit-sakit lagi.. tapi memandangkan kerja yang banyak, mH gagahkan jugak kaki nak mai keja.
cuti raya korban bebaru ni, mH buat aqiqah kat hanin, ingat boleh la share gambor menarik masa kenduri tu...unfortunately mH tak sempat nk snap gambo org tgh memproses daging lembu dan acara masak memasak. mana taknya, jemputan bertali arus, mH sampai tak sempat nak menikmati kelazatan sup tulang yang mak ngah Piah masak.


pipi hanin yang tembam membuatkan hidungnya yang tinggi jadi kembang

mH cuti lama,jadi banyak masa diluangkan ngan hanin. hari ni da stat keja, hati nih mula lah tak keruan...tadi pi hantaq hanin ke Graduan Kecil (sekolah hanin skrg) rasa berat hati sgt. rinduuu sgt dekat hanin time nih, apatah lagi bila mak lang dia hantar MMS hanin tengah main dan gelak besar masa orang acah-mengacah dia. herm.. da besaq anak mama nih, baru 4 bulan mak lang da ikatkan tocang kat hanin

Rambut hanin yang asal nih tau...

Friday, December 5, 2008

my 1st post...

herm.. hari nih 5 disember, mama baru berpeluang nak hantar post mama yang pertama... lepas 4 ari pi kursus kat sungai petani, mama dapat semangat baru untuk capai target mama.. alhamdulillah... to all my frens, fasi and sesiapa yang terlibat dalam kursus ni.. thanx a lot and all d best... luv u all....





Related Posts with Thumbnails